Monday, April 13, 2015

Bukti Emma Maembong Frust Bila Zizan Razak Umum Bakal Bernikah Jun Ini


Yes. Zizan Razak sudah pun membuat pengumuman bahawa dia bakal bernikah dengan gadis sekampungnya Jun ini.

Walaupun identiti sebenar wanita misteri itu masih belum didedahkan, ramai peminat sudah mula meneka bahawa Emma Maembong bukanlah bakal isteri Zizan.


Malah, ramai peminat Emma memaklumkan kepada kami bahawa Emma ada memuat naik lagu sedih di Instagramnya, seolah-olah mahu memberi pesanan terakhir buat Zizan.

Jika dilihat di ruangan komen, para peminat memang tidak putus-putus mendoakan agar Emma Maembong tabah menjalani dugaan ini dan mendoakan agar ditemukan jodoh yang tepat.

Malah, kakaknya juga, Shikin Maembong turut memberi komen berkenaan hal adiknya itu. Katanya….Oh ya, buat yang ketinggalan, semalam Zizan baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal pulang ke kampung untuk membuat urusan merisik dan meminang gadis misteri pilihannya itu.

Zizan hanya memberitahu bahawa dia baru sahaja mengenali gadis itu dua bulan yang lalu dan terpikat kerana gadis itu bijak mengambil hati orang tuanya. Yelahkan, bagi seorang lelaki, mestilah nak cari calon isteri yang boleh respect ibu bapa kan?

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Nikah Gadis Sekampung Tanpa Solekan Tebal Untuk Cantik Bulan Jun Ini

Malah, apa yang menarik perhatian, Zizan juga memberitahu bahawa gadis itu tidak memerlukan make up untuk kelihatan cantik. Pergh. Memang natural beauty gitu.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka!

Gambar Seksi Nora Danish Bercuti Di Thailand Tersebar

Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tersayang dan rakan-rakan rapat.

Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand pula.



Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem.


Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala.

Di bawah adalah gambar terkini percutian hangat geng Dimorian Crew di Thailand.





Apa yang menarik dan hangat ialah aksi berbikini ahli-ahli wanitanya ketika mandi manda di lautan.



"Pada siapa yang mengfitnah dan mengeji di laman sosial, get rest now, or go on holiday," ujar Nora Danish yang ikut serta dalam percutian itu bersama teman tapi mesranya Nedim Nazri.

Biodata penuh bakal isteri Zizan Razak



Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan, Zizan Razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.


Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.”

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.”

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus - Rotikaya.

Berikut ialah biodata penuh bakal isteri Zizan Razak :-

Nama : Dirahsiakan
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pekerjaan ; Dirahsiakan
Pendidikan : Dirahsiakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...