Monday, April 13, 2015

Bukti Emma Maembong Frust Bila Zizan Razak Umum Bakal Bernikah Jun Ini


Yes. Zizan Razak sudah pun membuat pengumuman bahawa dia bakal bernikah dengan gadis sekampungnya Jun ini.

Walaupun identiti sebenar wanita misteri itu masih belum didedahkan, ramai peminat sudah mula meneka bahawa Emma Maembong bukanlah bakal isteri Zizan.


Malah, ramai peminat Emma memaklumkan kepada kami bahawa Emma ada memuat naik lagu sedih di Instagramnya, seolah-olah mahu memberi pesanan terakhir buat Zizan.

Jika dilihat di ruangan komen, para peminat memang tidak putus-putus mendoakan agar Emma Maembong tabah menjalani dugaan ini dan mendoakan agar ditemukan jodoh yang tepat.

Malah, kakaknya juga, Shikin Maembong turut memberi komen berkenaan hal adiknya itu. Katanya….Oh ya, buat yang ketinggalan, semalam Zizan baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal pulang ke kampung untuk membuat urusan merisik dan meminang gadis misteri pilihannya itu.

Zizan hanya memberitahu bahawa dia baru sahaja mengenali gadis itu dua bulan yang lalu dan terpikat kerana gadis itu bijak mengambil hati orang tuanya. Yelahkan, bagi seorang lelaki, mestilah nak cari calon isteri yang boleh respect ibu bapa kan?

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Nikah Gadis Sekampung Tanpa Solekan Tebal Untuk Cantik Bulan Jun Ini

Malah, apa yang menarik perhatian, Zizan juga memberitahu bahawa gadis itu tidak memerlukan make up untuk kelihatan cantik. Pergh. Memang natural beauty gitu.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...