Sunday, April 16, 2017

SAYA TAK TAMAK - FATTAH AMIN



Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan dirinya tamak apabila menerima banyak tawaran untuk menjadi duta produk.
Menurut Fattah, dia tidak menerima tawaran kerana tamak sebaliknya menganggap perkara itu sebagai rezeki.
“Bagi saya sebenarnya tak ada istilah tamak, dalam hidup ini saya rasa kalau kita pandai ambil peluang, bekerja keras dan percaya dengan rezeki, benda-benda itu yang menentukan sama ada kita berjaya atau tidak. Kalau asyik fikir terima tawaran kerja sebab tamak, perkara itu yang sebenarnya menyekat kita untuk terus maju ke hadapan.”
Dalam pada itu mengulas mengenai jadual kerjanya, Fattah memberitahu dia tidak mengalami sebarang masalah kerana mempunyai pihak pengurusan yang baik.
“Saya memang tak nafikan jadual saya memang sibuk tetapi dengan adanya team-team saya dan juga pihak pengurusan yang efektif, Alhamdulillah saya boleh uruskan dengan baik.
“Jadi saya rasa itu tidak menjadi satu masalah untuk saya,”ujarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Fattah baru sahaja melancarkan single terbaharunya, Wanita Terakhir selain menjadi duta produk A/J DE’ Parfum x Fattah Amin dan Oppo Malaysia.
Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...