Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu. Sebelum ini mungkin anda ada baca tentang bagaimana caranya utuk
mengetahui kek yang mengandungi arak bukan? haa, kali ni admin nak kongsi pula tentang cara untuk membezakan
daging babi dan
daging lembu..
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara
daging babi dan
lembu. Menurut Dr Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi
Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat
beberapa aspek yang dapat dibezakan antara
daging babi dengan
daging
lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur.
Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada aspek
tersebut.
Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari
daging lembu, warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam.
Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada
daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah
lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam
air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip
sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging
lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya
kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan
samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua
daging direnggangkan bersama.
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai
tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan
berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar
dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan
kelihatan berserat. Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada
bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir
serupa dengan lemak lembu
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding
dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan. Melalui perbezaan
ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang
nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal
dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras
sehingga cukup sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma
khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang
telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling
penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun
warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua
daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan
melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana
memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat
mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang
cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging
tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah
lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk
dibezakan.
P/s: Mohon kongsikan artikel ini kepada orang Islam lain agar tiada lagi orang Islam yang tertipu dalam pembelian daging..
http://www.nizarazu.com/cara-membezakan-daging-babi-dan-daging-lembu/
No comments:
Post a Comment