Monday, April 17, 2017

Tertayang ‘Bebird’ Aliff Syukri dikecam



MUNGKIN tak semua kebahagiaan perlu diabadikan menerusi perkongsian di laman sosial, apatah lagi jika anda seorang yang terkenal dan mempunyai ramai followers.

Lebih-lebih lagi jika anda Dato’ Aliff Syukri, pengasas produk D’Herbs dan personaliti media sosial yang gila-gila dan ‘sempoi’.

Namun, bukan semua orang senang duduk dengan perkongsiannya, malah dikecam hebat pula kali ini gara-gara video pendek dirinya menari dalam keadaan tuala yang basah.

Dalam video itu, dikatakan bentuk kemaluannya terserlah dan ini mengundang kritikan daripada netizen yang berpendapat tindakannya itu kurang sesuai dikongsikan di laman sosial lebih lebih lagi dia baru pulang dari umrah.

Bagaimanapun, ada juga yang meninggalkan komen yang ‘murni-murni’ dengan menyatakan bahawa gelagat beliau menari-nari bersama isterinya nampak sangat romantis.

Dalam video itu juga Aliff Syukri menyatakan bahawa isterinya sentiasa serius dan beliau hanya mahu isterinya berseronok sekali-sekala.

Ini bukanlah kali pertama bentuk kemaluan Aliff terserlah. Sebelum ini, netizen telah mengecam dirinya kerana jubah yang dipakai terlalu nipis sehingga menampakkan ‘bayangan’ yang tak sepatutnya itu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Sunday, April 16, 2017

SAYA TAK TAMAK - FATTAH AMIN



Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan dirinya tamak apabila menerima banyak tawaran untuk menjadi duta produk.
Menurut Fattah, dia tidak menerima tawaran kerana tamak sebaliknya menganggap perkara itu sebagai rezeki.
“Bagi saya sebenarnya tak ada istilah tamak, dalam hidup ini saya rasa kalau kita pandai ambil peluang, bekerja keras dan percaya dengan rezeki, benda-benda itu yang menentukan sama ada kita berjaya atau tidak. Kalau asyik fikir terima tawaran kerja sebab tamak, perkara itu yang sebenarnya menyekat kita untuk terus maju ke hadapan.”
Dalam pada itu mengulas mengenai jadual kerjanya, Fattah memberitahu dia tidak mengalami sebarang masalah kerana mempunyai pihak pengurusan yang baik.
“Saya memang tak nafikan jadual saya memang sibuk tetapi dengan adanya team-team saya dan juga pihak pengurusan yang efektif, Alhamdulillah saya boleh uruskan dengan baik.
“Jadi saya rasa itu tidak menjadi satu masalah untuk saya,”ujarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Fattah baru sahaja melancarkan single terbaharunya, Wanita Terakhir selain menjadi duta produk A/J DE’ Parfum x Fattah Amin dan Oppo Malaysia.
Sumber: Astro Gempak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...