Tuesday, April 29, 2014

Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa

Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.

Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.




Sumber

Apabila foto selfie Izara Aishah dengan baju pink tersebar

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penampilan pelakon dan penari hebat, Izara Aishah semakin berseri-seri dan cantik menawan. Agaknya, apa yang membuatkan penampilan Izara lebih anggun dan tampak amat memikat?

Daripada sekeping foto di bawah, jelas memberitahu kepada peminat bahawa baju dan topi berwarna merah jambu amat bersesuaian dengan dirinya. Meskipun nampak sederhana dengan make-up yang nipis namun menyerlahkan kecantikan semulajadi yang dimiliki aktres berusia 22 tahun itu.

Penulis suka dengan Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah binti Hisham kerana jarang ada kontroversi atau cerita-cerita panas yang dikaitkan dengannya.




Sumber

MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?







KUALA LUMPUR – Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.



Sumber

Friday, April 25, 2014

Kubur bercahaya, Mufti Perak beri respon

Ipoh: Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.




Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.


Sumber

Raja Azmi - "Kalau perempuan tak tutup rambut bila mati akan masuk neraka, tak boleh terima la benda tu"

Pandangan dan kenyataan produser terkenal, Raja Azmi berhubung keperluan memakai tudung. Katanya adalah tidak logik jika seseorang muslim itu masuk neraka hanya kerana tidak memakai tudung. Apa pendapat anda? Jom tonton video di bawah.







Sumber

Peminat bongih tengok mat salleh peluk Nelydia Senrose

Komen negatif dari peminat memang tidak pernah terlepas kalau ada foto-foto yang sedikit sensitif melibatkan selebriti kesayangan mereka. Itulah juga situasi yang sedang dialami oleh pelakon sensasi, Nelydia Senrose.

Sekeping foto Nelydia sedang dipeluk oleh mat salleh bernama Mariosalvatori yang merupakan Executive Vice President of LFASIA, membuatkan segelintir peminatnya geram dan tidak senang. Mereka kemudian meninggalkan komen-komen yang agak negatif dan berbaur sindiran.

Bagaimanapun, ada juga pengikut Nelydia yang menyokong tindakannya sebagai tidak keterlaluan dan meminta rakan lain yang berfikiran sempit agar tidak sesuka hati menghukum orang.




Bukan mudah untuk bergelar artis popular. Ada sahaja pihak tidak bertanggungjawab mencari-cari peluang keemasan untuk menjatuhkan imej dan reputasi seseorang selebriti itu. Pastinya, Nelydia sudah sedia maklum akan perkara ini dan tidak mahu mengambil pusing dengan kritikan pengikut-pengikutnya di Instagram.

Sumber

Fiza Elite padam semula gambar Adam AF di Instagram

Kemelut rumahtangga pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite antara gosip terkini yang sedang hangat diperkatakan di laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan dan blog-blog hiburan.

Biarpun semalam mereka didakwa sudah berbaik-baik semula dan Fiza Elite telah memuatnaik sekeping foto bersama suaminya namun lain pula yang berlaku pagi tadi. Portal murai yang sempat menjenguk Instagram Fiza mendapati gambar tersebut sudah dipadam semula.

Ini membuatkan peminat dan portal murai merasa pelik dan tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua. Yang lebih membuatkan portal murai hairan ialah gambar-gambar mereka sejak seminggu lalu turut sama dipadam.

Mungkin kita tidak tahu apa yang berlaku namun satu perkara yang kita boleh buat ialah mendoakan ruamhtangga mereka agar pulih semula dan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.




Sumber

Monday, April 21, 2014

Fazura nafi bercium di KLIA




18 Apr – Pelakon jelita, Nur Fazura menafikan kontroversi melibatkan aksinya bercium ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini enggan memberi sebarang komen mengenai insiden tersebut dan menjelaskan dia tidak tahu menahu insiden bercium apakah yang dimaksudkan oleh pihak di luar sana.

"Saya baru sahaja mengetahui mengenai hal ini dan saya tidak ada komen kerana saya sendiri tidak mengetahui bagaimanakah insiden bercium yang diperkatakan itu," jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran wajah baru mStar Online semalam di Alexis Gardens, Mid Valley.
Fazura turut menambah perkara ini terpulang kepada mereka yang membuat cerita tersebut untuk berkata apa sahaja mengenai hidupnya.

"Apa niat orang di luar sana untuk berkata begitu terhadap diri saya. Anda semua perlu tanya kepada mereka, bukan pada saya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa telah berlaku sebenarnya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fazura bakal menemui penonton dengan filem terbarunya, "Manisnya Cinta" dan sedang sibuk menguruskan butik pakaiannya, House of Doll yang bertempat di Bangsar.

Sumber

Friday, April 18, 2014

Inilah Gaya Fesyen Terkini Uqasha Senrose Yang Amat Mengejutkan!

Inilah Gaya Fesyen Terkini Uqasha Senrose Yang Amat Mengejutkan! Gaya Berpakaian Selebriti di Malaysia. Gambar Uqasha Senrose ada sesuatu yang pelik pada pakaiannya. Style dan Fesyen Uqasha Senrose pasti amat mengejutkan peminatnya.

Mungkin juga ada yang tidak perasan sesuatu yang tidak kena dengan Gaun Uqasha Senrose. Mungkin saja Pekin Ibrahim juga ketawa melihat Fesyen Anehkekasihnya ini.

Lebih menarik lagi, Gambar-gambar Uqasha Senrose berkenaan yang dikongsikan dalam portal oh bulan dan bintang turut mendapat komen dari segelintir peminatnya yang menyatakan perasaan terkejut mereka. Nak tau apa? Lihat saja komen-komen pembaca portal tersebut.






Artikel dan Grafik dalam Entri Fesyen terkini Uqasha Senrose yang amat mengejutkan adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.

Sumber

“Kalau Aku Tuhan, Aku Masukkan Karpal Singh Ke Dalam Syurga” – Benz Ali

Shah Alam – Ekoran status yang dilihat menghina Islam, aktivis berfahaman sosialis, Benz Ali dikecam pelbagai lapisan masyarakat yang jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan itu.

Melalui laman sosial Facebook miliknya semalam, Benz mengatakan, ingin memasukan mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam negeri semalam ke dalam syurga sekiranya dirinya Tuhan.




Benz-Ali“Baru sampai Kl, aku nak pi UM dah.. ada sesiapa di sana? aku nak tumpang charge barang dulu.

“Rest in peace, Karpal. Jika aku Tuhan, aku masukkan kau ke dalam syurga, dan rejam Zulkifli Nordin dalam neraka. Jika aku Tuhan la.. “ ujarnya.



Kenyataan itu akhirnya mengundangkan pelbagai komen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut yang disifatkan menghina Islam.

Berikut adalah antara pandangan yang mempertikaikan kenyataan tersebut :komen-benz-ali

Aktivis berfahaman sosialis itu sebelum ini pernah dikecam hebat oleh msyarakat kerana mengagung-agungkan fahaman dan tokoh komunis seperti Carl Max dan sebagainya.

Malah di dalam salah satu program yang diadakan sebelum ini, dia turut dilihat menghina Islam, mempertikaikan hadis nabi Muhammad saw, menyamaratakan Islam dengan agama lain, mengagungkan Syiah dan sebagainya

Sumber

Wednesday, April 16, 2014

Kemalangan Yang Meragut Nyawa YB Karpal Singh – Tiger Of Jelutong

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal Singh Kemalangan
Karpal Singh Kemalangan 2
Karpal Singh Kemalangan 3


Karpal Singh Kemalangan 4

Sumber

Monday, April 14, 2014

Foto bogel Demi Lovato tersebar




9 Apr – Penyanyi remaja sensasi, Demi Lovato sekali lagi dilanda kontroversi apabila foto bogelnya telah tersebar di Internet baru-baru ini.

Menurut laporan daripada Dailymail, dalam foto-foto tersebut turut memperlihatkan teman lelaki penyanyi "Heart Attack", Wilmer Valderrama.

Sejurus mengetahui mengenai foto peribadinya tersebar, Demi dengan segera menulis status dalam Bahasa Sepanyol di laman sosial Twitter.

"Saya seorang yang kuat, saya seorang pejuang. Jadi jangan sesekali memperlekehkan saya."
Demi merupakan salah seorang selebriti remaja bermasalah di mana sebelum ini dia pernah dimasukkan ke pusat pemulihan kerana masalah ketagihan dadah, alkohol dan kemurungan.

Sumber

Saturday, April 12, 2014

Video pelajar perempuan sedang boleng sambil tipu emak tersebar

Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya untuk menipu dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar hari ini.




Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip.

Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel.

Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu.

Video berkenaan asalnya mulai viral di Whatsapp.

Bendanya di sini… satu dah la video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, keduanya ialah sikap gadis itu yang sedang menipu ibunya dan ketiga ialah kebodohan pasangan berkenaan merakam perbuatan jahat mereka.

Kalau dah terlalu sanggap sampai lupa soal hukum hakam… perlu ke pulak aksi berkenaan dirakam?



Kepada masyarakat di luar, ambik la pengajaran daripada apa yang berlaku itu… rakaman di telefon bimbit…walaupun untuk kegunaan peribadi… akan menjadi tatapan umum jika alat itu jatuh ke tangan pihak lain… atau kalau pasangan anda marah dan mahu membalas dendam…

Sumber

Friday, April 11, 2014

Fahrin Ahmad Terima Gambar Separuh Boleng Dari Kaum Stor Kunyit

Mencecah usia 35 tahun, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad mengesahkan dia masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita.

Bercakap kepada sebuah akhbar, Fahrin menyatakan bahawa kegagalan cinta terdahulu sedikit memberi kesan terhadap perancangannya untuk berkahwin. Namun dirinya selesa dengan kehidupan yang dilalui serta fokus kepada bidang kerjaya yang diceburinya sekarang.




Fahrin Ahmad mengakui tentang timbulnya persepsi segelintir pihak yang beranggapan bahawa dia lebih meminati kaum sejenis memandangkan status bujangnya itu.

Katanya, kalau ada yang cuba melabelkan sebegitu (gay), dia cuma boleh katakan bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat mengarut.

Malah pelakon bertubuh sasa ini tidak menafikan yang dia pernah didekati oleh golongan lelaki yang meminati kaum sejenis.

“Tidak dinafikan yang perkara itu memang pernah berlaku sebelum ini, malah lebih teruk lagi ada yang menghantar gambar separuh bogel kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp.

Saya ini bukanlah jenis yang suka memilih kawan dan tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi kalau ada yang melakukan perbuatan melampau sebegitu, sudah tentu saya akan menjauhkan diri”, katanya.

Sumber

Perisikan Rusia Dedah Indentiti Individu Rampas MH370

SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.

Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’. Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.




“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.

Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi.

Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.“Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The Independent.

Sumber

Dwayne Johnson (The Rock) maut terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7?

Sebuah fanpage facebook mendakwa pelakon dan penggusti terkenal, Dwayne Johnson meninggal dunia selepas terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7 di New Zealand.

Bagaimanapun, dakwaan itu disahkan tidak benar dan satu penipuan dengan tujuan untuk mendapatkan trafik banyak ke satu website yang tidak diketahui nama dan isi kandungannya. Mari baca penafian penuh pemalsuan berita kematian The Rock yang dikongsikan oleh portal theepochtimes beberapa hari lepas.

Untuk info penting, jika newsfeed facebook anda menerima share sebuah video tentang kematian pelakon kacak ini, jangan buka dan share sama sekali kerana video tersebut akan memuat-turun dan menyebarkan virus malware atau software tidak berguna di akaun facebook anda.







Sumber

Air mandi mayat diminum untuk ubati AIDS?

Kuala Terengganu – Air mandi mayat dijadikan ubat. Itu fahaman khurafat segelintir umat Islam di negeri ini yang masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.

Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat ketagihan dadah.

Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan alasan dibuat ubat.

Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.

“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,” katanya.





Sumber

MH370 - AS jawab teori konspirasi Diego Garcia

Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan  Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Menurut Sinar Harian hari ini, pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa.




Sumber

Thursday, April 10, 2014

Agnes Monica nafi sengaja dedah payudara




9 Apr – Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica dilanda kontroversi apabila ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh sehingga payudaranya kelihatan ketika sedang menjalani penggambaran video muzik bersama seorang penyanyi Amerika Syarikat.
Agnes yang ditemui pihak media menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan ia tidak benar sama sekali dan enggan mengulas lanjut mengenai isu panas itu.
Insiden pakaian terlucut ini mula bertebaran luas di sosial media apabila ada pihak menyatakan pakaian Agnes terlondeh dalam klip video muzik "Coke Bottle" yang digandingkan bersama penyanyi Timbaland.

Menurut media antarabangsa, klip video yang mula dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian umum apabila Agnes berpakaian seksi dengan memakai seluar yang kelihatatan seperti lampin.
"Jika orang melihatnya secara negatif, maka apa sahaja yang dilakukan turut menjadi negatif," ujar Agnes yang tidak mengendahkan dakwaan itu sekaligus menafikannya.

Sumber

GEMPAR !! IBU PENUMPANG MH370 TERKEJUT MENDENGAR SUARA OPERATOR SEBAIK DIA MENDAIL NOMBOR TELEFON BIMBIT ANAKNYA GEMPAR !! IBU PENUMPANG MH370 TERKEJUT MENDENGAR SUARA OPERATOR SEBAIK DIA MENDAIL NOMBOR TELEFON BIMBIT ANAKNYA

TELOK PANGLIMA GARANG - A Amirtham, 60, ibu kepada penumpang pesawat MH370, S Puspanathan meluahkan rasa terkejut mendengar suara operator sebaik dia mendail nombor telefon bimbit anaknya, selepas sarapan pagi semalam.

Bercerita lanjut, ibu yang masih mengharapkan kepulangan anaknya itu memberitahu, sebelum ini, setiap kali mendail nombor telefon Puspananthan, hanya respons error yang tertera. Tetapi sebaliknya berlaku, semalam.

"Saya sangat terkejut dengar bunyi 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi'. Sebab sebelum ini kalau saya dail nombor dia, tiada bunyi apa-apa kemudian keluar perkataan error. Tapi hari ini (semalam) bila saya dengar suara operator, saya betul-betul terkejut," katanya.




Amiratham berkata, kira-kira jam 10.15 pagi semalam, dia tergerak hati mendail nombor anaknya itu selepas menikmati sarapan kuey tiaw goreng yang juga makanan kegemaran Puspanathan.

Dia kelihatan sebak ketika menceritakan kejadian itu sambil mengakui bukan ingin menolak segala kemungkinan yang berlaku. Tetapi dia dan keluarga masih mengharapkan kepulangan Puspanathan walaupun lambat.

Dia memberitahu, jika selepas ini nombor telefon anaknya itu tidak aktif lagi, dia akan terus mendailnya, dan itulah yang dilakukannya semenjak hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan, 8 Mac lalu.

“Walaupun orang kata penemuan pesawat itu sangat sukar sebab dah sebulan berlalu, tapi saya dan keluarga masih harap semua penumpang selamat.

“Saya nak tengok anak saya di depan mata, tak kisahlah dia dalam keadaan apa sekali pun. Saya percaya masih ada harapan,” katanya yang mulai tenang menjawab pertanyaan wartawan.

Dalam pada itu, Amirtham memaklumkan dia juga mesti mengambil sikap berjaga-jaga apabila menerima kunjungan orang awam kerana risau kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mendengar berita salah seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 terlibat dalam kejadian samun.

“Saya kena berhati-hati sama ada berseorangan atau ketika bersama saudara-mara di rumah. Apa-apa boleh berlaku. Memang kadang kala saya tak benarkan orang yang tidak dikenali masuk, termasuk pemberita,” katanya.

Sementara itu, adik kepada seorang lagi penumpang MH370, Zurihan Yusop, 43, ketika dihubungi semalam memaklumkan dia juga cuba menghubungi abangnya Muzi, 50, namun tiada perubahan pada talian abangnya itu.

Katanya, dia masih mendengar suara berkomputer menyebut 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sekali lagi.'

“Dari mula kehilangan pesawat, sehingga hari ini saya cuba dail, ia tetap sama dan tidak aktif,” katanya.

Sumber

Shah Jaszle hanya pakai 'boxer' ketika ditangkap




9 Apr – Pelakon kontroversi, Shah Jaszle dikatakan hanya memakai boxer (seluar dalam) ketika diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangos (JAIS) di sebuah apartment Taman Sri Subang pada 16 Mei tahun lalu.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIS, Mohd Radzi Saliman yang turut berkata, ketika pemeriksaan dilakukan di bilik kedua rumah tersebut ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas lima minit diketuk.

"Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju T warna putih.
"Saya dapati terdapat susuk tubuh yang sedang baring berselimut atas katil lalu saya arahkan orang itu bangun dari katik dan turun dari katil.

"Saya dapati orang itu adalah seorang lelaki yang hanya memakai boxer berwarna kelabu dan ia adalah Shah Jaszle," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Radzi turut memberitahu mahkamah bahawa pelakon tersebut mengakui wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati, 22, yang bersamanya di dalam bilik itu adalah kekasihnya.
"Kedua-dua mereka dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya iaitu mereka kekasih."
Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shah atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Farah Nurizzati mengaku bersalah dan didenda RM3,000.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 10 Jun ini untuk sesi soal balas oleh peguam tertuduh.
Shah Jaszle yang diwakili peguam syarie, Asyraf A Ranee dan Muhammad Hafiz Ab Rashid hadir berpakaian baju Melayu putih.

 Sumber

Luahan isteri bila Johan Raja Lawak sujud terlalu lama ketika solat

Isteri tercinta Johan Raja Lawak, Ozlynn sempat memuatnaik sekeping gambar suaminya sujud terlalu lama ketika solat di laman Instagram miliknya.

Foto tersebut disertakan dengan caption berbentuk luahan santai Ozlynn untuk aksi Johan membiarkan anaknya bermain nakal dengannya. Jom baca coretan Ozlynn di bawah :-

"Xtau nak cakap apa.. tadi elok sembahyang sebelah papa dia.. yang mak dok bukak email check pasal keje.. pastu rasa macam eh lama pulak dua beranak nih solat.. skali tengok ni lah hasil nya.. dapat buat tangkapan.. bukan nak aniaya tapi nak membuktikan gambar ni pada papa dia.. apa kejadian nya.. senyum jek papa dia.. lama sujud ye sayang.. sorry ye.. pasni akan lebih berhati2.." - Ozlynn




Sumber

Filem "Noah" diharamkan kerana papar kisah Nabi Nuh




8 Apr – Filem terbaru arahan Darren Aronofsky, "Noah" telah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana memaparkan jalan cerita yang diadaptasi dari kisah hidup Nabi Nuh A.S.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia keputusan ini diambil tindakan segera kerana bertujuan menjaga kesejahteraan dan sensitiviti umat Islam di negara ini selain masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Filem yang telah ditapis oleh LPF ini tidak selari dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Di dalam kitab Al-Quran ada menceritakan kisah Nabi Nuh yang membina bahtera bertujuan menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun akhirnya ahli keluarga dan pengikutnya yang ingkar dengan ajarannya mati. Malahan, kisah Nabi Nuh turut diceritakan dalam kitab Injil.

Filem lakonan Russel Crowe dan Jennifer Connelly ini diilhamkan berdasarkan kisah di dalam kitab Bible dan menceritakan tentang kisah Bahtera Noah.

Menerusi tembual bersama The Telegraph, Crowe sememangnya sudah menjangkakan filem ini akan diharamkan di beberapa negara Islam kerana terdapat aksi dan cerita yang mencerminkan imej Nabi.
Malahan, insiden pengharaman filem ini turut disokong sepenuhnya oleh institusi pendidikan Islam Al-Azhar di Mesir yang mengeluarkan fatwa berhubung isu ini.
"Segala perbuatan yang menggambarkan rasul dan nabi serta pada sahabat boleh memprovokasi emosi umat Islam serta memberi kesan pada undang-undang Islam dan hal sedemikian adalah sangat bertentangan dengan darjat seorang nabi dan utusan Allah," jelas Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Sumber

Wednesday, April 9, 2014

Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dimaki di laman sosial

Sejak isu rampasan tudung fareeda tiruan dilaporkan dua hari lepas, isteri pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Abdul Karim merupakan antara individu yang paling banyak menerima kecaman peminat di laman sosial.

Menurut mereka, tindakan pihak fareeda dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77 ribu adalah tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.

Menyedari terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan peminat di fanpage facebook Mawar Fareeda, aktor itu menerusi fanpage facebook Fizo Omar telah memuatnaik satu kenyataan panjang lebar bagi menjawab segala tomahan dan kecaman mereka. Jom baca di bawah :-




"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.

Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda. 

BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA. 

Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer). saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.

Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.

Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.

Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.

Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima kasih."

Sumber

Kotak Hitam – “Pihak tak bersih”, Kapten Nik Huzlan tuju siapa ni!!

Sekiranya kotak hitam pesawat  MH370 ditemui, ia harus harus diserahkan untuk siasatan kepada pihak yang boleh dipercayai dan cekap untuk melakukan analisis ke atas perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan tersebut.

Itu yang disebut bekas juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain di akaun Facebook hari ini.




“Pencarian MH370 mungkin berakhir. Sekiranya kotak hitam itu ditemui adalah menjadi kepentingan semua pihak, ia disiasat oleh pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.

“Mendapatkan semula (kotak hitam), mengeluarkan datanya dan menganalisis data itu harus dilakukan dengan bersih dan tidak terjejas dengan penglibatan mereka yang tidak tahu apa-apa”.

Siapa yang dimaksudkan Kapten Nik Huzlan pihak yang boleh kita percayai, yang cekap, yang boleh berkomunikasi dengan baik, neutral dan bukan pihak yang berkepentingan.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...