Friday, August 29, 2014

20 Gambar Adegan Ghairah Staf Kerajaan Negeri Tersebar

Seorang wanita cantik berpakaian seragam kakitangan kerajaan negeri daerah Kota Bandung telah kantoi melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki telah heboh di laman sosial.

Beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita berambut panjang sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki disebarkan melalui sebuah blog bertajuk New! Download bokep PNS cantik Kota Bandung dan beberapa laman web lucah di Indonesia.

Blog tersebut juga memperlihatkan 20 keping gambar yang diambil secara cetakan skrin dari video lucah berkenaan. Beberapa komen mendakwa wanita berkenaan adalah kakitangan kerajaan negeri di daerah Bandung.

Setelah disiasat, wanita seksi di dalam video tersebut bukan kakitangan yang disebut-sebut tetapi lebih mirip kepada Rinada iaitu bekas isteri Andika The Titans dan adik sepupu bekas Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivanda.

Sisasatan yang dilakukan pula mendedahkan Rinada yang juga seorang penyannyi sering tampil dengan mengenakan pakaian seragam ala Peawai Kerajaan Kota Bandung.



KEMPEN 'HIDU KEMALUAN' WANITA UNTUK KEAMANAN DUNIA, GILA!



Roman Shusterman mencipta kempen “face sitting” atau letakkan punggung di muka lelaki ini sebagai bangku kononnya sebagai kempen keamanan.

Sebenarnya yang kita boleh nampak kempen ini sekadar memenuhi kerakusan nafsu lelaki yang “gila” terhadap seks melampau.

Ironinya, hanya kerana beliau menggunakan slogan kempen keamanan untuk “membolehkan” larangan dalam masyarakat selama ini. Sepatutnya rakyat yang bertanggungjawab perlu tampil bagi membendung gejala tidak sihat yang makin menular tanpa batasan



Sumber

Thursday, July 24, 2014

Inilah Wajah Comel Firdaus Lepas Sebulan Dirawat




Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah kini bertambah sihat dan comel selepas dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Berat badanFirdaus kini sudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dikurung di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lepas.

Firdaus kelihatan sangat ceria ketika dikunjungi isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin bersama pegawai-pegawai kanan (Pekerti).

“Terima kasih Hospital Tuanku Ja’afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” kata Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.



Sumber

RUSSIA TUDUH UKRAINE. AMERIKA TUDUH RUSSIA. SIAPA YANG TEMBAK MH17?

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengemukakan bukti-bukti yang mengaitkan penglibatan Rusia dalam tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh dekat Grabovo, timur Ukarine pada 17 Julai lalu.

Menurut akhbar The Washington Post semalam, para pegawai kanan perisikan AS turut mendedahkan imej satelit dan beberapa maklumat sensitif perisikan yang menunjukkan Moscow memberi latihan serta membekalkan senjata kepada kumpulan pemisah Ukraine yang didakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Pegawai-pegawai itu turut mengemukakan bukti lain seperti alat pengesan yang mengesan laluan peluru berpandu, kesan serpihan pada badan pesawat, analisis suara beberapa pejuang pemisah yang mendakwa melancarkan peluru berpandu dan berpuluh-puluh gambar serta data lain dari internet.

Buat pertama kalinya, AS mengenal pasti terdapat kemudahan tentera Rusia berhampiran bandar Rostov yang merupakan pusat sokongan Moscow terhadap para pejuang pemisah di Ukraine.

Kemudahan berkenaan disyaki menjadi hab latihan dan bekalan senjata kepada para pejuang pemisah pro-Rusia.

Menurut para pegawai itu, kereta kebal, pelancar roket dan senjata lain terus dihantar ke Ukraine walaupun selepas pesawat MH17 ditembak jatuh dan mengorbankan seramai 298 penumpang.

Beberapa penganalisis dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan AS yang lain turut meneliti maklumat berhubung nahas itu.

Namun, maklumat perisikan yang dikumpulkan dalam tempoh lima hari selepas tragedi tersebut menunjukkan para pejuang pemisah Ukraine yang mendapat sokongan Moscow telah menembak jatuh pesawat itu.

Beberapa pegawai perisikan AS juga berkata, mereka menolak kemungkinan bahawa tentera Ukraine bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

“Ia merupakan satu senario yang mustahil,” kata seorang pegawai kanan AS.

Ujarnya, agensi-agensi perisikan AS telah mengesahkan bahawa Ukraine tiada sistem peluru berpandu antipesawat yang berada pada jarang pesawat MH17 ketika serangan berlaku.

Pegawai itu turut memberi taklimat kepada wartawan di sini bagi memberi maklumat terperinci terhadap penilaian yang dilakukan agensi perisikan AS.

Pertemuan itu yang turut dihadiri dua lagi pegawai perisikan AS yang diatur bagi mengemukakan lebih banyak bukti bagi menolak dakwaan yang dikemukakan Rusia sebelum ini.

Rusia sebelum ini menafikan mereka terlibat dalam kejadian tersebut atau membekalkan para pejuang pemisah dengan pelancar peluru berpandu antipesawat SA-11.




Sumber

Mazidul Akmal Sidek Kena Strok Separuh Tempurung Kepala Dibuang

Wartawan TV3, Mazidul Akmal kini terlantar koma di hospital kerana diserang strok manakala separuh daripada tempurung kepalanya perlu dibuang.

Apa pun, marilah kita mendoakan supaya Mazidul Akmal Sidek cepat sembuh seperti sedia kala.




Sumber

Atuk 'gila memipit' cabul kanak-kanak sekitar Kuala Pilah

KUALA PILAH – Seorang lelaki yang sudah mempunyai seorang cucu dicekup polis selepas disyaki melakukan empat kes mencabul kehormatan kanak-kanak di Kuala Pilah sekitar Mac dan Jun lalu.

Suspek berusia 57 tahun itu ditangkap Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Pilah diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normansah Din, kira-kira 3.30 petang di Hilir Perak, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, suspek yang berasal dari Kampung Selabak Jalan Changkat Jong, Teluk Intan Perak pernah menjalani perintah buang daerah di Batu Kikir, Jempol selama dua tahun bermula 23 September 2011 sehingga September 2013.

Menurutnya, semasa perintah buang daerah, suspek dipercayai membuat perniagaan jualan langsung dan melakukan perbuatan mencabul kehormatan kanak-kanak di sekitar daerah ini.

“Bertindak atas laporan daripada mangsa, terdapat empat kes berlaku dekat sini melibatkan empat kanak-kanak perempuan berusia di antara lapan hingga sembilan tahun.

“Kesemua kejadian itu berlaku di lokasi berbeza. Kes pertama pada 26 Mac lalu jam 11.20 pagi di Simpang Pelangai, manakala kes kedua dan ketiga, berlaku pada Jun," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, semalam.

Azmi berkata, kes kedua berlaku di Taman Jemapoh Indah, jam 5.30 petang pada 8 Jun lalu dan 16 Jun pada jam 6 petang di Rumah Rakyat Selaru.

"Julai pula, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu pada 6 Julai jam 7 petang di Pasaraya Econsave Melang," katanya.

Katanya, suspek menggunakan modus operandi bertemu mangsa yang keseorangan lalu meminta bantuan membelikan makanan atau barangan dan mengajak mangsa menaiki motosikalnya.

“Suspek dengan pujuk rayunya, akhirnya berjaya mengaburi mangsa dengan membawa mangsa ke lokasi sunyi jauh dari orang ramai seperti tanah perkuburan lalu mengugut mangsa," katanya.

Sejurus melepaskan nafsu serakahnya itu, katanya, suspek membiarkan mangsa bersendirian tinggal di kawasan tempat kejadian untuk pulang ke rumah.

“Mangsa dalam keadaan trauma terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah dan ada kalanya jarak antara tempat kejadian dan lokasi rumah lebih dari dua kilometer," katanya.

Katanya, suspek direman pada hari ditangkap sehingga hari ini bagi membantu siasatan sebelum dihantar ke Tanjung Malim Perak bagi siasatan kes polis yang lain pula.




Sumber

Friday, July 18, 2014

MH17: Tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan, wartawan ternama Russia letak jawatan



Malapetaka MH17... kerana tidak mau bersengkongkol dengan penipuan seorang wartawan ternama Russia telah letak jawatan serta merta.

Kerana dikatakan enggan bersengkongkol dengan penipuan dengan membuat hebahan dan laporan kononnya negara Ukraine dalang malapetakan MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu maka seorang wartawan ternama Russia berprofil tinggi, Sarah Firth telah letak jawatan serta merta dari Russia Today.

Beliau tidak mau membabitkan diri dengan penipuan dengan membuat tuduhan palsu yang direka cipta.

Negara Russia dikatakan menekan beliau agar membuat liputan media yang hasil siasatan dan pemerhatian beliau negara Ukraine adalah dalang yang terlibat dalam satu konspirasi menembak jatuh MH17 dengan peluru berpandu.

A renowned reporter for Russia Today, resigned today in protest over their coverage of Malaysian Airlines Flight MH17 crash.

Sara Firth, a high profile reporter and foreign correspondent for the Kremlin-owned channel since 2009, announced her resignation on Twitter, writing: “I resigned from RT today. I have huge respect for many in the team, but I am for the truth,”

Reports indicate she had enough of the conspiracy theories that it was Ukraine behind the incident, something that does not have merit of facts.

“When it comes to covering a story and if anyone asked me to alter or drop something, I’d be out. I wouldn’t think twice about it.

“We do work for Putin. We are asked on a daily basis, if not to totally ignore then, to obscure from the truth,” she tweeted, adding that they had to obey as they were “taking a paycheck”.

In her other tweets, it seemed she had finally reached the end of her tolerance for twisting facts, declaring that she has been doing it far too little lately “in an exercise in honesty”.

She then addressed her sceptics by stating the her account was not hacked.

According to the Guardian, Firth did not agree with Russia trying to blame Ukraine for the fate of MH17.

“When the story broke, you get the kick in your stomach when you’re going to get the facts and it’s this huge story.

“And I walked into the newsroom and they were running an eye-witness account of God-knows who, the person was blaming the Ukrainian government, and it is such a volatile situation”.

Firth said she had said in a 2012 interview if she ever had to withhold facts and not tell the truth, she would leave.

The level of disrespect for the facts, she claimed, bugged her.

“The thing is, once I made the decision, you have to be honest with yourself and it’s so difficult. Once you start telling the truth, it’s brutal”.

Sumber

56 Tahun Tanggung Derita Mulut Dikunyah Serigala

Seorang lelaki, Wu Xiuyou yang diserang seekor serigala ketika berusia 11 tahun dilaporkan menjalani menjalani pembedahan pemulihan 56 tahun selepas kejadian itu.

Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya membuatkan lelaki yang kini berusia 56 btahun itu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair.

Gara-gara wajahnya yang buruk akibat kejadian malang yang menimpanya itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.

Pakar bedah, Doktor Chen Fei menyatakan Wu hilang semua mulutnya manakala rahangnya rosak teruk dan kes ini menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.

Pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan bagi mendapatkan nasihat. Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” katanya.




Sumber

Tuesday, June 24, 2014

Kerana Selfie, Pelajar Bangang Tersepit Dalam Replika Faraj

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.






Sumber

Apa Sudah Jadi? Pihak Berkuasa Tidur? Video Penggambaran Program Boleng Di Malaysia

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai rancangan realiti televisyen berjudul Naked and Afraid yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.

Rancangan berkenaan sudah pun melepasi musim kedua itu dan mula ditayangkan pada 23 Jun 2013.

Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan buat kali pertama dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Pasangan ini kemudiannya perlu mencari sumber makanan, pakaian dan pelindungan sepanjang tempoh itu.

Apa yang menariknya, salah satu episod yang ditayangkan pada 13 April 2014 telah menjalani penggambarannya di sebuah hutan di Malaysia!




Sumber

Monday, June 9, 2014

Video Toyol Yang Ditangkap Di Seremban Meronta Dalam Botol



Sebuah video yang didakwa menunjukkan seekor toyol yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol meronta-ronta mahu keluar tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apa pun, jom terjah video toyol meronta dalam botol yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan korang semua.

Thursday, June 5, 2014

Bekas Naib Canselor Saman Yun Nam Hair Care RM14986

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd. membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya semalam.

Presiden tribunal itu, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan tersebut selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Sulaiman berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd. Noor mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan ekoran masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.




Sumber

Punca sebenar kanak-kanak boleh terjatuh hingga maut tingkat 3 The Gardens

Pada 31 Mei lalu kita dikejutkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.

Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelah eskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.

Berdasarkan siasatan dalaman pihak terbabit termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.

Ketika kejadian mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.

Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.

Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.

Rawatan kecemasan CPR segera dilakukan yang turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.

Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian lapor Mynewshub.




Sumber

Ramai Jantan Tak Tahan Bila Melihat Gambar Fazura Pengsan

Baru-baru ini pelakon Fazura telah memuatnaik gambarnya yang sedang pengsan di laman instagram akibat kepenatan setelah bersenam di gym. Gambar yang dimuatnaik Fazura itu menampakkan bentuk tubuh badannya dari bahagian belakang yang amat mantap dan menggiurkan.




Jelas sekali gambar itu mengundang reaksi nakal orang ramai dengan komen-komen berunsur ‘geram’ tak kurang juga teguran. Inilah antara komen-komen yang diterima Fazura berkenaan gambar tersebut.



Sumber

Fakta sebenar disebalik foto 'Melayu Murtad' beramai-ramai







Heboh semalam di wall facebook, whatsapp dan telegram aku terima dan baca berkenaan gambar di atas.

Gambar yang dikatakan orang Melayu dimurtadkan di gereja itu berasal dari fb aloys purnomo di Indonesia.

Mereka adalah pelajar Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari PMII Abdurrahman Wahid, Semarang, Boleh rujuk link ini http://www.pmiigusdur.com/2014/06/pmii-abdurrahman-wahid-bersilaturrahim.html?m=1

Monday, June 2, 2014

Wajah Isteri Kedua Suami Erma Fatima

Pengarah popular Erma Fatima, Bade Azmi telah berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita pilihan hatinya yang bernama Aida Abdul.

Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma yang kini berada di Sepanyol kerana terikat dengan komitmen kerja.




Sumber

Punca Pengantin Islam Kahwin Agama Hindu Tersebar

Punca Zarena Abdul Majid pengantin wanita Islam kahwin hindu tersebar. Pada 1 Jun 2014, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan ke majlis perkahwinan agama campur di sebuah Kuil yang terletak di Petaling Jaya. Serbuan itu dibuat berdasarkan laporan awam. Seperti sedia maklum, perkahwinan campur agama adalah terlarang dan melanggar undang-undang negara ini. Selain itu, wanita berkenaan juga boleh dituduh murtad kerana mengikuti upacara yang dianuti oleh agama lain. Perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10.30 telah dihentikan oleh JAIS dengan kerjasama kedua belah pihak keluarga.




Punca Pengantin Wanita Islam Kahwin Agama Hindu


  • Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi. Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.
  • “Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama Islam. Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.
  • Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu
  • Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa


Laporan Polis Isu Pengantin Islam Kahwin Hindu



Sumber

Wednesday, May 28, 2014

KEJAM: Remaja Perempuan Dipipit Lebih 30 Lelaki Mungkin Diliwat

KOTA BARU: Terdapat kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh lebih 30 lelaki di Ketereh pada 20 Mei lalu turut diliwat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.

"Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu," katanya kepada pemberita di kompleks mahkamah di sini, Rabu.

Azam turut mengesahkan empat mangsa termasuk seorang remaja berusia 17 tahun turut ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes tersebut.




Sumber


SERAM: Hantu Genting Highland tumpang sekaki selfie!

Haaaa. seram ni. Tu dia ler gadis-gadis yang suke sangat selfie tak tentu hala. Kene macam ni baru ade akal. Ala yang suke sangat selfie-selfie ni saje nak wat comel je lebih. Kalau betul comel takpe la jugak. Sejuk sikit hati ni memandang. Hehehehe.

Balik pade gambar atas nun, gadis yang konon berselfie ni keje dekat Genting Theme Park. Baru lepas dapat gaji saje la nak posing jaket baru beli dekat cermin. Sekali hantu pun nak join jugak.

Cube tengok kedudukan gadis tu dengan cermin, sekali muka yang dalam cermin tak same lah pulak. Muka dalam cermin tu boleh pula tengok belah lain. Satu soalan yang cepumas, agak-agak kan ape la dalam hati hantu sampai buat muke menyampah macam tu..kikiki.....




Sumber

Monday, May 26, 2014

DNA Babi : JAKIM tidur atau dikencing?

Jika dijumpai bangkai seekor lalat atas nasi goreng di sebuah kedai makan,adakah kedai makan itu dilarang menjual nasi goreng tetapi dibenarkan jual makanan lain?

Tentunya kedai makan itu diarah tutup hingga terjamin kebersihan di dalam kedai itu.Bukan sekadar nasi goreng sahaja.

Malangnya ianya tidak berlaku dalam isu Cadbury. Peliknya hanya dua produknya yang ditarik balik.

Dalam isu ini timbul beberapa perkara untuk direnungi"
a) Adakah pihak Cadbury "kencing" JAKIM dalam soal logo halal?
b) Adakah pihak JAKIM terlibat dengan rasuah untuk benarkan penggunaan logo halal oleh Cadbury?
c) Adakah Cadbury menggunakan logo halal tanpa pengetahuan JAKIM?
d) Adakah JAKIM "tidur" hingga tidak sedar logonya digunakan sewenang-wenangnya?

Kalau sekadar hanya tarik balik 2 produk Cadbury, kita sudah boleh menilai "kehebatan" JAKIM menangani isu logo halal.

Pastinya,Cadbury menghina dan menipu jutaan umat Islam Malaysia dalam keadaan JAKIM tidur selena-lenanya!




Sumber

Senarai Jenama Coklat Di Langkawi Ada DNA Babi Tersebar

Senarai jenama coklat di Langkawi yang ada DNA Babi (Porcine) tersebar. Menerusi laman sosial, kini tersebarnya beberapa produk coklat yang mudah didapati dari Langkawi mengandungi lemak khinzir disamping tiada logo halal JAKIM. Seperti sedia maklum, Langkawi merupakan daerah bebas cukai dimana orang ramai atau pengunjung memborong coklat pada kadar harga yang rendah.

Senarai Coklat Di Langkawi Ada Porcine DNA Babi Tersebar

Antara coklat tersebut adalah Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars.









Sumber

Sunday, May 25, 2014

Reaksi terkini Abby Abadi isu rumahtangga bergolak

Umum mengetahui, bekas pelakon terkenal Abby Abadi pernah memuatnaik status di laman Instagram yang seakan membayangkan perkahwinannya dengan suami, Farhan sedang bergolak.

Ramai peminat dan haters terkejut dengan khabar angin itu sebaik sahaja mula tersebar secara meluas di laman sosial, blog hiburan dan akhbar tempatan. Penulis juga tidak terkecuali untuk terperanjat dan tidak pernah menyangka mahligai perkahwinan yang dibina pada September tahun lalu kini bermasalah.

Abby Abadi yang dihubungi Harian Metro semalam bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut berhubung statusnya minggu lalu. Bekas isteri Norman Hakim itu hanya memaklumkan bahawa kehidupan mereka baik-baik sahaja.

"Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa."

Pada penulis, apapun masalah peribadi yang menjadi penyebab pergolakan rumahtangga mereka dapat diselesaikan dengan baik dan tidaklah hingga melibatkan kes penceraian.




Sumber

KKM TIDO: DNA babi dikesan Febuari, Kenyataan KKM hanya pada Mei setelah tersebar!!





Adakan KKM sebelum ini nak membiarkan umat Islam Malaysia merasai DNA babi yang terdapat dalam dua produk keluaran Cadbury?

Ini kerana melalui keratan yang tersebar, keputusan analisa telah diperolehi pada 27 Febuari 2014 telah mengesan DNA tersebut.

Kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) hanya membuat kenyataan akhbar setelah keratan di atas tersebar di media sosial pada 23 Mei 2014? Ia diakui oleh KKM setelah ia tersebar, barulah KKM membuat kenyataan.




Agak-agaknya kalaulah ia tak tersebar, bilakah KKM akan membuat kenyataan?

Hampir tiga bulan KKM membiarkannya untuk umat Islam merasai dna babi tersebut, apa sebabnya…

Sumber

Punca Malaysia gagal julang Piala Thomas terjawap!





PETALING JAYA: Jepun melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala Thomas buat kali pertama selepas mengalahkan Malaysia 3-2.

Kemenangan itu sekaligus menggagalkan harapan Malaysia untuk membawa pulang piala berkenaan ke tanah air selepas kemarau 22 tahun.

Menerusi pusingan penentu, perseorangan Malaysia, Daren Liew ditewaskan pemain Jepun, Takuma Ueda 12-21, 21-18, 21-17.

Terdahulu pada awal perlawanan akhir menentang Jepun, Malaysia memulakan langkah kanan apabila memungut mata pertama menerusi Lee Chong Wei apabila mengalahkan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Bagaimanapun Jepun kembali bangkit apabila mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada perlawanan kedua menerusi regunya Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo apabila menewaskan Tan Boon Heong/Hoon Thien How 12-21, 21-17, 21-19.

Jepun sekali lagi memberi tekanan kepada Malaysia apabila perseorangannya, Kento Momota menewaskan pemain Malaysia Chong Wei Feng 21-15, 21-17 pada perlawanan ketiga.

Namun Malaysia kembali bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada aksi perlawanan keempat apabila beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya menewaskan pasangan Jepun Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada 1992 di Kuala Lumpur manakala kali terakhir layak ke perlawanan akhir ialah ketika di Guangzhou pada 2002 dan tewas 2-3 kepada Indonesia.

Sumber

Saturday, May 24, 2014

WANITA ‘OVERDOSE’ DITEMUI BERBOGEL DI NEGERI SEMBILAN, CARI SUAMINYA YANG HILANG!







Wanita ini sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Apa yang menyedihkan lagi,dikatakan suami wanita ini tidak berkerja dan seorang penagih dadah tegar.



Kejadian yang baru berlaku ini dikatakan terjadi di Negeri Sembilan

Apakah nasib dua orang anak mereka selepas ini..hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Terima kasih kepada rakan yang ‘private’ namanya kerana sudi berkongsikan berita ini.

Ingatlah bahawa dadah itu hanya syok seketika sahaja namun sakitnya sangat berpanjangan dan cerah kemungkinan anda akan cepat maut!!..

Sumber

Thursday, May 22, 2014

Bekas MP berskandal isteri pegawai






AMPANG - Bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.

Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013.

Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.

Menurut sumber, perbuatan curang wanita itu yang juga seorang pemilik sebuah syarikat pembekal, berjaya dihidu suaminya selepas hampir sebulan mereka berkahwin.

Menurutnya, isteri pegawai terbabit kerap menyimpan telefon bimbit dan tidak membenarkan suaminya menyentuh, melihat sebarang mesej atau menjawab panggilan.

"Tindak-tanduk wanita itu semakin hari semakin mencurigakan dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apabila ditanya, dia akan beri pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti bimbang maklumat atau rahsia sulit berkaitan politik terdedah.

"Isterinya kerap 'outstation' ke Melaka kononnya ada mesyuarat atau urusan politik. Sepanjang berada di sana, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan," katanya.

Sumber berkata, perbuatan wanita itu terbongkar selepas suaminya ternampak mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' antara isterinya dan Datuk terbabit pada 27 Januari lalu ketika ke pusat beli-belah di Ampang.

Tuesday, May 20, 2014

Gempar!!! Punca Sebenar Izreen Azminda diceraikan suami di lokasi penggambaran terbongkar!

Ini berita yang agak mengejutkan kami terima pagi ini dari laporan sebuah akhbar tempatan. Pelakon, Izreen Azminda diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika lokasi penggambaran di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu.

Perceraian itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.

Berita Harian hari ini melaporkan yang pada awalnya, Muhammad Riza memandu dari ibu kota untuk bertemu dengan isterinya di situ dan sesampai di sana berlaku pengtengkaran kecil di antara mereka yang disaksikan oleh kru dan pelakon lain.

Izreen Azminda yang dihubungi juga mengesahkan yang perkahwinan mereka sudah berakhir dan pasrah dengan apa yang telah tertulis untuk dirinya.

“Ya, kami sudah tiada apa apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini,” ujar Izreen Azminda apabila diminta mengulas tentang berita ini.




Sumber

Mesej Lucah Dalam Rancangan Oh My English

Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan selepas pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi kata-kata berbaur lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.

Seorang ibu yang hanya ingin dikenali dengan nama Fatimah berasa sangat kecewa apabila kata-kata lucah itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak.

“Saya terkilan kerana Astro gagal menapis SMS lucah sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini,” katanya.

Suri rumah dari Johor Bahru itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ kerana gagal menapis kata-kata lucah pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam.




Sumber

Penuntut Malaysia di Bandung diperkosa Mat Indon!

BANDUNG  - Seorang penuntut Malaysia mendakwa diperkosa seorang lelaki tidak dikenali pada Sabtu lalu.

Penuntut Universiti Padjadjaran (Unpad) itu mendakwa disapa oleh lelaki itu ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak jauh dari rumah sewanya.

Jurucakap universiti berkenaan, Soni A. Nulhakim yang dipetik daripada portal berita detik.com memberitahu, lelaki itu memanggil mangsa seolah-olah mengenalinya, tetapi tidak dijawab oleh penuntut itu kerana tidak mengenali lelaki tersebut.

“Lelaki itu kemudian bertindak ganas menekup mulut mangsa dan mengheretnya ke kereta. Selepas itu mangsa tidak ingat apa-apa lagi,” katanya.




Sumber

MH370: Tentera Telah Diarahkan Pantau Pesawat MH370?

INSIDEN kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diberikan satu perkembangan terbaru apabila ada pendedahan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah diarahkan untuk memantau pergerakan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun ATM dilihat membenarkan pesawat itu hilang dari radar selepas membuat keputusan bahawa pesawat berkenaan dikategorikan sebagai ‘bukan ancaman’.

Pendedahan itu dilakukan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu temubual dalam program Four Corner terbitan Australian Broadcasting Corp (ABC), menurut laporan portal The Malaysian Insider.

Ini merupakan kali pertama Hishammuddin berkata bahawa pihak berkuasa penerbangan Malaysia mengarahkan tentera memantau pergerakan pesawat itu.

Perkembangan ini tidak dimasukkan ke dalam laporan awal lima muka surat berkenaan kehilangan pesawat itu oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei lepas.

Laporan berkenaan yang mendapat kritikan hebat tidak memaklumkan langsung berkenaan arahan berkenaan dari pihak berkuasa kepada tentera untuk memantau pesawat itu.

Bagaimanapun, laporan ringkas itu yang turut dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) hanya mendedahkan kejadian dalam tempoh empat jam ketika komunikasi antara pesawat MH370, kawalan trafik udara Malaysia dan negara lain terputus.

Ia juga mendedahkan tempoh masa yang diambil sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Antara informasi lain yang dimuatkan di dalam laporan berkenaan yang turut mengundang banyak tanda tanya dari para penganalisis ialah butiran mengenai kandungan kargo dan juga rakaman audio komunikasi juruterbang dengan kawalan trafik udara.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur 8 Mac lepas.

Laporan itu juga mengatakan ada masalah komunikasi antara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) biarpun mereka berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Subang.

Turut didedahkan pesawat MH370 dengan jumlah 239 orang penumpang telah terbang merentasi Pangkalan TUDM di Pulau Pinang tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak melakukan apa-apa.




Sumber

Monday, May 19, 2014

Kes Ajak Raba Dan Zina: NGO Buat Laporan Polis Ke Atas Ustaz Azhar Idrus

Semalam, SiakapKeli melaporkan kisah seorang gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Berikutan itu, difahamkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan gadis itu di Balai Dang Wangi, 11.30 pagi ini.

Gadis berkenaan dikatakan malu dan takut untuk membuat laporan polis berhubung ajakan ustaz itu.

Isu itu mula hangat pertengahan tahun lalu sebelum reda. Namun, tak semena-mena ia kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini.

Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar yang difahamkan juga sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu.

Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang dihadapinya.

Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis.




Sumber



Punca fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar

Laman Instagram Sharifah Sakinah memang sering menjadi perhatian peminat dek kerana kekerapan pelakon dan model seksi itu berkongsi foto-foto yang menjolok mata dan menampakkan bentuk badannya.

Bukan sekali dua Sharifah pernah ditegur dan dikritik orang ramai namun beliau tidak memperdulikan semuanya dan seakan sudah lali. Bagi aktres berusia 22 tahun itu, apa yang dilakukannya dirasakan seronok dan memuaskan hati. Jadi, orang lain sepatutnya tidak masuk campur.

Di sebalik gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya, salah satu foto beliau yang memakai seluar jean koyak rabak menarik perhatian penulis. Mungkin dianggap sebagai fesyen zaman sekarang yang menakjubkan namun ia sebenarnya memberikan pengaruh negatif kepada anak muda yang meminatinya sebagai selebriti.





Sumber

Wednesday, May 14, 2014

Kisah Benar Wanita Dirogol Negro Ketika Buang Air Kecil Di Stesyen Minyak Seorang Diri

Kepada para wanita beringatlah sebelum terkena info ini dikongsikan oleh group what up admin.Jadi jangan anda hanya membaca sebaliknya tolong sharekan info ini kepada rakan-rakan yang lain

attention! Perhatian untuk wanita2 (especially) yang selalu berhenti dan pergi ke toilet di mana2 petrol station. Kejadian ini BETUL2 terjadi pada seorang kenalan rapat kakak ipar kawan saya sendiri.Seorang perempuan & her boyfriend (also a future husband since they're about to get married soon) berhenti di satu petrol station sebab this girl nk pergi toilet.

Kalau kita perasan kat petrol station cthnya Petronas, ada toilet yg kt dlm kedai Mesra tu sendiri, ada yg luar sikit sebelah dgn kedai Mesra dan ada jugak toilet yang bahagian belakanggg, jauh sikit dr kedai Mesra tu. Yup, she went to that toilet, yg kat belakang tu, ALONE AT NIGHT, while the boyfriend was waiting in the car.

Selepas 30 minit menunggu, this girl tak muncul, dia terus pergi ke toilet belakang tu untuk cari. Dia jumpa girlfriend dia pengsan dan dalam keadaan yang agak aib (suspected dirogol). Sadly, it is true. Somebody grabbed her when she was entering the toilet, tutup mulut dia, kunci toilet and violently, she was being raped. Couldn't really tell who, but through what she could see, the person is black (and she suspected a negro).

Kesian sangat2 kat mangsa ni sebab dia akan berkahwin tak lama lagi dan dia berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan sekarang. Of course, who wouldn't right! Nauzubillah kalau itu terjadi kt kita/keluarga kita.

So, tolonglahh jgn pergi toilet sorang2 especially yg jauh kt hujung dunia nun regardless mlm or siang. Please be extra careful, get somebody (kawan, adik, tunang, suami, anak, anyone) untuk teman walaupun rasa tak macho sebab kena tunggu depan toilet, but safety firstt!! It could happen to anyone, bertudung ke free hair ke, anyone could be vulnerable (this girl is wearing hijab, so lets not assume that rape is inclined to happen to those wearing revealing clothes ONLY). Just be extra cautious, peeps




Sunday, May 11, 2014

4 Gambar Susu Dutch Lady Mengandungi BENDASING Yang Sangat MELOYAKAN Tersebar

Seorang pengguna Facebook 'Nazlinda Mashtuki' telah memuatnaik empat keping gambar Susu Dutch Lady yang didakwanya mengandungi bendasing yang tidak sepatutnya ada.

Dari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras.

Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 01.06.2014. Kurang dari sebulan dah tarikh luputnya. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei dan telah mendapat 15 ribu SHARE dari facebook Nazlinda Mashtuki.

Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5 susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk.

Namun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.

Susu kotak itu telah dibuka sehari selepas dia membelinya dan telah disimpan di dalam peti sejuk yang bertutup rapat. Namun, setelah 4-5 hari, kotak susu berkenaan telah mengandungi bendasing yang meloyakan.

Nazlinda telah menghubungi pihak Dutch Lady untuk membuat aduan, namun tidak diendahkan sangat. Jadi, jalan terakhir, dia menghebahkan perkara itu di Facebook.








Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...