Tuesday, July 30, 2013

Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta

 
Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta



KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin

Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.

Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Tuesday, July 23, 2013

Norman dengan pucuk muda, Abby balas klate mudo.... jangan sentap aarrrrrrrrr!

Gantengnya pacarku... AHHH! gantengnya suamiku!! AHHHH! 
Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu. Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut

Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.

gambar farhan suami Abby Abadi

gambar farhan suami Abby Abadi

Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya. – MyNewsHub

Norman dengan pucuk muda, Abby balas klate mudo.... 

Mufti perlu lihat gambar ini dan fatwakan segera

Mufti perlu lihat gambar ini dan fatwakan segera

Rasa terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu.

Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.

Komen peserta beragama Islam bernama Sara Amelia Bernard yang berbunyi,

"Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?

Jika tak cukup sensasi sila ke sini untuk lihat gambar aksi gimnastik yang lebih mengaibkan.


Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.


Tidak adil jika kita tidak memuatkan contoh pemakaian bikini dalam beauty contest. Gambar ratu cantik Indonesia ini diambil dari beauty contestupdate.com. dan santabanta.com Ada banyak lagi gambar ratu cantik memperaga bikini di sana. Tetapi percayalah kesemuanya tidak seseksi aksi dalam aktiviti gimnastik.

Bukan bermaksud agar mufti menghalalkan penyertaan gadis Islam dalam beauty contest tetapi merayu agar penyertaan gadis Islam dalam acara renang dan gimnastik juga difatwakan sebagai haram seperti mana sepatutnya.

Miss Earth 2012 Swimsuit
Miss Universe 2012 Swimsuit
So, Mr mufti and Mr ulamak sila bertindak segera... jangan buat fatwa pilih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.


Kegagalan berlaku adil dalam mengeluarkan fatwa adalah punca ramai tidak menghormati institusi perundangan Islam di Malaysia.

http://www.wasukalu.com/

Sunday, July 21, 2013

Tips Pemasaran Rasulullah Untuk Usahawan Online & Offline

Alhamdulillah kita berjumpa lagi. Artikel saya kali ini berkait tentang teknik pemasaran yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang saya catatkan ini adalah sebahagian dari gaya perniagaan Rasulullah s.a.w. yang merupakan sunnah yang perlu kita semua ikuti dan sampaikan kepada semua ummat baginda s.a.w. demi manafaat juga kecemerlangan bersama.

pemasaran1pemasaran2

Konsep Pemasaran 4P telah digunakan oleh nabi s.a.w. dalam sepanjang aktiviti perniagaan baginda sebagai pedoman buat seluruh ummatnya agar tidak mudah tergelincir dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Selain mencegah perbuatan yang dilarang oleh Allah, gaya pemasaran yang Rasulullah s.a.w. amalkan ini mampu menjadikan kita seorang usahawan yang benar-benar cemerlang serta memberi manafaat kepada seluruh penghuni alam.

1- Produk (Produk)
Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan” (Al-Baqarah: 168)

2- Promosi (Promotion)
Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah s.a.w. menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli.
Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual dan pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu bersungguh-sungguh berusaha untuk menjauhi diri daripada sumpah atau janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan” (Direkodkan oleh Muslim)
Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda : ” Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dengan cara yang tercela” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing)
Harga sesuatu barang dagangan atau jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah s.a.w. mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar : “Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)
Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dengan menekankan pada kualiti produk dan memberi nilai hebat kepada pelangan dari produk yang dipasarkan.

4- Pemilihan Lokasi (Place)
Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi atau pemilihan tempat dalam perniagaan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa.
Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah s.a.w. menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dengan para pedagang tempatan dan luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya.

Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dengan lebih jelas dalam hadith baginda s.a.w. daripada Jabir : ” Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain.” (Direkodkan oleh Muslim).

Dapat difahami secra umumnya, semua strategi yang mengundang kepada ketidakadilan & kezaliman kepada mana-mana pihak adalah dilarang menurut Rasulullah s.a.w. dan wajib dielakkan diamal oleh para peniaga. Etika dan amanah serta jujur dalam berniaga amat penting demi mendapatkan rezeki yang halalan toyyiban!
Terdapat lagi beberapa elemen penting yang ingin saya kongsikan dalam artikel saya akan datang berkaitan ilmu pemasaran Rasulullah, inshaAllah. Jangan jemu atau berhenti berkunjung ke blog PUIM.my ya…

Tips Pemasaran Kaedah Rasulullah di atas amatlah sesuai dilaksanakan dalam perniagaan online juga perniagaan konvensional atau offline. Gunakan kreativiti masing-masing dalam memproses maklumat di atas untuk di praktikkan dalam urusan perniagaan. Wallaahu’alam.
Sumber : http://puim.my/

Saturday, July 20, 2013

Pasangan Alvin Dan Vivian Dipenjarakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini (semalam 18/7/13) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.


Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.
Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh diiacarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.
Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO.

Al-Fatihah! Anak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Setelah Ditinggalkan Ibu Melebihi 5 Jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.


Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.

Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.
Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.

Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Gempar! Sindiket Jual Saluran TV Internet Haram Dibongkar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.


Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.
“Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

“Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit.
“Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru sebuah sekolah menengah di sini.

“Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia,” katanya.
Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran.
Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM) 1998.

“Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira RM60 juta,” katanya.
Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat ‘decoder’ kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan mengenakan caj bulanan serendah RM29.
“Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan sejak setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, ‘server’ dan komputer bernilai lebih RM400,000.
Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan serbuan pertama di Malaysia.

“Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan bagi tujuan salinan. – Bernama

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama
9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama
Ramai jugak aku dengar yang merungut sebab bateri laptop diorang tak tahan lama. Tapi takpe, aku nak kongsikan sedikit cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama.

1. Elakkan guna ‘high performance’ dekat power setting sekiranya guna bateri.

2. Kecerahan skrin perlu di adjust sebabnya kalau skrin korang tu terang sangat guna bateri pun kuat la.
 
3. Jangan letak laptop atas katil kerana laptop cepat panas dan dapat mengurangkan jangka hayat bateri.
4. Jangan cucuk external hard disk, wireless mouse dan keyboard ketika laptop guna bateri.

5. Uprgrade RAM kerana RAM yang perlahan boleh menyumbang kepada penggunaan bateri yang lebih.

6. Pastikan kipas bawah laptop tu tak kotor dan condongkan laptop tu sikit untuk pengudaraan. Kalau laptop korang panas, kipas laptop korang akan berpusing dengan lebih laju dan akan menggunakan bateri lebih. So rajin-rajinkan la tangan tu mencuci kipas laptop ye.

7. Kalau ada power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

8. Cucuk ke power supply bila dah keluar notification bateri nak habis. Sebab baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak. So, bateri akan cepat rosak.

9. Tukar bateri baru untuk laptop setiap 18 bulan.

Aku guna laptop ni dah dekat 5 tahun. Bateri laptop aku ni dah teruk sangat. Tak sampai 15 minit dah habis bateri. Lagi satu bateri laptop ni pun mahal jugak. Memang lagi la berat nak tukar. Laptop korang macam mana? Aku yakin korang pun tak pernah tukar jugak kan..kekeke
Sumber : http://nicknashram.blogspot.com/

Tuesday, July 9, 2013

Gempar! Penipuan Manusia Terapung Terbongkar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mungkin ramai pernah melihat silap mata atau ‘magic’ seperti ini, ramai yang kagum dan teruja dengan persembahan tersebut tanpa mengetahui bahawa itu adalah teknik penipuan semata-mata.. Tengok gambar di bawah..


Dalam gambar terakhir ini segala teknik mengapungkan diri beliau telah dirungkai. Dia menggunakan satu palang kukuh berupa tangan manusia yang boleh melekat di dinding. Set keselamatan yang berupa tali kukuh diikat pada kedudukan bikininya dan disembunyi dalam pakaian sut berwarna hitam. Seniman ini memaut palang tersebut sambil beraksi seolah-olah memegang dinding sambil terapung.

Sunday, July 7, 2013

Gempar! Lagi Kes Membahayakan Berlaku Di ‘The Curve” Pada Seorang Gadis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kes ini berlaku baru-baru ini kepada seorang gadis semasa keluar dari The Curve, KL. Dalam jam 4 petang, gadis ini baru keluarkan duit sebanyak RM10,000 dari CIMB berdekatan dan dalam perjalanan balik ke pejabat untuk siapkan kerjanya.


Apabila dia sampai ke simpang jalan utama, dia terdengar bunyi cermin pecah yang sangat kuat pada keretanya. Kemudian dia nampak seorang lelaki mengambil begnya yang terkandung duit yang dikeluarkannya tadi.


Lelaki itu terus naik ke atas motorsikal yang menunggunya di sebelah dan terus beredar. Gadis in cuba untuk keluar tetapi dia tidak berjaya kerana sebuah kereta Wira menghalangnya. Semuanya berlaku dalam masa satu minit.


Dia terus ke balai polis untuk membuat laporan. Sesampai di balai polis, dia mendapati terdapati dua orang lagi mangsa seperti dirinya pada waktu yang hampir sama dan tempat yang sama.
Jadi apa dah jadi dengan Malaysia yang dikatakan sangat selamat?

Via – Perihal negara

Kanak Kanak Luar Biasa Yang Mengejutkan China Dan Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtara, Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.


Diantara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang berfikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang dibeli olehnya. Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah yakin dia boleh melakukannya, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak tauke, peniaga, juga ada ratusan juta penonton televisyen, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata, ”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggungjawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri. Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai baju pun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerana pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa..

Via – Suarapemikir

Thursday, July 4, 2013

Maria Farida gelar Shah Jaszle 'buaya'




4 Jul – Aktres jelita Maria Farida telah menggelar bekas teman lelakinya, aktor Shah Jaszle sebagai 'buaya' selepas diminta mengulas tentang kontroversi ditangkap khalwat baru-baru ini.
Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, Maria yang ditemui ketika majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels memberitahu dia tidak terkejut dengan berita tersebut, malah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku kepada Shah satu hari nanti.
Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri.
"Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sampai sekarang. Cuma nasib dia kali ini paling besar," ujarnya.
Aktres ini yang enggan mengambil tahu tentang kisah Shah selepas berpisah walaubagaimanapun berasa simpati terhadap tunang aktor drama "Asmara" itu yang dirasakan sangat baik berdasarkan kisah-kisah yang didengarnya.

BACA:
Adakah Neelofa minta Shah Jaszle bayar hutang?

Shah Jaszle dan tunang rancang kahwin lari?
Shah Jaszle dan Redzwani Puteri tetap mahu berkahwin
Keluarga Redzwani Puteri sahkan pertunangan putus
Farah: 'Shah Jaszle ingin menutup kecurangannya'

"Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shah) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar daripada orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu," tambahnya lagi.
Shah atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah menjalinkan hubungan beberapa bulan sebelum putus sekitar awal tahun 2011. Selepas berpisah, Shah pernah bercinta dengan aktres muda, Miera Liyana.
Pada 16 Mei lalu, aktor berusia 25 tahun itu telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dakwaan khalwat di Apartment Taman Sri Subang kira-kira jam 3.30 petang dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh.

Sumber : yahoo news

Tuesday, July 2, 2013

4 Gambar Sebenar Bayi Farid Kamil & Diana Danielle

4 Gambar Sebenar Bayi Farid Kamil & Diana Danielle | Setelah banyak spekulasi timbul mengenai kelahiran anak pertama pasangan selebiriti, Farid Kamil dan Diana Danielle, akhirnya mereka berkongsikan berita gembira dimana bayi sulung mereka selamat dilahirkan.


gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

Menerusi Instagram Farid Kamil, dia berkongsi gambar bayi lelaki dengan caption "welcome to the world my son" selain memberi tahu bahawa bayi ini seberat 4.39kg.

gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

Sebagai info, Diana Danielle selamat melahirkan bayi lelakinya ini di Australia.

gambar sebenar bayi farid kamil dan diana danielle, bayi diana danielle, gambar bayi diana danielle, gambar anak farid kamil, anak diana danielle, diana danielle lahir anak di australia, gambar anak farid kamil dan diana danielle

Tahniah diucapkan kepada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle.

Sumber - http://www.akupunyer.com/

Monday, July 1, 2013

Shah Jaszle dan tunang rancang kahwin lari?




1 Jul – Kontroversi melibatkan Shah Jaszle nampaknya terus menjadi bualan ramai. Walaupun pertunangannya bersama Redzwani Puteri telah diputuskan oleh pihak keluarga perempuan pada 10 Jun lalu, pasangan ini dikatakan tetap baik dan ingin meneruskan perhubungan tersebut.
Dipetik daripada laporan Berita Harian semalam, pelakon drama "Asmara" ini menjelaskan dia masih mencintai pelajar jurusan perubatan itu dan bertekad untuk kahwin lari jika usaha untuk meredakan kemarahan keluarga Puteri tidak berhasil.
"Apa masalahnya sekalipun jika kami kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi.
Shah turut memberitahu, selepas kejadian khalwat tersebut, Puteri sering bersamanya dan menemani di lokasi penggambaran jika tiada kelas.

BACA:
Shah Jaszle dan Redzwani Puteri tetap mahu berkahwin

Keluarga Redzwani Puteri sahkan pertunangan putus
Farah: 'Shah Jaszle ingin menutup kecurangannya'
Adakah Shah Jaszle dan Redzwani Puteri sudah putus tunang?
Redzwani Puteri: 'Saya serahkan kepada Shah untuk selesaikan'
Shah Jaszle: 'Wanita itu ingin putuskan hubungan saya dengan tunang'

Sementara itu, abang kepada Puteri, Redzwan Najib pula memberitahu bapa mereka akan mengambil langkah untuk 'mengurung' adiknya itu sekiranya dia masih berkeras untuk menjalinkan hubungan dengan Shah.
"Saya dan keluarga dah cuba menghalang Puteri meneruskan perhubungan dengan Shah, tapi nampaknya tidak berkesan.
"Saya dah tak larat nak nasihatkan Puteri. Ayah pula memang halang habis-habisan hubungan Puteri bersama Shah selepas membaca laporan daripada JAIS.
"Namun Puteri pernah berjanji dengan emak, dia memang akan tinggalkan Shah. Namun beri beliau sedikit masa. Katanya, bukan senang nak hilangkan perasaan cinta itu, tapi yang berlaku sebaliknya," kata Najib.
Pada 16 Mei lalu, Shah, 25, telah ditangkap khalwat bersama seorang wanita bernama Farah Nurizzati Salleh, 21, di sebuah rumah di Pangsapuri Taman Sri Subang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira jam 3.30 pagi.
Farah yang merupakan pelakon sambilan dan bekas kakitangan sebuah bank komersial mendakwa dia dan Shah mempunyai hubungan istimewa, tetapi dakwaan tersebut dinafikan oleh aktor tersebut.

Sumber : yahoo news

Pas pecat ahli terlibat kegiatan Syiah

ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka.

Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...