Friday, October 28, 2016

Pelakon Popular Ruhainies Masih Berhubung dengan Datuk Red

gosip ruhainies dan datuk red 

Nama pelakon yang sedang meningkat naik Ruhainies menjadi viral baru-baru ni gara-gara aksi berpelukan dan berpegangan tangan bersama suami penyanyi Adira, Datuk Red. Disebabkan gosip ini menjadi viral di laman sosial, Ruhainie dituduh sebagai perosak rumah tangga dan ada juga yang menggelarnya sebagai playgirl. Walaupun video tersebut sudah tersebar namun pelakon ini membuat pengakuan bahawa dirinya masih lagi berhubung dengan Datuk Red.

“Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang. Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham”

    “Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi. Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Azrel Ismail tempoh hari, Ruhainies berpendapat bahawa beliau memberikan pandangan atas dasar kawan tanpa menyatakan status kekasih. Namun begitu, beliau akui dirinya antara insan yang paling rapat dengannya, sekaligus tidak menolak jika dijodohkan bersama dengan pelakon itu.

pelakon ruhainies 1 

Sumber : www.gosipmalaysia.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...