Saturday, June 29, 2013

Seram! Kisah Hantu Tidak Berkepala Di Pandan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah seram yang dikongsikan oleh seseorang tentang kisah hantu tidak berkepala di Pandan..


Sekadar Gambar Hiasan

Nama saya Dina, saya tinggal di Pandan Gardens. Kisah ini berlaku kira2 lapan tahun yang lepas. Saya ni seorang yang ceria, sekiranya kawan2 saya cerita tentang hantu atau cerita yang serius, mesti saya akan mentertawakan.
Bermulanya cerita ini dari kawan saya yang bernama Maslinda. Dia selalu ceritakan yang tempat kawasan rumahnya itu keras. Ianya terletak di kawasan Clementi. Bila saya dengar, saya mentertawakan dia. Saya kata, “Mestilah keras kerana kawasan yang kamu jalan semuanya batu…” Lalu kawan2 saya yang lain pun sekali ketawa.
Pada malam itu saya terjaga sekitar waktu satu pagi kerana saya hendak buang air kecil. Selalunya kebiasaan saya, bila waktu malam saya hendak ke tandas, saya suka jenguk2 ke luar tingkap. Sebelum saya ke tandas, saya terlihat benda hitam di bawah blok sebelah. Benda hitam itu betul2 menghadap ke arah tingkap saya. Ia sedang duduk di bangku bulat di bawah blok .Tapi saya tak rasa takut pun kerana bawah blok itu terang. Saya pun masuk ke tandas.
Selepas keluar dari tandas, saya rasa tak puas hati. Saya pandang lagi benda hitam itu. Pandang punye pandang, rupanya benda hitam itu berpakaian Cheongsam Cina, tapi tak berkepala. Benda hitam itu duduk macam wanita tertib. Tangannya diletak di atas lutut dan tubuhnya menghadap betul2 ke arah tingkap saya berdiri. Saya baca macam2 ayat pun tak jalan2. Saya terus masuk bilik dan tidur.
Keesokan harinya saya ceritakan apa yang terjadi kepada bapa saya. Saya ceritakan yang makhluk hitam itu berpakaian seperti Cheongsam Cina. Bapa saya mentertawakan saya pula. Dia kata saya baca macam2 ayat tapi makhluk hitam itu tidak takut kerana makhluk hitam itu mungkin hantu Cina bukan hantu Melayu. Dah terkena balik!!!
Rupanya blok itu sudah empat kali orang terjun diri dan semuanya orang Cina. Bila saya dah tahu terus saya demam selama empat hari. Ia satu pengajaran untuk saya agar jangan ketawakan orang lain, kalau tak, diri sendiri yang terkena dan merana.
Terima kasih,
Dina

Friday, June 28, 2013

Daging kambing baik untuk kesihatan jantung


Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.


KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemaktak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
 
BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
 
SUSU BERKHASIAT

Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Bab*****, Nigeria .

Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.

Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.

"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.
 
POTENSI PENTERNAKAN

Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.

Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.

Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.

Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

http://wanitakini.com

Gempar! Misteri Kehilangan Pembocor Maklumat AS Di Rusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pembocor maklumat rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden seolah-olah hilang begitu sahaja di ibu kota Rusia, di sini, selepas dia tiba dari Hong Kong pada hujung minggu lalu.


Pihak berkuasa AS kini giat memburu bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan bekas juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu.

Snowden memalukan AS apabila dia mendedahkan fail program pengintipan perbualan telefon dan e-mel rakyat negara kuasa besar itu yang dikenali sebagai PRISM.
Menurut laman web antikerahsiaan WikiLeaks, Snowden meninggalkan Hong Kong dan menuju ke sini pada Ahad lalu dengan menaiki penerbangan syarikat Rusia, Aeroflot.
Kata WikiLeaks, Snowden telah menerima dokumen perjalanan sebagai pelarian daripada kerajaan Ecuador. Bekas ejen CIA itu sebelum ini dilaporkan mahu mencari suaka politik di negara Amerika Selatan tersebut.

Ecuador turut melindungi pengasas WikiLeaks, Julian Assange di Kedutaannya di London.
Pada masa ini, Washington telah membatalkan pasport Snowden dan memfailkan permohonan ekstradisi terhadap pembocor maklumat itu di Hong Kong.
Namun, permohonan AS ditolak oleh kerajaan Hong Kong dengan alasan dokumen ekstradisi Washington tidak lengkap.

Tambahan pula, menurut kerajaan Hong Kong, Snowden ‘secara sukarela’ telah meninggalkan pulau itu untuk menuju ke negara ketiga.
Terdahulu, berpuluh-puluh wartawan berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di sini, namun gagal menemui Snowden.
Snowden telah mendaftar masuk dalam penerbangan SU 150 milik Aeroflot menuju ke Havana, Cuba dari sini kelmarin, tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.
Dia dilaporkan akan menaiki penerbangan SU 150 untuk ke Cuba dan seterusnya ke Ecuador.
Ketiadaan bekas kontraktor NSA itu mencetuskan pelbagai spekulasi dengan sebahagian wartawan menyatakan dia tiada niat untuk ke Cuba.

Maklumat yang diberikan adalah untuk mengelirukan wartawan.
Agensi berita Rusia, Interfax menyatakan bahawa Snowden mungkin keluar dari Rusia secara rahsia ketika penerbangan SU 150 berlepas.

Namun, sebuah lagi agensi berita Rusia, ITAR-TASS menolak laporan tersebut. Ia yang memetik kenyataan sumber melaporkan, Snowden masih berada di lapangan terbang Sheremetyevo.
Dia dilaporkan tinggal di bilik kecil hotel kapsul yang terdapat di sekitar terminal. Snowden kemudian berlepas dari lapangan terbang Sheremetyevo untuk menunggu penerbangan seterusnya bagi mengelak dijejaki wartawan.

Sebahagian pihak lagi menyatakan bahawa Snowden kini berlindung di Kedutaan Ecuador di Rusia.
Namun, AS semestinya memburu pembocor maklumat itu dan tidak akan membiarkan dia terlepas. – Kosmo Online

Thursday, June 27, 2013

Perkahwinan Diraja Kerabat Kelantan Dan Brunei



Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. [Baca seterusnya...]"

Wednesday, June 26, 2013

Pemandu Bas Semakin Biadap


"Aduan Rakyat 25 Jun 2013 - Disebabkan kadar tambang murah daripada syarikat penerbangan sejak akhir-akhir ini, saya tertanya-tanya bagaimana syarikat perkhidmatan bas ekspress terus bertapak pada masa ini. Pada jangkaan saya, sudah tentu pihak perkhidmatan bas telah menaiktaraf servis mereka terhadap pelanggan dan juga meningkatkan ketepatan masa bertolak. Dalam minda saya juga, sudah tentu penumpang bas akan mendapat layanan mesra daripda pemandu selain kualiti dan ketepatan masa terjamin.

Disebabkan teka-teki yang bermain di sudut minda saya, setelah hampir 5 tahun tidak menaiki bas, saya mengambil keputusan untuk menaiki bas daripada Sungai Nibong, Pulau Pinang ke KL Central, jam 10.30 malam pada hari Rabu yang lalu bersamaan dengan 19 Jun 2013, saya telah memilih bas Mayang Sari Express.

Jangkaan saya meleset apabila mendengar pemandu bas tersebut En. Ali (bukan nama sebenar) tidak mahu menurunkan pelanggan ke KL Central, walaupun setelah dipujuk oleh penjual tiket tersebut, pemandu tersebut tetap berdegil dan mengatakan beliau hanya akan turunkan penumpang di Pudu dan menyatakan bahawa perkhidmatan bas tersebut ke KL Central telah lama ditamatkan.

Justeru itu, penjual tiket tersebut cuba untuk berbincang dengan pemandu bas yang lain, yang akan menurunkan penumpang mereka di KL Central. Akhirnya penjual tiket tersebut dapat meyakinkan Ali supaya menurunkan penumpang di Perhentian Simpang Pulai untuk menaiki bas lain ke KL Sentral.

Namun sebelum bertolak Ali menempik dengan penuh biadap sekali kepada penumpangnya di dalam bas “Jangan makan dalam bas! Nanti bau makanan masuk dalam air-cond, air-cond rosak! Bodoh sungguh lah manusia ni!!!” tempiknya.

Saya hanya mampu beristighfar melihat telatah beliau yang sungguh angkuh dan kurang ajar. Dalam hati hendak saja saya katakan, ‘jika tidak kerana ada penumpang yang bodoh ini, mungkin En. Ali tiada pekerjaan’. Namun disebabkan kelakar mendengar beliau menyatakan bau makanan akan merosakkan air-cond, saya senyum sendiri sahaja.

Walaupun bertolak 20 minit lambat, bas kami tiba di Pudu tepat jam 3.00 pagi. Sekali lagi apa yang dijanjikan oleh Ali kepada penjual tiket tersebut tidak dikotakan, beliau meneruskan perjalanan tanpa henti terus ke Stesen Pudu. Dengan hanya melaungkan “KL! Kuala Lumpur! KL!, bas ini akan gerak terus ke Johor dan tak singgah mana- mana hentian di KL lagi! Sapa tak turun, tinggai!”.

Dalam fikiran saya, bagaimanakah keadaan bas yang menunggu di Perhentian Simpang Pulai? Kedua, sepatunya beliau telah memaklumkan lebih awal kepada penumpang yang bas ini tidak akan singgah di mana-mana hentian dan tidak akan singgah di KL Central, hentian terakhir adalah di Pudu.

Saya turun dengan hati yang hampa kerana sayalah salah seorang penumpang yang sepatutnya turun di KL Central.

Hal ini menjadikan saya teringin untuk mengkaji keadaan di bas lain. Saya mengambil bas Seasons Express pada hari Sabtu (21 Jun 2013), jam 6.30 petang. Bas ini akan bertolak dari Pudu ke Sungai Nibong, Pulau Pinang dan dipandu oleh En. Mahmud (bukan nama sebenar).

Saya merasa lega apabila mendapati bas tersebut telah berada di Platform, 5 minit awal. Namun saya mula rasa tertekan apabila, setengah jam berikutnya bas masih tidak bertolak sehingga pelanggan yang duduk di sebelah saya mula merungut atas kelewatan tersebut.

Setelah menunggu hampir 45 minit, barulah bas tersebut bergerak, mungkin pihak syarikat cuba memenuhkan penumpang sehingga membiarkan pelanggan terpaksa menunggu sehingga hampir satu jam.

Tidak ada apa-apa layanan biadap daripada Mahmud selain mengingatkan penumpang- penumpang supaya tidak makan di dalam bas dengan nada sedikit tegas, namun masih menjaga adap beliau. Sehinggalah bas tersebut berhenti di Perhentian MYDIN Mall, pelanggan dikejutkan dengan suara Mahmud “Saya bagi masa setengah jam saja, lambat tinggai!” tempiknya.

Ada segelintir penumpang yang ketawa kecil mendengar kenyataan tersebut, memandangkan bas tersebut bertolak 45 minit lambat. “Saya cakap betul ni!, Lambat, Tinggal!!! Saya takkan kira orang dah! Saya jalan ja!!!” tempiknya sekali lagi.

Para penumpang mengiyakan sahaja. Saya teru ke Surau, dan sempat menjamah sedikit makanan. Belum sempat saya menghabiskan makanan alarm saya menunjukkan setengah jam sudah tamat. Saya terus berlari ke bas dan kemuadiannya melihat Mahmud juga menaiki bas dan meneruskan perjalanan kembali tanpa mengira dan melihat penumpangnya!

Astagfirullahala’zim. Tergamam saya. Apa yang saya tahu, Pakcik dan Makcik yang duduk di sebelah saya mungkin dalam lingkungan 60-an ke 70-an belum menaiki bas. Beg mereka juga masih di dalam bas. Betapa biadapnya Mahmud terhadap penumpangnya.

Terdetik dalam fikiran saya ‘Tidak ada makna beliau pergi meninggalkan penumpangnya begitu saja untuk menunjukkan beliau tepati masa kerana beliau telah membiarkan kami menunggu hampir 45 minit untuk bertolak!’

Setelah saya sampai di Juru, saya dapati bas ini akan singgah di Butterworth dahulu. Sekali lagi saya ditipu, Setahu saya, saya membeli tiket terus ke Sungai Nibong, Pulau Pinang. Nasib baiklah ada beberapa penumpang yang akan ke destinasi yang sama. Ada juga penumpang yang bangun untuk mengesahkan adakah bas ini akan singgah ke Pulau Pinang. Mungkin mereka risau melihat perangai Mahmud yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, soalan penumpang tersebut yang ditanya dengan penuh sopan santun, dijawab dengan herdikan. Mahmud hanya menjerit “ Duduk diam-diam kat tempat sudah, sampai Penang aku panggil la!!!”

Sakit hati saya dengar tempikan beliau, namun tiada apa-apa yang kami dapat lakukan. Saya dapati semua pelanggan hanya mediamkan diri, termasuk saya. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Melihat Mahmud yang berperangai seperti orang sakit otak itu, saya juga bimbang aklan dihalau keluar dari bas walaupun kita yang membayar perkhidmatan tersebut. Betapa biadapnya pemandu bas sekarang.

Saya boleh katakan yang saya akan serik menaiki bas. Pada pendapat saya, pemandu bas lima tahun yang dahulu lebih berhemah daripada segelintir yang ada sekarang. Walaupun ada pemandu bas yang garang, namun mereka jarang mengeluarkan kata cacian kepada para penumpang. Mereka juga akan mengira setiap penumpang sebelum meneruskan perjalanan.

Seperti kes saya, Ali dan Mahmud sepatutnya berterima kasih kepada pelanggan yang masih ingin menaiki bas. Mereka mungkin akan hilang sumber rezeki jika pelanggan makin berkurangan. Dengan layanan yang diberikan oleh mereka, mungkin ada pelanggan lain yang akan melaporkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kedua pemandu ini. Ingatlah bahawa setiap rezeki yang masuk itu, sebahagiannya adalah daripada hasil jualan tiket tersebut. Jika kamu tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan, seeloknya berhentilah jadi pemandu dan carilah kerja lain yang tidak perlu berurusan dengan manusia.

Bagi saya, Ali dan Mahmud bernasib baik kerana semua penumpang hanya mendiamkan diri. Cuba bayangkan juka ada penumpang yang berada dalam keadaan tertekan, atau ada di kalangan penumpang yang membawa barangan merbahaya, mungkin kedua-dua pemandu ini akan ditikam, ditembak atau dicurahkan asid. Beringatlah sebelum terkena.

Saya mohon syarikat bas berkenaan untuk menasihati pemandu-pemandu ini kerana kedua-dua mereka amat biadap dan sangat tidak bertanggungjawab. Mungkis kes ini akan berlaku kepada orang lain pula, jadi saya mohon syarikat yang terlibat memberikan nasihat sewajarnya kepada kedua-dua pemandu ini.

Terima kasih.
DARWINA, Pulau Pinang

aduanrakyat.com.my"

Jika kemalangan, jangan berhenti, terus ke balai polis buat repot


"Melihatkan begitu banyak kes jenayah ketika ini dengan pelbagai modus operandi, pelbagai senjata, pelbagai tipu helah dan sebagainya hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal disamping kita mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap siaga.

Selepas ini kalau ada kemalangan, jangan berhenti, terus ke balai polis buat repot.

Hilang kereta dirempuh
Metro 27 Jun 2013

Kuala Lumpur : Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila keretanya dilarikan selepas dilanggar dua lelaki bersenjatakan parang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di susur keluar Lebuh Raya Besraya menghala Salak South, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun memandu kereta Honda Accord seorang diri apabila tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari belakang.

Menurut sumber, sebaik saja mangsa keluar dari kenderaannya, dua lelaki bersenjatakan parang terus menerpa ke arahnya sambil mengacukan senjata berkenaan dan mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.

“Seorang suspek kemudian masuk ke dalam kereta milik mangsa sebelum memecut laju meninggalkan lelaki malang itu di tepi jalan,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Makan lewat malam adalah tidak digalakkan kerana terdedah kepada kes jenayah.

Disamun lepas makan
Metro 27 Jun 2013

Kuala Lumpur: Kegembiraan tiga sahabat selepas menikmati makan malam di sebuah restoran bertukar malang apabila dipukul dan disamun enam lelaki dalam kejadian di Jinjang, di sini, kelmarin. Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM5,000 dan cedera di muka serta badan.

Sumber polis berkata, tiga mangsa berusia 20-an didatangi enam lelaki yang memberhentikan motosikal di depan mangsa dan minta mereka supaya tidak bergerak.

“Mangsa cuba melarikan diri ke arah kereta, namun tidak sempat apabila enam lelaki bertindak ganas memukul mereka dengan besi dan tangan.

Sumber: hmetro.com.my

Kemungkinan senapang angin digunakan dalam jenayah kejam ini.

Suami rebah dibidik
Metro 27 Jun 2013

Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala sebelum dia rebah atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 7 pagi itu, pengarah kanan operasi sebuah syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal menemui kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama ada cebisan peluru atau tidak. “Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui senjata dan tiada saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak mangsa juga mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.

Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sumber: hmetro.com.my"

Tuesday, June 25, 2013

Tidakkah jerebu juga tentera Allah?


"Subky Latif, 24 Jun 2013

"Sebelum yang tidak beriman mendapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu."

APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.

Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara senang melakukan pembakaran.

Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya.

Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara menjadi jerebu siang sentiasa redup dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.

Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia?

Seperti Allah menjadikan tentera-Nya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dan lain-lain.

Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.

Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia putus minuman kerana tiada sumber air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.

Tentera jerebu yang melanda tiga wilayah Asean itu mungkin memulakan proses kiamat. Ia mungkin dapat diatasi atas penguasaan manusia atas ilmu teknologi, dan atas doa orang-orang soleh, tetapi ia adalah ayat-ayat Allah sebagai amaran kepada kerakusan manusia.

Orang yang melakukan pembakaran itu tentulah berdosa. Mereka bukan sekadar dihukum Allah semasa di dunia dan di akhirat, kerajaan juga akan menghukum mereka. Tetapi dosa mereka yang membakar itu menimpa lain-lain orang yang tidak membakar dan orang yang tidak merebut kekayaan di Sumatera.

Orang miskin Singapura dan Malaysia tidak ada apa-apa kepentingan dengan pembakaran di Sumatera itu, tetapi apakah dosa mereka, maka mereka menerima azab dari kesan jerebu itu?

Pemimpin dan pemerintah ke tiga wilayah yang terlibat perlu bertanya apakah dosa masyarakat masng-masing, dosa kerajaan dan dosa para pemimpin itu sendiri menyebabkan Allah turunkan jerebu itu. Orang yang membakar hutan itu adalah penyebab kepada jerebu itu, jerebu itu adalah bala yang Allah turunkan berpunca dari pembakaran itu.

Kadang-kadang kebakaran bukan kerana ada pembakaran, tetapi oleh gara-gara pembuangan puntung rokok. Apakah manusia selain dari menghukum orang yang gatal tangan dan mengikhtiarkan kaedah mengatasinya, sedia muhasabah akan sebab Allah turunkan bala itu?

Pakar teknologi boleh menanam benih awan  dan hujan, orang soleh boleh solat minta hujan, tetapi apa peranan ulama dan sekalian orang yang beriman menyampaikan dakwah, bahawa jerebu itu bukan sekadar gara-gara Riau terbakar, tetapi ia adalah mesej Allah supaya manusia kembali kepada ajarannya. Sebelum yang tidak beriman mendapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu.

harakahdaily.net"

Suami Gagah Isteri Sayang


Akhirnya Terbongkar.. Rahsia untuk meningkatkan libido, stamina dan ketahan sepanjang malam tanpa dadah dan bahan terlarang dan kos yang tinggi.

Sesuai untuk suami isteri dan yang baru melayari bahtera perkawinan. Kepada anda yang menginginkan kehidupan seksual yang hebat, Akhirnya… di dalam privasi rumahtangga anda… anda kini boleh merasakan sendiri kuasa mentah “pemakanan dan perangsang seks terhebat ” yang boleh menjadikan anda seorang kekasih lagenda dan meninggalkan pasangan anda terlena dengan kepuasan…

Dapatkan maklumat lanjut di sini. (Harga Promosi Hebat)

Monday, June 24, 2013

Gempar! Kubur Misteri Tidak Ikut Arah Kiblat Ditemui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, penduduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad.

“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.
“Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.

Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia mengetahui lokasinya.

“Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.

”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara tiba-tiba.

“Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu,” katanya.

Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali. – Sinar Harian

Sunday, June 23, 2013

Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah menarik yang agak seram yang dikongsikan bersama untuk dijadikan renungan dan iktibar kepada kita semua..

Sekadar Gambar Hiasan
Cerita bermula.. Kisah ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.
Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong.

Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…”
Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…

Friday, June 21, 2013

Macam Mana Cara nak lajukan broadband

 
Mesti ramai yang duk search kat google pasal cara nak lajukan broadband Celcom, Maxis atau Digi yang dah habis limit kan. Sesiapa yang menjadi pengguna broadband, mesti korang pernah terima mesej macam ni “Dear customer, you have exceeded your usage limit of 1.5GB/mth . Get additional volume now to continue enjoying ur broadband svc at its current speed”. Tu tanda broadband dah mintak duit suruh bayar bil. Kalau lambat bayar slow la speed line broadband tu.Tapi jangan bimbang, ada cara nak lajukan broadband yang dah habis limit bandwidth. Tapi takde la laju sangat sampai boleh tengok movie online. Setakat nak layan You Tube lancar la. Caranya macam ni :
1. Pastikan broadband tu dah connect kat laptop dan internet. Kemudian tekan butang logo “start” dan taip “cmd”. Bila dah jumpa “cmd” tekan ENTER. Tengok contoh dibawah.

2. Selepas itu, akan keluar satu command prompt dan taip “ipconfig/all” serta tekan ENTER. Contoh seperti dibawah.
 
3. Bila korang dah tekan ENTER, akan terpapar segala senarai connection. Pilih IP ADDRESS untuk broadband korang sendri. Macam aku punye IP ADDRESS 10.145.131.178. Rujuk gambar kat bawah ini.

4. Sekarang scroll down dan taip IP ADDRESS yang korang dah pilih. Contoh : taip “ping” dan “IP ADDRESS” taip jugak “-t” dan tekan ENTER macam gambar di bawah. Dan selepas tu akan keluar text macam ni : reply from (korang punye IP ADDRESS): bytes=32 time<1ms ttll=”">

5. Biarkan benda ni jalan selama mana korang online. Korang boleh minimize je benda ni. Kalau nak offline barulah boleh tutup. Selamat mencuba cara nak lajukan broadband anda.
Sumber : nicknashram.blogspot.com

Macam Mana Cara Nak Kurus Cepat


Kuruskan badan dengan cepat tanpa guna produk kuruskan badan

Sekiranya anda ingin menguruskan badan anda, anda perlu tingkatkan jangka hayat, rendahkan tekanan darah dan berusaha dengan keras untuk melawan penyakit jantung dan diabetis dalam tahun 2013 ini! Jom baca bersama saya 3 tips tentang “APA” dan “BAGAIMANA” setiap kali anda duduk untuk makan tanpa guna produk!

1) Makan Malam Dengan Pinggan Yang Lebih Kecil
Anda tentu tidak menyedari bahawa saiz pinggan yang anda guna telah “berevolusi” dari segi saiz dan bentuk selepas lebih 100 tahun? Berdasarkan kepada kajian, saiz standard untuk makan malam telah meningkat sebanyak 22 peratus dalam diameter, daripada 10 inci pada tahun 1900 kepada 12 inci dalam 2010!
Untuk lebih faham : Lebih besar saiz pinggan maka lebih banyak yang anda makan! Setuju??
Jadi, pilih pinggan yang lebih kecil dan anda pasti akan terkejut  betapa berkesannya pengurangan jumlah makanan yang anda ambil dan kesannya kepada diet anda :)
Jadi, macam mana nak kurus dengan cepat? Pilih pinggan yang lebih kecil!

2) Makan IKAN untuk panjangkan hayat anda Nak hidup lebih lama? Makanlah ikan. Kajian menunjukkan bahawa, makan 8 auns ikan setiap minggu terutamanya ikan salmon dan ikan sardin, akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, penyakit no 1 di Amerika dan di Malaysia TOP 5 penyakit wajib!
Makan ikan juga melambatkan pengumpulan penyakit arteri tersumbat dan juga merendahkan tekana darah tinggi. Jadi makanlah ikan salmon atau ikan sardin setiap hari sebanyak dua kali sehari. Caranya, makan sedikit untuk makan malam dan simpan bakinya untuk lauk pada waktu tengah hari keesokannya.
Dan yang pasti kita dapat berdiet untuk kuruskan badan cepat tanpa guna produk kuruskan badan.

3) Minum Susu.
Susu tanpa lemak, susu rendah lemak dan yogurt bukan sahaja sumber terbaik bagi menguatkan tulang dan vitamin D, juga membantu mencegah tekanan darah tinggi. Ramai rakyat Amerika yang kurang mengambil tiga jenis nutrisi ini, yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk seperti tulang reput dan tekanan darah
tidak stabil sekiranya kurang mengambilnya.

Anda disyorkan untuk untuk mengambil susu rendah lemak ini pada waktu pagi, tambah dengan sehiris keju pada sandwich untuk makan tengah hari anda. Anda digalakkan untuk mengambil sedikit sahaja keju kerana keju merupakan  sumber lemak yang tidak sihat sekiranya diambil secara berlebihan.
Amalkan diet ini, insya Allah anda akan dapat menurunkan berat badan anda dengan sihat dan berkesan tanpa menggunakan sebarang produk!

Untuk Cara lebih Cepat untuk Kurus sila ke ~~~> CARA NAK KURUS CEPAT

Macam Mana Cara Nak Buat Blogspot

buat-blog

Buat Blog atau Macam mana nak buat blog? nak buat blog..? jum
Ini adalah tutorial asas bagaimana anda boleh memulakan blog baru dengan mengunakan platform terkenal seperti Blogger, aka Blogspot. Ingat Blogspot adalah Blogger.
Blog amat popular sekarang ni untuk kegunaan sendiri, bisness ataupun perkongsian ilmu, ia adalah perantaraan yang paling senang dicapai oleh semua orang di internet.
Last Updated : 1/1/2013


Sambil-sambil bukak lagu bagi semangat sikit, kang mengantuk nanti har har
Okay… Let start!
Macam mana nak buat blog?
Langkah pertama adalah kita perlu mengenal pasti apakah Blog yang sesuai untuk kita, maknanya ia perlulah senang untuk kita dan mudah untuk dikemaskinikan pada bila-bila masa, Ingat.. pemilihan Blog juga amat penting bagi meningkatkan tarikan pengunjung datang. Dan, terdapat beberapa Blog engine di internet ini termasuk Blogger, WordPress, Foopage, tumbr.. blurrew err..  eiiss terbelit lidah, haha, dan lain-lain. Paling femes kita pernah dengar mesti Blogspot kan? kan kan kan

Jadi apakah Blog yang sesuai untuk saya?
Carilah yang paling best dan mudah. Saya sarankan anda guna Blogspot sebagai permulaan, tetapi jika anda adalah seorang bisnessman dan ingin membuat perniagaan melalui kaedah online, saya sarankan pengunaan WordPress.

Free dan Tak Free
Free atau tidak hanya membezakan keperluan anda, biasanya yang percuma adalah terhad untuk anda lakukan kecuali anda betul-betul pakar dalam pengunaan coding dan begitu arif untuk memanipulatekan sesuatu , yang berbayar biasanya memberikan anda lebih banyak kawalan dari segi post, penggunaan statistik, plugin dan lain-lain
Untuk masa ni, saya hanya tunjukkan jalan asas untuk membuat blog, dan kali ni kita mengunakan Blogspot.
Kenapa Blogspot?
  • Boleh memiliki sehingga 100 Blog sendiri secara percuma
  • Boleh post artikel tanpa had!
  • 1GB storage untuk memuat turun gambar
  • Tiada masalah Bandwidth dan had impression
  • Ada statistik , jumlah komen, kawalan spam dan dashboard
  • FREE!!
Kelemahan
  • Tidak boleh muatturun benda lain selain gambar dan video
  • Tiada kawalan secara menyeluruh
  • Plugin yang amat terhad (untuk accessory, kemudahan pembaca dan lain2)
  • Layout yang terhad dan sukar untuk dibuat (kecuali melalui service luar)
  • Nama blog yang agak panjang , seperti. marimarimakan.blogspot.com (kecuali membeli domain sendiri)
  • Perlu menguasai coding untuk menghasilkan sesuatu yang sangat menarik seperti website professional.

Arrrrrghhh… Jom Buat Blog!
1.) Berikut merupakan tutorial untuk layout Blogger yang baru – 2012 memandankan blogger sudah menukar layoutnya, dan tiada lagi layout yang macam dulu.
Ingat jika nak buat blogspot jangan pergi ke Blogspot.com, ramai juga yang masih baru dalam dunia blog pergi ke situ, sebenarnya Blogspot adalah Blogger jadi, Pergi ke >
 http://www.blogger.com 
Kalu tak jelas, klik pada gambar untuk Zoom


2.)

3.)

Siap suda.. )

Tidak kira siapapun anda, journalist, pelajar, pereka design, tukang kayu, tukang kimpal, doktor, animator atau sesiapa pun, anda bebas mengunakan blog untuk berkongsi, untuk membawa idea baru, untuk dikenali, untuk menjual dan lain-lain, kerana pengunaan blog bukan sekadar untuk diri sendiri semata ia adalah kebebesan anda. Kebebesan disini tidak bermaksud anda boleh melangkau ke satu paras yang dinamakan sebagai overline, berhati-hatilah, gunakan kesempatan ini dengan bijak. Jangan jadi blogger sampah yang dimaksudkan sebagai blogger yang hanya tahu mencreate blog-blog spam, blog scam, blog pancing duit dan lain-lain. Jom jadi blogger bijak. :D
Senang je kan?
Cubalah explorer nanti, mula-mula memang susah nanti lama-lama dah biasa. Untuk mendapatkan khidmat design bagi blogspot begitu jarang yang nak buat kerana melibatkan banyak masa dan kerja lain kecuali yang betul-betul expert, anda boleh cuba cari
Kami di Kreatif.seniaku juga menyediakan satu-satunya service khas untuk mereka bentuk blogspot hanya untuk mereka yang ingin berniaga secara online sahaja atau portfolio , boleh lawati http://kreatif.seniaku.com untuk maklumat lebih lanjut

Thursday, June 20, 2013

Kerja di Rumah

bisness-dari-rumah-tanpa-modal

As salam & salam sejahtera,
Teknik Rahsia kerja di rumah ini akan memberikan anda kerjaya yang “Rock Solid” dan dapat memberikan pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada kelayakan akedemik anda walaupun anda mempunyai “ZERO” pengetahuan tentang IT!

Bagaimana teknik rahsia kerja di rumah ini dapat membantu anda mencapai pendapatan 5 angka dan lebih sebulan? Tahukah anda 400,000 orang menggangur sehingga jun 2011?
Malah, pada Ogos 2012, seramai 347,200 orang masih lagi menganggur pada kadar 2.7 peratus berdasarkan data daripada Jabatan Tanaga Kerja. Malah statistik dari Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orangdisebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan. “Patut la saya susah nak cari kerja, saya terpaksa bersaing dengan terlalu ramai graduate..”

Inilah masanya untuk anda membina kerjaya anda sendiri tanpa perlu menunggu bulan untuk jatuh keriba. Peluang ini tidak datang sekali. Jika anda kerja sekalipun, belum tentu anda akan mendapat kerjaya yang dapat memberikan anda gaji RM 5,000 keatas bukan?

Kata Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud “Kini, katanya, bilangan syarikat yang mempunyai laman web masih lagi kecil kerana hanya 100,000 daripada lebih 700,000 syarikat PKS di negara ini yang mempunyai laman web.”

Ini bermakna peluang untuk anda mendapatkan pelanggan sangatlah luas. Bayangkan, hanya  1/7 daripada syarikat PKS sahaja yang memiliki laman web. Jika anda boleh sasarkan untuk mendapat hanya 1% daripada jumlah syarikat PKS yang masih tidak memiliki laman web, 6000 syarikat bolehmenjadi pelanggan anda.

Ini peluang anda untuk memiliki kerjaya yang hebat dengan hanya kerja di rumah. Bacalah peluang ini sampai habis untuk mengetahui apakah yang telah tersedia untuk anda.

Bagaimana Jika Saya Tidak Mahir Didalam IT?
Jangan risau, saya sudah sediakan segalanya untuk anda dari A-Z. Sebab itulah saya memanggil pakej kursus kerja di rumah ini sebagai “Business In The Box”. Ia mengandungi setiap aspek didalam perniagaan IT Consultant yang boleh diikuti oleh setiap orang walaupun anda tidak mahir menggunakan komputer.

Bukankah Membina Laman Web Ini Sangat Susah?
Mungkin pada 5 tahun lepas, proses pembinaan laman web sangat memenatkan. Saya sendiri terpaksa bersusah payah untuk mempelajari PHP, HTTP dan FTP melalui perisian Dreamwever dan Filezilla pada awal-awal penglibatan saya didalam IT Consultancy.

Namun sejak kehadiran WordPress, proses pembinaan laman web sangat mudah dan cepat. Sebab itulah saya yakin bahawa jika anda tidak mahir IT pun boleh menjalankan perniagaan ini.
Sebelum saya pergi lebih lanjut kepada penerangan mengenai kursus ini, saya ingin menerangkan mengapakah kami di sini ini sanggup untuk mendedahkan segala rahsia perniagaan kami kepada anda?
Jawapannya adalah mudah sahaja. Kami sudah mencapai tahap yang tinggi dan pelanggan kami biasanya adalah syarikat-syarikat besar. Namun, masih banyak syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang memerlukan bantuan untuk membantu mereka meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.

Oleh itu, kami ingin berkongsi ilmu ini supaya anda dapat membantu mereka dan pada masa yang sama menjana pendapatan yang lumayan. Saya yakin yang Teknik Rahsia Kerja di rumah ini dapat mengubah kehidupan anda dan anda akan terus menjana pendapatan berterusan.


Klik di sini ~~> KERJA Di RUMAH

Shah Jaszle Putus Tunang, Serang Pasangan Khalwat di Bangsar?

..
 
Kisah kontroversi Shah Jaszle bersambung lagi hari ini. Pekembangan terkini, mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri yang mahu memutuskan pertunangan, Shah Jaszle dikatakan telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’.
 
Dalam sebuah blog hiburan menyebut, aktor itu memang benar benar melepaskan amarahnya petang semalam dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.
 
Bagaimanapun tidak diketahui butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tetapi khabarnya pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.
 
 
sumber : Rotikaya.com
 

Wednesday, June 19, 2013

Faizal Tahir Digam Stesen TV?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jika sebelum ini, Faizal Tahir pernah di gam stesen televisyen gara-gara tindakannya membuka baju ketika persembahan, kali ini timbul pula desas desus bahawa pelantun yang terkenal dengan lagu Biar ini digam lagi oleh stesen televisyen swasta.
Ia gara-gara status Faizal mengenai politik yang dikeluarkan ketika musim pilihan raya baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Twitternya, Faizal turut memberi gambaran bahawa dia benar-benar digam dan ia bukan lagi spekulasi liar.

Antara status yang dimuat naiknya adalah: “Saya sedang memikir judul album terbaru Faizal Tahir The Banned. Ia sangat sesuai dengan saya,” katanya.

Menjadi spekulasi hangat di media sosial, pengurus Faizal, Dolly Lee tampil menjelaskan isu tersebut dan menegaskan ia sekadar khabar angin semata-mata.

Katanya, sekira perkara itu benar, pihak pengurus Faizal akan diberitahu terlebih dahulu.
“Kami tidak menerima sebarang kenyataan daripada pihak terbabit menyatakan Faizal telah digam.
“Jika perkara ini betul, pihak kami akan menyiasat terlebih dahulu kesahihannya,” ujar Dolly.
Dolly turut meluahkan kekesalan terhadap individu yang menyebarkan perkara tersebut tanpa mengetahui sama ada ia palsu atau benar.

Berbalik kepada status Faizal mengenai isu digam, Dolly menegaskan bahawa penyanyi lagu Gemuruh itu sekadar main-main dan tiada kena mengena dengan spekulasi tersebut.
Katanya, Faizal kini berehat di rumah selepas pulang dari Kuching, Sarawak sebaik selesai persembahan di sana.

“Buat masa ini, dia hanya menghabiskan masa di rumah sahaja untuk berehat bersama keluarga,” katanya. – Sinar Harian

Tuesday, June 18, 2013

Gempar jejak BIGfoot di negeri sembilan



Petaling Jaya (The Star/ANN) - ABOUT 200 Bigfoot-like footprints have been discovered at a village near the state of Negeri Sembilan, causing panic among villagers, reported Malay-language newspaper Harian Metro.
Villager Adnan Pungut, 48, claimed he discovered the footprints when he was clearing rubbish and wood at his rubber estate at 3pm on Saturday.
"I immediately informed the others because I was scared. I told the other villagers and all of us went back to the area.
"We found 200 footprints that were about the same size and tried to follow them," he was quoted as saying.
"Based on the footprints, we can assume that the creature has two legs and weighs more than 100kg," he said.
According to Adnan, further checks by villagers found that the creature could be headed towards a nearby forest.
The report stated that the villagers decided not to pursue the creature as they were afraid.
"We will let the authorities handle it as the animal could be endangered," Adnan said.

Sumber: yahoo news

Suku Kaum Yang Tiada Lubang Hidung…



Sememangnya perkara ini kedengaran pelik tetapi itulah kebenarannya.  Satu suku kaum di India sebetulnya lahir dalam keadaan normal tetapi mereka sendiri yang mengubahsuai hidung dan menjadikan hidup mereka ‘tersiksa’ tanpa lubang hidung.
Bernafas melalui mulut…sanggupkah anda?
Tradisi pelik ini yang hanya diamalkan oleh kaum wanita suku India dari kumpulan Apatani terpaksa mengharungi kepayahan bernafas kerana hidung mereka ‘dipaksa’  tutup atau disumbat.  Inilah antara budaya pelik  kaum tersebut.
Hidung disumbat manakala wajah ditatu sehingga kelihatan hodoh


Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh itu lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung.  Kemudian, penyumbat tadi disumbat ke dalam rongga hidung sehingga tertutup kemas.


Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.


Bukan itu sahaja, satu tatu juga dilukis bermula dari dahi hingga ke dagu sehingga pihak wanita dari suku India ini kelihatan hodoh. Ada sebab mengapa mereka mengamalkan budaya pelik ini…

Sebenarnya, budaya pelik seperti ini dilakukan kerana sebelum budaya ini dicipta, kaum wanita dari suku India kumpulan Apatani ini sering diculik dan dirogol kerana kecantikan mereka.

Oleh yang demikian, bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa, tindakan menghodohkan mereka adalah jalan yang terbaik buat mereka. Mungkin dengan cara menghodohkan wajah ini kaum wanita tidak lagi menjadi buruan atau mangsa rogol.

Namun, kini budaya tersebut sudah tidak diamalkan lagi.  Wanita Apatani lahir sejak tahun 1970, tidak lagi bersedia untuk meneruskan tradisi mengerikan seperti itu.  Dengan arus kemodenan pada zaman sekarang,  hanya warga tua sahaja yang mengamalkan amalan ini dan kerajaan mereka juga sudah pun menghapuskan adat yang benar-benar menyiksakan ini.

Macam-macam benda pelik manusia lakukan tetapi amalan seperti ini pastinya sangat menyusahkan kerana mereka terpaksa bernafas melalui mulut dan wajah menjadi pelik. Tetapi itulah realitinya…

Gempar! Misteri Tapak Kaki Luar Biasa Akhirnya Terungkai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, misteri tapak kaki luar biasa yang ditemui di Kampung Kepis Baru, dekat sini terungkai apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Jempol mengesahkan ia kesan tapak kaki seekor tapir.

Tapir atau nama saintifiknya Tapirus Indicus yang muncul di situ dianggarkan berusia lima ke enam tahun dengan berat antara 100 dan 120 kilogram.
Pegawai Perhilitan Jempol, Jamlus Mohd Nor berkata, selepas tersiar di akhbar, pihaknya mengandaikan ia mungkin binatang buas termasuk harimau sebelum melakukan siasatan.
“Namun, apabila pemeriksaan secara lebih dekat, kita perhatikan ia hanya tapak kaki seekor tapir dianggarkan besarnya seperti seekor lembu.
“Tapak kaki haiwan ini menjadi lebar kerana struktur tanah yang masih lembut dan ia tenggelam apabila dipijak. Mungkin tapir ini datang untuk mencari makan pada waktu malam,” katanya.
Menurutnya, secara azalinya, bahagian depan kaki tapir memiliki empat jari, manakala di belakangnya sebanyak tiga jari.
“Sebab itu, kita nampak tapak kaki itu seolah-olah besar dan gemuk. Tambahan pula, tanah di sini lembut menyebabkan tapak kaki mengembang lebar,” katanya ketika membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan, semalam.
Jamlus bagaimanapun berkata, tapir bukanlah spesis yang mengancam nyawa manusia dan penduduk tidak perlu memberi ancaman terhadap binatang itu hanya disebabkan bimbang digigit.
Selain itu, katanya, sekiranya tanaman penduduk kampung seperti kulit getah telah dimakan haiwan berkenaan, ia dianggap gangguan dan penduduk boleh menghubungi Jabatan Perhilitan untuk menangkapnya.
“Tapir ialah spesis haiwan terancam. Kita tidak boleh menembak sesuka hati apabila terserempak dengan Tapir. Maklumkan kepada kita untuk menangkap binatang tersebut.
“Tetapi, selagi Tapir ini tidak rosakkan tanaman, biar ia hidup seperti biasa dalam hutan ini,” katanya sambil menjelaskan haiwan berkenaan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta (716).
Berikutan itu, Jamlus menasihatkan penduduk kampung berdekatan supaya tidak perlu bimbang dengan penemuan itu. – Sinar harian

Monday, June 17, 2013

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ….

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm – 11pm):
Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am):
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am):
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am):
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am):
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am):
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Saturday, June 15, 2013

Gambar sempoi dari Ustaz Azhar Idrus...

 
Gambar sempoi.. Dari Ustaz Azhar Idrus.. Mencandat sotong.


Oleh: abuluqman

Sempoi dari big Bo's..UAI Mencandat sotong..

Ustaz Azhar Idrus..Mencandat sotong bila masa terluang..kalau Tiada Kuliah..

Pelik! Petani Ditahan Simpan Alien

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seorang petani ditahan selepas beliau dengan bangganya memaparkan foto makhluk asing di internet dan mendakwa menangkap makhluk tersebut.


Petani yang dikenali sebagai Li, kini terkenal di media China selepas memuat naik gambar makhluk asing tersebut dan akhirnya terpaksa mengakui, ‘alien’ tersebut direka menggunakan daging ayam dan dawai bagi mengelirukan orang ramai.

Beliau ditahan polis selama lima hari kerana menyebarkan gambar palsu dan menganggu orang awam.
Pada mulanya, petani itu menceritakan cara beliau menangkap makhluk asing menerusi laman web.
Kemudian, Li memuat naik gambar makhluk asing yang usdah mati itu di dalam peti sejuk menyebabkan ramai pengguna internet mempersoalan kebenaran gambar tersebut.
Pada masa itu, Li menegaskan yang ceritanya benar. – Sinar Harian

Pertemuan UG Versi Baru?


"

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.
Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.

Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.

Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.
Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah.

Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu.
Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998.

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu.

Mungkinkan ini adalah UG Versi baru seperti yang ditulis oleh A. Kadir Jasin dalam blognya??


Nordin Bin Ali

Makin Ramai Artis Kini Bertudung, Terbaru Fiza

Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi tiga minggu lalu dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.

Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat.

Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.

Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir. "Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.

"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.

Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.

"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.

"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.

"Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu," kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.

Mengenai lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin pada Jun ini kata Fiza, tak ada jodoh. Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.

Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan.

Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya. - BH

______

http://www.wanitakini.com

Rezeki Eja melimpah selepas berhijab



SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sejak beberapa bulan lepas, aktres Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah memberitahu, dia kini sedang melalui satu fasa kehidupan yang cukup tenang dan bahagia.

Mengakui juga selepas berhijab ia bukan tanda aras hidupnya telah sempurna, Eja yang ditemui sewaktu mengikuti rombongan Anugerah Skrin 2011 & 2012 ke Korea Selatan baru-baru ini mengatakan dia kini dalam proses memperbaiki kelemahan dirinya.

"Alhamdulillah, secara perlahan-lahan Tuhan memberi saya petunjuk sehingga akhirnya saya berhijab.

"Apabila saya telah menutup aurat seumpama ini, ia bukan bermakna saya sudah menjadi seorang manusia yang sempurna, sebaliknya saya bersyukur kerana Tuhan telah memberi saya peluang untuk berubah," ujarnya yang mahu lebih kerap menghadiri majlis usrah sambil memanjat kesyukuran.

Dedah Eja, pada saat dirinya mengambil keputusan untuk terus berhijab sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah sekitar Mei lalu, dia telah mempersiapkan diri dengan risiko untuk hilang atau kurang mendapat tawaran berlakon.

Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Tuhan telah mencurahkan dirinya dengan rezeki yang melimpah-ruah, satu hal yang tidak dijangka oleh wanita tinggi lampai ini.
Menurut Eja: "Pada saat saya telah bersedia dengan kebarangkalian untuk tidak menerima tawaran berlakon kerana penampilan baharu ini, pada saat itu, tawaran terus datang tanpa henti.

"Antara bukti rezeki saya tidak ditarik Tuhan kerana saya berhijab ialah kontrak saya untuk berlakon dalam filem Manisnya Cinta dan sebagai duta produk kecantikan Cosry yang ditandatangani sebelum saya berhijab masih diteruskan.

"Saya kemudian menerima beberapa tawaran lain termasuk dua telefilem sempena sambutan Aidilfitri ini. Alhamdulillah."

Tegas Eja, biar banyak tawaran berlakon yang bakal hadir kepadanya kelak, dia tetap tidak akan menanggalkan hijab.

Luahnya, sepanjang 17 tahun menjadi anak seni, khalayak telah melihat penampilan dan rambutnya, kini dia tidak mahu memperlihatkan semua penampilan silamnya lagi.

"Cukuplah 17 tahun khalayak telah melihat rambut saya. Dengan faktor usia yang sudah mencecah 41 tahun, saya kira semua sudah perlu diperlahankan," katanya yang menyebut, suaminya tidak pernah memaksa dia berhijab, sebaliknya bergurau dengan mengatakan dirinya bakal masuk syurga sebaik sahaja Eja mengambil keputusan berhijab.



Ditebak bagaimana pula dengan trademark bulu mata palsu dan solekan tebal sewaktu berlakon, adakah khalayak tidak akan melihat penampilannya di layar kaca seumpama itu lagi, Eja hanya ketawa.

Dia kemudian memberitahu, jika skrip penceritaan memerlukan dirinya memakai bulu mata palsu atau bersolek tebal, ia akan dilakukan. Sebagai seorang pelakon, jelas Eja, permintaan tersebut masih akan ditunaikan.

Sementara itu, Eja turut berkata, dia bersama Cosry kini dalam perbincangan untuk melancarkan koleksi hijab sempena bulan Ramadan ini.

Eja bagaimanapun dengan rendah hati memberitahu, sebagai seorang wanita yang baharu memakai hijab, dia tidak mahu koleksi tersebut sekadar menjadi satu trend.
"Insya-Allah, saya dan Cosry akan menghasilkan koleksi hijab dengan jenama Eja by Cosry sempena kehadiran bulan Ramadan ini.

"Koleksi itu kelak, saya mahu pastikan ia tidak sekadar menjadi satu trend, sebaliknya saya mahu menghasilkan koleksi hijab yang mengikut syariat Islam.

"Saya mahu wanita Muslim yang berpakaian mengikut syariat Islam tidak ketinggalan dalam berfesyen dan bergaya sopan," jelasnya.

________
http://wanitakini.com

Friday, June 14, 2013

Kisah Nabi Luth Dan Misteri Laut Mati

by Nizarazu on June 14, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Pemandangan Laut Mati yang diambil pada tahun 1989 dari Columbia Space Shuttle (STS-28). Bahagian selatan terpisah daripada separuh bahagian utara akibat kemerosotan paras air laut.


Pemandangan Laut Mati hampir 12 tahun kemudian (STS-102). Bahagian utara dan bahagian kecil tenggara telah bertambah dan kolam poligon besar terbahagi ke beberapa bahagian.


Tiang yang terbentuk daripada garam karang dipanggil ‘isteri Luth’ di Gunung Sodom, Israel 
 

Kaitan kisah Nabi Luth dan Laut Mati

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.

Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).

Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, Sebaliknya beriman kepada Allah, Selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, Malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini.” Luth berkata: “Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakukan.”

Seterusnya mereka mencabar Nabi Luth dengan berkata: “Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.”

Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijelaskan, maksudnya: “Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu.” Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab ke atas kaumnya.

Sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan mereka. Nabi Ibrahim berkata: “Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan
bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan.”

Perkara ini dapat diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: “Berkata Ibrahim; sesungguhnya di kota itu ada Luth. Malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterinya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.”
Setelah mengunjungi Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke Sadum. Sampai di Sadum, mereka berjumpa dengan anak perempuan Luth.
“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali.
“Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth. Nabi Luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa cemas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya. Berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai kalangan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.

Apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik. Kaum Luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: “Sesungguhnya kamu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Sesungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.”

Seketika keadaan di pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka. Perkara ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.”

Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.
Al-Quran memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganlah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”Kaum Luth ditelan bumi
Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”
Ustaz Azhar Idrus bercakap tentang Laut Mati

Dalam ilmu fardhu ain fiqih tentang masalah hukum air, disebutkan senarai air makruh yang terbagi kepada tiga iaitu air yang sangat hangat, air yang sangat sejuk dan air yang terjemur pada suatu wilayah yang sangat panas.

Air yang sangat hangat dan sejuk itu jadi makruh digunakan disebabkan ia boleh menimbulkan merasa sakit pada badan ketika menggunakan air itu, dan pendapat para ahli kesihatan menggunakan air yang sangat hangat akibat terjemur itu dapat menyebabkan penyakit kulit, dan tidak makruh memakai air yang sedang hangatnya atau sejuknya.

Air yang sangat hangat itu makruh digunakannya dengan empat syarat iaitu :
~> air yang terjemur pada negeri atau wilayah yang bercuaca sangat panas seperti di kota mekah.
~> air yang terjemur yang menggunakan tempat atau wajan yang terkena tukul, seperti gayung dan sebagainya yang terbuat dari besi, tembaga dan sebagainya. Selain dari emas, perak, tanah, batu dan kayu.
~> air bekas terpakai pada badan manusia sekalipun bekas memandikan mayit, bekas mandi kuda atau hewan sejenisnya selain babi dan anjing, serta bekas orang yang berpenyakit kulit.
~> Dan makruh memakai air dan tanahnya yang dimurkai, dibenci kaumnya atau penduduknya seperti air pada kaum negeri Samud, air kaum Luth, air telaga Barhud, air kaum negeri Babil dan air telaga Dzarra.
Tempat-tempat yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...