Thursday, July 24, 2014

Inilah Wajah Comel Firdaus Lepas Sebulan Dirawat




Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah kini bertambah sihat dan comel selepas dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Berat badanFirdaus kini sudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dikurung di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lepas.

Firdaus kelihatan sangat ceria ketika dikunjungi isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin bersama pegawai-pegawai kanan (Pekerti).

“Terima kasih Hospital Tuanku Ja’afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” kata Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.



Sumber

RUSSIA TUDUH UKRAINE. AMERIKA TUDUH RUSSIA. SIAPA YANG TEMBAK MH17?

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengemukakan bukti-bukti yang mengaitkan penglibatan Rusia dalam tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh dekat Grabovo, timur Ukarine pada 17 Julai lalu.

Menurut akhbar The Washington Post semalam, para pegawai kanan perisikan AS turut mendedahkan imej satelit dan beberapa maklumat sensitif perisikan yang menunjukkan Moscow memberi latihan serta membekalkan senjata kepada kumpulan pemisah Ukraine yang didakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Pegawai-pegawai itu turut mengemukakan bukti lain seperti alat pengesan yang mengesan laluan peluru berpandu, kesan serpihan pada badan pesawat, analisis suara beberapa pejuang pemisah yang mendakwa melancarkan peluru berpandu dan berpuluh-puluh gambar serta data lain dari internet.

Buat pertama kalinya, AS mengenal pasti terdapat kemudahan tentera Rusia berhampiran bandar Rostov yang merupakan pusat sokongan Moscow terhadap para pejuang pemisah di Ukraine.

Kemudahan berkenaan disyaki menjadi hab latihan dan bekalan senjata kepada para pejuang pemisah pro-Rusia.

Menurut para pegawai itu, kereta kebal, pelancar roket dan senjata lain terus dihantar ke Ukraine walaupun selepas pesawat MH17 ditembak jatuh dan mengorbankan seramai 298 penumpang.

Beberapa penganalisis dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan AS yang lain turut meneliti maklumat berhubung nahas itu.

Namun, maklumat perisikan yang dikumpulkan dalam tempoh lima hari selepas tragedi tersebut menunjukkan para pejuang pemisah Ukraine yang mendapat sokongan Moscow telah menembak jatuh pesawat itu.

Beberapa pegawai perisikan AS juga berkata, mereka menolak kemungkinan bahawa tentera Ukraine bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

“Ia merupakan satu senario yang mustahil,” kata seorang pegawai kanan AS.

Ujarnya, agensi-agensi perisikan AS telah mengesahkan bahawa Ukraine tiada sistem peluru berpandu antipesawat yang berada pada jarang pesawat MH17 ketika serangan berlaku.

Pegawai itu turut memberi taklimat kepada wartawan di sini bagi memberi maklumat terperinci terhadap penilaian yang dilakukan agensi perisikan AS.

Pertemuan itu yang turut dihadiri dua lagi pegawai perisikan AS yang diatur bagi mengemukakan lebih banyak bukti bagi menolak dakwaan yang dikemukakan Rusia sebelum ini.

Rusia sebelum ini menafikan mereka terlibat dalam kejadian tersebut atau membekalkan para pejuang pemisah dengan pelancar peluru berpandu antipesawat SA-11.




Sumber

Mazidul Akmal Sidek Kena Strok Separuh Tempurung Kepala Dibuang

Wartawan TV3, Mazidul Akmal kini terlantar koma di hospital kerana diserang strok manakala separuh daripada tempurung kepalanya perlu dibuang.

Apa pun, marilah kita mendoakan supaya Mazidul Akmal Sidek cepat sembuh seperti sedia kala.




Sumber

Atuk 'gila memipit' cabul kanak-kanak sekitar Kuala Pilah

KUALA PILAH – Seorang lelaki yang sudah mempunyai seorang cucu dicekup polis selepas disyaki melakukan empat kes mencabul kehormatan kanak-kanak di Kuala Pilah sekitar Mac dan Jun lalu.

Suspek berusia 57 tahun itu ditangkap Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Pilah diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normansah Din, kira-kira 3.30 petang di Hilir Perak, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, suspek yang berasal dari Kampung Selabak Jalan Changkat Jong, Teluk Intan Perak pernah menjalani perintah buang daerah di Batu Kikir, Jempol selama dua tahun bermula 23 September 2011 sehingga September 2013.

Menurutnya, semasa perintah buang daerah, suspek dipercayai membuat perniagaan jualan langsung dan melakukan perbuatan mencabul kehormatan kanak-kanak di sekitar daerah ini.

“Bertindak atas laporan daripada mangsa, terdapat empat kes berlaku dekat sini melibatkan empat kanak-kanak perempuan berusia di antara lapan hingga sembilan tahun.

“Kesemua kejadian itu berlaku di lokasi berbeza. Kes pertama pada 26 Mac lalu jam 11.20 pagi di Simpang Pelangai, manakala kes kedua dan ketiga, berlaku pada Jun," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, semalam.

Azmi berkata, kes kedua berlaku di Taman Jemapoh Indah, jam 5.30 petang pada 8 Jun lalu dan 16 Jun pada jam 6 petang di Rumah Rakyat Selaru.

"Julai pula, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu pada 6 Julai jam 7 petang di Pasaraya Econsave Melang," katanya.

Katanya, suspek menggunakan modus operandi bertemu mangsa yang keseorangan lalu meminta bantuan membelikan makanan atau barangan dan mengajak mangsa menaiki motosikalnya.

“Suspek dengan pujuk rayunya, akhirnya berjaya mengaburi mangsa dengan membawa mangsa ke lokasi sunyi jauh dari orang ramai seperti tanah perkuburan lalu mengugut mangsa," katanya.

Sejurus melepaskan nafsu serakahnya itu, katanya, suspek membiarkan mangsa bersendirian tinggal di kawasan tempat kejadian untuk pulang ke rumah.

“Mangsa dalam keadaan trauma terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah dan ada kalanya jarak antara tempat kejadian dan lokasi rumah lebih dari dua kilometer," katanya.

Katanya, suspek direman pada hari ditangkap sehingga hari ini bagi membantu siasatan sebelum dihantar ke Tanjung Malim Perak bagi siasatan kes polis yang lain pula.




Sumber

Friday, July 18, 2014

MH17: Tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan, wartawan ternama Russia letak jawatan



Malapetaka MH17... kerana tidak mau bersengkongkol dengan penipuan seorang wartawan ternama Russia telah letak jawatan serta merta.

Kerana dikatakan enggan bersengkongkol dengan penipuan dengan membuat hebahan dan laporan kononnya negara Ukraine dalang malapetakan MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu maka seorang wartawan ternama Russia berprofil tinggi, Sarah Firth telah letak jawatan serta merta dari Russia Today.

Beliau tidak mau membabitkan diri dengan penipuan dengan membuat tuduhan palsu yang direka cipta.

Negara Russia dikatakan menekan beliau agar membuat liputan media yang hasil siasatan dan pemerhatian beliau negara Ukraine adalah dalang yang terlibat dalam satu konspirasi menembak jatuh MH17 dengan peluru berpandu.

A renowned reporter for Russia Today, resigned today in protest over their coverage of Malaysian Airlines Flight MH17 crash.

Sara Firth, a high profile reporter and foreign correspondent for the Kremlin-owned channel since 2009, announced her resignation on Twitter, writing: “I resigned from RT today. I have huge respect for many in the team, but I am for the truth,”

Reports indicate she had enough of the conspiracy theories that it was Ukraine behind the incident, something that does not have merit of facts.

“When it comes to covering a story and if anyone asked me to alter or drop something, I’d be out. I wouldn’t think twice about it.

“We do work for Putin. We are asked on a daily basis, if not to totally ignore then, to obscure from the truth,” she tweeted, adding that they had to obey as they were “taking a paycheck”.

In her other tweets, it seemed she had finally reached the end of her tolerance for twisting facts, declaring that she has been doing it far too little lately “in an exercise in honesty”.

She then addressed her sceptics by stating the her account was not hacked.

According to the Guardian, Firth did not agree with Russia trying to blame Ukraine for the fate of MH17.

“When the story broke, you get the kick in your stomach when you’re going to get the facts and it’s this huge story.

“And I walked into the newsroom and they were running an eye-witness account of God-knows who, the person was blaming the Ukrainian government, and it is such a volatile situation”.

Firth said she had said in a 2012 interview if she ever had to withhold facts and not tell the truth, she would leave.

The level of disrespect for the facts, she claimed, bugged her.

“The thing is, once I made the decision, you have to be honest with yourself and it’s so difficult. Once you start telling the truth, it’s brutal”.

Sumber

56 Tahun Tanggung Derita Mulut Dikunyah Serigala

Seorang lelaki, Wu Xiuyou yang diserang seekor serigala ketika berusia 11 tahun dilaporkan menjalani menjalani pembedahan pemulihan 56 tahun selepas kejadian itu.

Haiwan berkenaan mengoyakkan mulutnya membuatkan lelaki yang kini berusia 56 btahun itu mengalami kecacatan teruk dan hanya boleh makan makanan cecair.

Gara-gara wajahnya yang buruk akibat kejadian malang yang menimpanya itu, dia tidak pernah ke sekolah, tidak berkahwin dan tidak diterima bekerja.

Pakar bedah, Doktor Chen Fei menyatakan Wu hilang semua mulutnya manakala rahangnya rosak teruk dan kes ini menjadi pembedahan paling mencabar sepanjang karier saya selama 15 tahun.

Pihak hospital turut menghubungi pakar di Beijing, Chengdu dan Leshan bagi mendapatkan nasihat. Pembedahan akan membabitkan kira-kira 20 doktor dari 10 jabatan.

“Kami akan membaiki bibir atas dan bawah serta otot mukanya yang rosak teruk. Ia akan membabitkan pengambilan otot paha dan memindahkan pada mukanya. Ia membabitkan terlalu banyak jahitan deria dan salur darah,” katanya.




Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...