Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan
rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan
senaman Yoga di rumah mereka.
Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun
Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto
santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah
dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.
Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan
senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu
keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.
Sumber
No comments:
Post a Comment