Tuesday, June 24, 2014

Kerana Selfie, Pelajar Bangang Tersepit Dalam Replika Faraj

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.






Sumber

Apa Sudah Jadi? Pihak Berkuasa Tidur? Video Penggambaran Program Boleng Di Malaysia

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai rancangan realiti televisyen berjudul Naked and Afraid yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.

Rancangan berkenaan sudah pun melepasi musim kedua itu dan mula ditayangkan pada 23 Jun 2013.

Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan buat kali pertama dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Pasangan ini kemudiannya perlu mencari sumber makanan, pakaian dan pelindungan sepanjang tempoh itu.

Apa yang menariknya, salah satu episod yang ditayangkan pada 13 April 2014 telah menjalani penggambarannya di sebuah hutan di Malaysia!




Sumber

Monday, June 9, 2014

Video Toyol Yang Ditangkap Di Seremban Meronta Dalam Botol



Sebuah video yang didakwa menunjukkan seekor toyol yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol meronta-ronta mahu keluar tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apa pun, jom terjah video toyol meronta dalam botol yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan korang semua.

Thursday, June 5, 2014

Bekas Naib Canselor Saman Yun Nam Hair Care RM14986

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd. membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya semalam.

Presiden tribunal itu, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan tersebut selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Sulaiman berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd. Noor mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan ekoran masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.




Sumber

Punca sebenar kanak-kanak boleh terjatuh hingga maut tingkat 3 The Gardens

Pada 31 Mei lalu kita dikejutkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.

Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelah eskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.

Berdasarkan siasatan dalaman pihak terbabit termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.

Ketika kejadian mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.

Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.

Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.

Rawatan kecemasan CPR segera dilakukan yang turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.

Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian lapor Mynewshub.




Sumber

Ramai Jantan Tak Tahan Bila Melihat Gambar Fazura Pengsan

Baru-baru ini pelakon Fazura telah memuatnaik gambarnya yang sedang pengsan di laman instagram akibat kepenatan setelah bersenam di gym. Gambar yang dimuatnaik Fazura itu menampakkan bentuk tubuh badannya dari bahagian belakang yang amat mantap dan menggiurkan.




Jelas sekali gambar itu mengundang reaksi nakal orang ramai dengan komen-komen berunsur ‘geram’ tak kurang juga teguran. Inilah antara komen-komen yang diterima Fazura berkenaan gambar tersebut.



Sumber

Fakta sebenar disebalik foto 'Melayu Murtad' beramai-ramai







Heboh semalam di wall facebook, whatsapp dan telegram aku terima dan baca berkenaan gambar di atas.

Gambar yang dikatakan orang Melayu dimurtadkan di gereja itu berasal dari fb aloys purnomo di Indonesia.

Mereka adalah pelajar Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari PMII Abdurrahman Wahid, Semarang, Boleh rujuk link ini http://www.pmiigusdur.com/2014/06/pmii-abdurrahman-wahid-bersilaturrahim.html?m=1

Monday, June 2, 2014

Wajah Isteri Kedua Suami Erma Fatima

Pengarah popular Erma Fatima, Bade Azmi telah berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita pilihan hatinya yang bernama Aida Abdul.

Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma yang kini berada di Sepanyol kerana terikat dengan komitmen kerja.




Sumber

Punca Pengantin Islam Kahwin Agama Hindu Tersebar

Punca Zarena Abdul Majid pengantin wanita Islam kahwin hindu tersebar. Pada 1 Jun 2014, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan ke majlis perkahwinan agama campur di sebuah Kuil yang terletak di Petaling Jaya. Serbuan itu dibuat berdasarkan laporan awam. Seperti sedia maklum, perkahwinan campur agama adalah terlarang dan melanggar undang-undang negara ini. Selain itu, wanita berkenaan juga boleh dituduh murtad kerana mengikuti upacara yang dianuti oleh agama lain. Perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10.30 telah dihentikan oleh JAIS dengan kerjasama kedua belah pihak keluarga.




Punca Pengantin Wanita Islam Kahwin Agama Hindu


  • Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi. Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.
  • “Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama Islam. Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.
  • Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu
  • Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa


Laporan Polis Isu Pengantin Islam Kahwin Hindu



Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...