Friday, May 31, 2013

Beri hutang lebih baik dari beri sedekah

"Begitu banyak perkara baru yang dipelajari malam tadi semasa Majlis Ceramah sempena Israk Mikraj di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Sheikh Haji Baba Abdul Karim bin Haji Isa Al Fatoni, seorang ulama yang berasal dari Patani, Thailand akan tetapi telah berkhidmat di mahkamah Arab Saudi selama lebih 20 tahun. Pertama kali saya mendengar ceramah Sheikh Baba.

Sheikh Baba pun merupakan anak murid kepada beberapa ulama terkenal yang masih lagi mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Sheikh Baba amat sayang untuk meninggalkan Mekah kerana telah lama berkhidmat dan beribadah di sana. Akan tetapi atas arahan Tok Gurunya yang memerintahkan untuk beliau pulang ke Nusantara untuk mengajar kepada umat Islam di sini, maka beliau dengar dan taat akan arahan Tok Guru beliau.



Malam tadi beliau mengupas kitab Sheikh Daud Fatoni, beliau menceritakan dengan panjang lebar mengenai salasilah Sheikh Daud Fatoni hinggalah ke Saidina Husin ra., Saiditina Fatimah rah. dan Nabi Muhammad saw. Kaitannya juga dengan Raja Fatoni, Raja Champa dan Sunan Ampel.


Begitu banyak ilmu-ilmu kitab lama yang baru tahu orang jemaah yang hadir termasuk diri saya sendiri, terlalu banyak.

Antaranya ialah Sheikh Baba mengatakan memberi hutang kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik dari memberi sedekah. Jika kita memberi sedekah kita akan diberi 10 ganjaran, akan tetapi jika kita memberi hutang kita akan diberi 18 ganjaran. Ini adalah kerana mereka yang memang dalam kesempitan memerlukan hutang untuk melepaskan kesempitan tersebut, akan tetapi jika kita memberi sedekah adakalanya keperluannya tidaklah dalam keadaan yang amat memerlukan.

Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari semalam, yang tidak boleh saya sampaikan di sini kerana bimbang disalah tafsir.

Kepada mereka yang ingin menadah ilmu dengan Sheikh Baba bolehlah ke Masjid Negeri, Seremban pada hari Sabtu 1 Jun 2013 selepas Maghrib, beliau akan menyambung kitab kisah Israk Mikraj yang dah sampai di langit ke tujuh.

Cubalah pergi, barulah kita tahu betapa cetek, terlalu cetek, teramat cetek, ilmu dan amalan yang ada pada kita sekarang ini. Betapa banyaknya kita melakukan dosa dan betapa kurangnya kita beramal ibadat.

Sehari selepas insiden bola sepak di stadium Darul Makmur...


"

Muak ngan kekecohan yg berlaku di stadium darul makmur, TMJ –tunku Ismail Ibrahim tlh mencadangkan supaya perlawanan di stadium bukit jalil sabtu nie diadakan tanpa kehadiran penyokong kedua2 belah pihak…

Bagik sy le…cadangan baginda TMJ nie…mmg munasabah n realistic berdasarkan tempoh mase semangat amarah antara dua penyokong Johor n Pahang nie masih blom reda lg…sememangnya amuk n amarah org2 melayu nie…x leh terdelete dlm mase seminggu dua…ntah2..dendam ue bawak dlm kubur skali gamaknya…

Baginda juga risau ttg keselamatan penyokong2 kedua pihak krn tiada jaminan polis dan FAM selepas tamat perlawanan ue nnti diluar stadium…sapa yg nk bertanggunjawab agaknya nnti..secara holistiknya..jika berlaku kejadian yg buruk utk kali keduanya…dh terlentu le arena bola sepak negara kite yg dh tercemar semakin tercemar lg…

Pd pandangan sy le…selepas insiden nie..tlh berlaku dua perkara yg x munasabah :

1. PBNJ tlh didenda sbb penyokong2nya masuk dl trek perlawanan.

Dlm suasana cam ue… camne le PBNJ nk kawal penyokong2nya ribuan org…pe tah lg peristiwa nie berlaku secara spontan..rasenya FRU pown terpinga2 bile tetiba shj limpahan manusia turun ke trek tanpa diduga dlm kalut2 sebegitu…

Selepas nie…x kan le sehari seblom perlawanan bola sepak dimulakan TMJ merangkap sebagai president PBNJ perlu wat perhimpunan penyokong2 Johor di stadium Larkin seperti mana perhimpuan black 505..semata2 nk nasehat n bagik motivasi kat penyokong2 Johor agar jgn bergaduh, jgn berkelahi, kalu masuk gol jgn bersorak n kalu bleh..mase tgk bola ue…mulut kena zip…kedua2 tangan n kaki perlu kena ikat kemas2…

Jika de sapa2 kena baling batu ke….botol ke…bagik le senyuman paling manis cam pramugari MAS…n ucapkan le terima kasih secara ombak mexico…nnti bile berlaku pe2 insiden buruk berlaku PBNJ x dipersalahkan or didenda lg…

2 Peranan TV3

Semalam de beberapa sedutan temuramah kedua penyokong2 Johor n Pahang.. erm TV3 tak sepatutnya menyiarkan sebarang bentuk temuramah sebegini yg penuh beremosi krn ianya leh membangkitkan lg perasaan x puas hati penyokong2 kedua belah pihak…Nie dh bukan level batu api lagi…dh kira cam tong gas dh…diharapkan le TV3 Ikut saranan TMJ…tunku Ismail Ibrahim dimana baginda berfikiran bahawa “bola sepak lebih kepada menyatukan rakyat, bukannya memecah belah atr satu sama laen”…

Disni sy de dua soalan utk FAM

1. Berani ke FAM nk anjurkan perlawanan bola sepak dibukit Jalil nie tanpa sebarang penyokong kedua2 pihak?...

2. Kalu penyokong2 nk tgk bola kat bukit Jalil ue...tiket kena beli lg ke?...x kan tiket kat stadium Darul Makmur ue kire burn jea...mane aci...hu3

Sehari selepas insiden bola sepak di stadium Darul Makmur..."

Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Bersalah Khir Toyo


Hari Ini Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Terdahulu Bagi Mengekalkan Hukuman Bersalah Terhadap DS Khir Toyo (Ex MB Selangor)... Talian Hayat Terakhir Untuk Beliau Kini Adalah Melalui Mahkamah Persekutuan. Jika Gagal Juga, Selamat Datang Ke Penjara Sungai Buloh... :


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa. [Baca seterusnya...] "

Artikel Panas Lagi Meletup!

Tulis Sikit Pasal Perkahwinan Ustaz Azhar



Saya tahu pasal perkahwinan Ustaz Azhar Idrus untuk isteri ke-3, tapi saya rasa malas nak tulis dan sudah pasti ramai berebut untuk menulis kerana ini akan menjadi bacaan yang hits. Komen pada artikel-artikel perkahwinannya juga agak banyak.

Biasalah perkahwinan ke-2, ke-3 atau ke-4 akan menjadi satu perbahasan yang hangat. Ada pro dan kontranya. Bukan sahaja kepada Ustaz Azhar yang agak menonjol sekarang ini tetapi boleh jadi perbahasan kepada orang biasa.

Dulu semasa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kahwin ke-2 pun 'ribut' juga dan banyak perkara di luar dugaan berlaku. Oleh kerana Allah jaga isu berkenaan saya tak akan tulis di sini.

Perkahwinan Ustaz Azhar di zaman facebook dan twitter, banyak perkara dibahaskan di media sosial dan memang pun Ustaz Azhar dipanggil sebagai "Ustaz You Tube". Ya zaman moden ini orang tahu macam-macam melalui internet, kebetulannya semua yang dicari itu dijawab oleh Ustaz Azhar melalui You Tube dibuat oleh pengikut dan rakan setianya.

Ustaz-ustaz lain juga ada banyak menjawab dan menyelesaiakan masalah semasa tetapi tak ada yang berusaha untuk masukkan ke You Tube... jadi seolah-olah Ustaz Azhar sahaja. Itu peranan Lajnah Dakwah & Tarbiyyah atau Lajnah Penerangan... bukan sekadar menyerang UMNO @ BN tetapi harus ada makanisme untuk dakwah dan memberi penerangan. Tapi malangnya lajnah itu disempitkan kefahamannya.

Berbalik isu Ustaz Azhar, ramai yang tak setuju dengan perkahwinan ini mengkritik dan mencemuh. Ada juga yang 'deret' (terus) menyoal pada facebook Ustaz.

Saya tertarik satu soalan di bawah:-



Di bawah ini pula jawapan Ustaz Azhar. Tapi jawapan dalam internet bukan boleh percaya sangat. Dulu (lama dulu) saya pernah berhujah dengan satu nick "BARUNGAJI"  di Tranungkite. Saya syak dia Ustaz Azhar dan akhirnya Ustaz beritahu nick itu digunakan oleh 4 orang kawannya.... termasuk dia sekali.

Jawapan ini saya rasa macam lari daripada apa yang ditanya..

 
Saya berpendapat tak payah nak layan sangat sehingga terlalu detail cerita apa yang kita ada dan kita buat demi untuk menyenangkan hati mereka yang tak puas hati. Kita sudah pasti tidak akan boleh memuaskan hati semua orang. Ustaz buatlah apa yang patut dan teruskan usaha dakwah demi untuk memastikan dakwah Islamiyyah ini berjaya.

Dulu Ayah Chik (Presiden PAS) pun dikritik atas pembelian kereta. Orang tak kaji pun bahawa Hj Awang itu antara yang kaya raya.. ada tanah, ada kebun, ada ladang... Sebab memang itu nasib mereka yang berdakwah bukan sahaja dikritik oleh musuh malah kawan sendiri.

Jadi tak hairanlah kalau ada puak-puak yang akan hentam Presiden PAS atas perkara seperti itu. Itu telah ditulis dalam Al Quran dengan istilah 'mukmin yang dengki'.

Saya rasa ustaz juga akan mengalami nasib yang sama. Hanya satu sahaja saya nak luahkan ustaz jangan terlalu ikut nasihat kawan-kawan kiri kanan ustaz yang kadang kala lebih sudu daripada kuah. Yang ini banyak "mengada" dalam banyak deal dengan ustaz... Banyak pendakwah luar negara rosak kerana orang sekeliling terlalu 'ego' rasa macam ustaz itu 'hak milik' mutlaknya. Menyorok pengkhabaran sebenar dan mengapikan maklumat sehingga ada beberapa ceramah terpaksa dibatalkan atas maklumat yang tidak jujur!

Akhir sekali. Tahniah atas perkahwinan ini, teruskan dakwah..


....
Sila layari
Tulis Sikit Pasal Perkahwinan Ustaz Azhar

PAS Terengganu akan ke Besut dan Setiu

"Assalamualaikum,,..  PAS Terengganu mula mengorak langkah untuk memberi tumpuan di daerah Besut dan Setiu.Hasrat PAS Terenggnau dilihat setengah orang sebagai baru bangun dari tidur tetapi masalah sebenar PAS Terengganu hanya diketahui oleh pemimpin dan pengerak gerak kerjanya sahaja.

PAS Terengganu tempang sejak tahun 2004  di dua daerah ini.Sebabnya kurangnya sambutan penduduk tempatan untuk tampil menjadi sukarelawan atau alhawariyyun, yang ada cuma suara suara mengkritik dari jauh.Akibatnya, walaupun menyedari situasi sebenar yang berlaku  di dua daerah ini sehingga DUN Batu Rakit yang hampir dengan staidum runtuhpun, PAS Terengganu gagal memberi kesedaran kepada pengundinya.

Cabaran sebenar PAS Terengganu di dua daerah ini ialah Deris Jusoh yang menjadi pengarah pilihanraya BN Malaysia.Deris Jusoh sudah meletakkan perisai yang kuat di dua daerah ini yang masih gagal dipecahkan oleh PAS Terengganu kerana kekuatannya sendiri masih lemah.
Tetapi keputusan PRU 13 menampakkan harapan apabila undi yang diperolehi PAS meningkat walaupun dalam situasi gerak kerja yang lemah akibat ketiadaan sukarekawan yang mencukupi.Saya meyebut sukarelawan bukan sahaja semasa berkempen kerana menjadi tren di Terengganu di mana ketika berkempen muncullah ramai sukarelawan untuk memasang bendera dan membuat kerja kerja khusus untuk pilihanraya.Yang saya maksudkan sukarelawan yang berkerja untuk ground work parti seperti culaan berterusan, gerak kerja kemasyarakatan dan dakwah yang berterusan.
Sebenarnya inlah kekurangan PAS Terengganu sejak dulu lagi tetapi seperti dibuktikan oleh  beberapa Dun seperti DUN Chukai, Paka, Sura, semua DUN Kuala Terengganu dan hampir semua DUN Marang, gerak kerja awal membuktikan PAS Terengganu mampu melakukannya. 
Berdasarkan kekurangan dan kelemahan ini, PAS sebelum ini meletakkan DUN yang disasarkan menang dan hampir semua DUN yang disasarkan menang itu menyumbang kecuali beberapa DUN yang dipercayai ada unsur penipuan dan petisyen akan dihantar.
Sementara DUN yang tidak termasuk dalam sasaran ini  jelas kelihatan dari Besut dan Setiu kerana maslaah di sana terlalu berat untuk dihadapi oleh PAS Terengganu mengambil kira kekuatan yang ada.Tetapi keputusan PRU menunjukkan majoriti yang diperolehi BN bagi kesemua DUN Setiu dan Besut adalah kecil, membuktikan sokongan kepada PAS semakin meningkat di sana walaupun perisai yang dibina Deris Jusoh masih terasa.
Lantaran, keputusan untuk masuk ke Besut dan Setiu adalah tepat.Saya percaya pesuruhjaya PAS Terengganu dan pasukan kepimpinannya sudah mengenal pasti  apa yang patut dilakukan, antaranya berusaha menambah sukarelawan bagi menggerakkan gerak kerja yang berterusan di sana.Sebenarnya inilah masalah utama PAS Terengganu di Besut dan Setiu. Saya pernah ada pengalaman di Setiu di mana semasa saya ke Setiu pada 2011. Ketika itu saya singgah di bangsal burger untuk membeli burger kerana anak anak nak makan burger. Apa yang memeranjatkan saya ialah penjual burger itu seorang anak muda kelihatan terpenranjat dan melemparkan senyuman kepada saya apabila melihat kopiah berwarna putih hijau di kepala saya.Saya terfikir bahawa anak muda di Setiu juga berminat dengan  PAS tetapi kerana kurangnya usaha mengumpulkan mereka menyebabkan mereka tidak tahu ke mana untuk pergi.
Saya berharap PAS Terengganu mengambil serius perkara ini.Timbalan pesuruhjaya PAS ada pengalaman mengumpul anak anak muda di DUN  Paka jadi saya harap Timbalan Pesuruhjaya mampu mengadaptasikan pengalamannya di Besut dan Setiu.
Apa sekalipun keputusan petisyen PRU nanti, samada PAS berjaya membalikkan meja(turn the table) atau PRU akan diadakan semula, gerak kerja di dua daerah ini perlu dipercepatkan.Kerana selain dua daerah ini PAS Terengganu masih menghadapi masalah besar di DUN Kijal dan Air Putih Kemaman malah masalahnya jauh lebih besar dari Besut dan Setiu.
Kalau perisai yang dibina Deris Jusoh berjaya dipecahkan, PAS Terengganu masih mempunyai misi untuk memecahkan pula perisai yang dibina oleh Mat Said di Kijal dan Air Putih."

Sumber : http://www.tranungkite.net

Tahniah Jakim menghasilkan AlQuran Braille Mashaf Malaysia



KAMI telah difahamkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengorak langkah untuk menghasilkan suatu mashaf khusus AlQuran Braille bagi kegunaan mereka yang kurang upaya penglihatan di Negara ini.

Kami menyokong penuh jawatankuasa yang telah dibentuk yang mana kami difahamkan diletakkan bawah seliaan Jakim bagi menghasilkan mashaf yang dinamakan AlQuran Braille Mashaf Malaysia tersebut.
 
Adalah diyakini usaha Jakim tersebut mampu mengawal dan menyemarakkan lagi penyebaran ilmu AlQuran kepada golongan OKU penglihatan di Negara ini.
 
Sementara itu, sebagaimana sesi Parlimen penggal ke-13 yang akan memulakan sidangnya pada 24 Jun 2013, pihak secretariat pada masa ini sedang mengumpul seberapa banyak isu-isu berkaitan OKU yang ingin dikemukan untuk di ketengahkan.
 
Selain sesi-sesi perbincangan langsung, sebarang cadangan atau usul berkaitan OKU bolehlah dihantar melalui email di alamat pusatrakyatcp@gmail.com untuk diselaraskan.
 
Sedaya upaya kami iltizam mengusahakan perubahan yang lebih baik untuk OKU di Malaysia sebagaimana saranan Al-Quran dan Sunnah.
 
Sekian, untuk siaran.
 
 
(Mohammad Faizal Che Yusof)
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU

Rampasan Harakah dan ugutan pengedar: Zahid Hamidi, KDN makin gila ....



KDN makin menggila. Isnin lalu, penguatkuasa KDN telah kacau dan ugut penjual Harakah, di seluruh negara, termasuk di Shah Alam, Puchong dan Kota Kinabalu.

Alasan mengarut KDN, nama-nama  penjual itu tiada dalam senarai penjual-penjual Harakah yang pernah diserah oleh pihak pengurusan Harakah kepada KDN, lebih 10 tahun lalu.

Nama-nama yang tidak ada dalam senarai itu tidak boleh menjual Harakah. Dahsyat sekali peraturan gila KDN ini; nak jual Harakah pun kena direstui oleh KDN terlebih dahulu.  
 
Kesannya, jualan Harakah jatuh hampir 10 ribu naskhah. KDN mahu penjual Harakah takut untuk pamerkan Harakah di premis masing-masing dan dengan itu pembaca sukar dapatkan Harakah di pasaran.
 
Sebenarnya pihak KDN tidak perlu mengadakan operasi rampasan setiap minggu apatah lagi setiap hari. Sesekali penguatkuasa KDN melancarkan operasi sudah memadai, dengan andaian penjual dan pengedar Harakah akan takut dan tidak berani lagi menjual "bahan terlarang".
 
Akan sampai ketikanya, seperti pernah terjadi dahulu, untuk mendapatkan Harakah mungkin lebih susah daripada membeli dadah di Chow Kit! Dan ini berlaku di sebuah negara yang mendakwa telah melakukan proses transformasi politik!
 
Justeru, penguatkuasaan gila di atas syarat-syarat karut-marut ini mesti dihentikan segera. Menteri Dalam Negeri yang bebal, Zahid Hamidi tidak boleh berlepas tangan; dia harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan represif yang primitif ini.
 
Sumber : KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI), http://www.tranungkite.net/

“Saya Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Erma Fatima – Sharifah Sakinah

Nama Sharifah Sakinah benar-benar panas akibat daripada perbuatannya mengupload beberapa video ke laman sosial Keek yang agak korang sopan hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Lupakan sejenak video sakai yang dibuat oleh si Kinah ni, kini dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak teruna kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima malah, Kinah yang ditemui baru-baru ini mengakui kebenaran gosip tersebut.
“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah.
Bila diajukan soalan adakah dia serius dengan perhubungan kali ini kerana lebih dikenali dengan sikap yang suka main-main dalam pelbagai hal, Sakinah menjawab;
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima” Jelas Sakinah lagi.
Sumber : http://artisdulukini.blogspot.com

Adakah perlu himpunan Blackout 505 diteruskan?


"Kerajaan yang mengusai pada hari ini tidak lagi boleh menafikan himpunan Blackout 505 tidak mendapat sambutan ini kerana dari jumlah orang yang turun padang mencecah ratusan ribu orang.

Mereka datang dengan duit mereka sendiri tanpa ada apa-apa bantuan yang dihulurkan oleh pihak penganjur. Rata-rata mereka hadir dalam perhimpunan ini adalah satu tujuan untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka pada kerajaan yang mengusai pada hari ini.

Tuntutan yang mereka kemukakan supaya SPR meletak jawatan adalah jelas. Penipuan yang mereka telah lakukan semasa pilihan raya juga jelas. Mereka yang hidir tidak mungkin hadir dengan sendiri tanpa alasan yang kukuh. Setiap individu ada urusan masing-masing dan tidak mungkin mereka hadir secara suka-suka ke perhimpunan tersebut. Naluri manusia sememangnya akan meronta membantah sekiranya hak mereka tidak ditunaikan. Selagi tidak dapat, selagi itulah mereka akan terus membantah dan selagi tuntutan yang diminta tidak ditunaikan, selagi itu penolakan akan terus berlaku.

Reputasi kerajaan perlu dijaga dan kesan perhimpunan itu juga akan mengakibatkan reputasi kerajaan buruk dimata dunia. Kesan yang akan diterima oleh negara akan lebih memberi impak yang lebih besar selepas ini. Pelabur-pelabur juga akan hilang keyakinan untuk melabur ke negara kita malah pemimpin kerajaan juga akan menanggung malu sekiranya soalan-soalan pedas diutarakan semasa meraka berada di luar negara nanti.

Adakah perhimpunan ini perlu diterusakan? Bagi setiap rakyat Malaysia yang perlukan pembaharuan memang mereka perlukan himpunan ini untuk terus memberikan tekanan kepada kerajaan. Sepanjang perhimpunan ini saya dapati ada pimpinan dari pihak pakatan tidak senada.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada yang bagi pandangan perlu bantah mengikut saluran mahkamah. Apabila melalui saluran mahkamah, kalah juga tak cukup bukti. Masalahnya sekarang perkara penipuan pilihanraya ni sudah berlarutan dari Zaman 80an lagi dan sampai sekarang masih berlaku. Isu black out, undi pos, pengundi hantu dan daftar pemilih yang meragukan dari dulu lagi sudah kedengaran.

Takkan kita nak biarkan sahaja perkara ini berlarutan. Harus ada anjakan yang drastik untuk menekan pihak kerajaan agar menghormati hak rakyat Malaysia. Anjakan yang drastik bukan sahana melalui tekanan dari perhimpunan malah perlu juga melalui mahkamah. Selagi kuat kita tekan, satu hari nanti pasti kita akan berjaya.

Rakyat Bangkit Dari Tidur"

HOT!!! MAT SABU DEDAH PUNCA KEKALAHAN PAS KEPADA UMUM.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. ~harakahdaily

Nabila Huda dan Half singlet dihentam peminat


Nampaknya gambar pelakon seksi, Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra dikenali sebagai Abil kembali diperkatakan umum selepas dia berkongsi gambar terbarunya di laman Instagram miliknya.

Abil telah memuat naik dua gambar yang menampakkan bahagian perutnya walaupun aktres itu telah mengaburkan bahagian yang terdedah itu kepada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Dua keping gambar itu diambil Abil ketika bercuti di Langkawi, Kedah bersama teman lelakinya, Nas-T dan pengurusnya, Niesa Khalil.

Dari kebanyakan komen yang diterima, terdapat dua pihak, yang mana, satu menyokong sikap Abil yang tidak pernah hipokrit dengan kehidupan sosialnya sementera satu pihak lagi pula menasihati supaya aktres itu segera berubah dan tidak lagi berkongsi gambar sebegitu kepada umum.



Malah, ada juga peminat yang sanggup ‘unfollow’ Abil di Instagram kerana mereka sudah muak dan jelak dengan aksi berani aktres itu dalam berpakaian.

Hmm, apa pula pendapat anda?

Sumber : http://hariangiler.hostzi.com/ 

Guru Malaysia Ramai Yang Sokong Pembangkang? Kurang 10% Undi BN? Apa Lagi Yang Guru Mahu?

Guru PRU13

Jikalau sebelum ini, kalangan bangsa Cina di Malaysia menjadi sasaran utama Utusan Malaysia kerana menjadi “asbab” disebaliknya keputusan pilihanraya yang dilihat agak mengejutkan, tidak memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional. Masakan tidak….
Masakan tidak, jikalau dilihat realiti paparan berita di media arus perdana, bantuan demi bantuan menjelang pilihanraya yang melimpah ruah, kerahan jentera kerajaan, lonjakan perbelanjaan berpuluh juta untuk pengiklanan di Internet (SEPERTI DI SINI), kebanjiran (bendera, sepanduk, banting dan lain-lain lagi) tetapi malangnya keputusan masih lagi tidak seperti dijangkakan? Apa lagi puncanya?
Undi Guru Pilihanraya

Apa Lagi Guru Mahu?

Nah….sekarang kalangan guru Malaysia yang sokong pembangkang menjadi sasaran seterusnya…
DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang. Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.
Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.
Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.
Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.
Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia. Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.
Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.
Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan. Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.
Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia? Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.
Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.
Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara. Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.
Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.
Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia. Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.
Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap. Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.
Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.
Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu. Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!
GELORA LANGKAWI
Bukit Tinggi, Baling
Sumber : Utusan Malaysia
Kami tidak pasti adakah benar guru yang hanya menggelarkan dirinya sekadar “GELORA LANGKAWI” adalah seorang guru. Jikalau benarlah beliau adalah seorang guru, kami “sangat kasihan” dengan nasib anak muridnya. Mengapa? Kami petik semula sebahagian kata-kata beliau seperti di atas, dan anda nilaikanlah sendiri :
Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.
Kasihan guru-guru dipersalahkan. Bagaimana pula dengan profesion lain? Pensyarah? Jururawat? Doktor yang tidak mengundi pembangkang? Adakah mereka juga dipersalahkan?
Kalau ikutkan sebenarnya, Nabi ajar umat Islam supaya ikut segala ajaran dan sunahnya, bukan suruh bermusuhan antara kaum. Jikalau Islam berkuasa & kuat di Malaysia sejak daripada dahulu lagi sepatutnya tiada perpecahan sebegini rupa. Kita ada cara daripada syariat yang diturunkan kepada umat untuk selesaikan masalah. Tetapi sayangnya kita tidak ikut. Hanya pandai berdegar-degar cakap mahu tegakkan Islam. Mulut cakap lain, tetapi buat lain.
  • Kami mahu tegakkan Islam, dalam “poket kiri” ada botol arak
  • Kami mahu tegakkan Islam, tangan kiri cukup kotor “ambil hak orang lain”
  • Kami mahu tegakkan Islam, tangan kiri tidak amanah ketika menjalankan tugas
  • Ada lagi yang anda nak tambah?
Jangan asyik hidup Melayu! Hidup Melayu! Sehingga tergadainya Islam. Kita semua (orang Melayu adalah majoriti di Malaysia) sehingga mencecah sekitar 60%. Dalam pada masa yang sama bilangan minoriti bangsa Cina contohnya semakin kecil dek kerana semakin ramai yang berhijrah ke luar negara.
  • Kita ada raja-raja Melayu yang menjaga kepentingan bangsa Melayu
  • Kita ada perlembagaan yang menjamin kepentingan bangsa Melayu
  • Bilangan ahli parlimen berbangsa Melayu semakin bertambah di Dewan Rakyat. Alhamdulillah.
Tetapi selepas 50 tahun, kita masih lagi takut dengan bayang-bayang sendiri, masih lagi bercakap Melayu, Melayu Melayu. Sangat pelik di situ. Mengapa? Mengapa?
Bagi kami, siapapun yang mahu dipilih semasa Pilihanraya itu hak mereka, tidak kira samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Pilihan masing-masing. Yang hairannya bagaimana “GELORA LANGKAWI” ini boleh tahu dengan yakinnya hanya kurang 10% undi Barisan Nasional? Ada bancian? Atau sekadar congakan sendiri?

Sumber : http://www.beritasemasa.com/

Pelajar tumpang rumah bersalin dalam tandas


JEMPOL: Sebuah keluarga terperanjat apabila mendapati gadis berusia 16 tahun yang menumpang di kediaman mereka di Felda Jaya Selatan Raja Alias sejak dua minggu lalu melahirkan bayi di dalam tandas selepas mengadu sakit perut, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian 9.30 pagi itu, remaja perempuan yang juga anak angkat keluarga berkenaan terlebih dulu memberitahu kesakitan dialaminya sebelum melihat seorang bayi perempuan keluar dari perutnya lalu terjatuh ke dalam mangkuk tandas.
Isteri pemilik rumah yang dikatakan terdengar jeritan kuat terkejut apabila melihat gadis berkenaan keluar dari tandas sambil mengendong bayi.
Perkara itu dilaporkan kepada polis dan ambulans untuk tindakan lanjut, namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sejurus petugas perubatan tiba di lokasi kejadian. Difahamkan, remaja yang mahu menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga itu tidak disyaki hamil berikutan saiz perutnya kelihatan seperti normal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, siasatan awal mendapati gadis itu belajar di Port Dickson.
“Kira-kira jam 9.30 pagi, remaja yang menginap di sebuah rumah kenalannya sempena cuti sekolah dikatakan mengadu sakit perut lalu pergi ke tandas.
“Sewaktu meneran, bayi dipercayai berusia tujuh bulan itu tiba-tiba terkeluar dan masuk ke dalam mangkuk tandas. Bayi itu kdisahkan meninggal dunia ketika ambulans tiba,” katanya.
Menurut Hamdan, punca sebenar kematian bayi itu hanya ditentukan selepas selesai proses bedah siasat.
“Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Mayat bayi perempuan itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat manakala ibunya menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelajartumpangrumahbersalindalamtandas/Article/index_html

Kerajaan PAS Kelantan Akan Membina 3,000 Rumah Mampu Milik

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang baru dipilih merancang untuk membina 3,000 unit rumah mampu milik di negeri ini.

xsssaae34

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata rumah-rumah akan dibina di semua 14 daerah, bermula dengan kawasan yang sangat padat seperti Kota Bharu, Tumpat atau Pasir Mas.
“Kami telah memperuntukkan RM9 juta dan menunggu kajian daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar selesai,” kata Datuk Ahmad kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco pertama selepas Pakatan Rakyat memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 45 dalam PRU13.
Datuk Ahmad juga berkata kerajaan akan mengkaji untuk membantu penduduk mendapatkan hartanah dan yang tiada tempat tinggal dengan membiayai projek-projek di atas usahasama atau pembiayaan persendirian.
Beliau juga mendedahkan bahawa dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan, kerajaan negeri akan meneroka perlombongan mineral semula jadi melalui tender terbuka.
“Kami menyusun data pada emas, bijih besi dan lain-lain mineral semulajadi yang akan menjana pendapatan untuk kerajaan negeri bagi membiayai projek-projek awam,” kata Datuk Ahmad.
“Kami juga perlu mencari sumber-sumber lain untuk menambah pendapatan selain daripada cara tradisional seperti cukai tanah, konsesi pembalakan dan cukai tanah.”

Sumber : http://berita-harian-online.com/

Milik siapakah kerajaan hari ini?!


PERSOALAN ini mungkin mudah untuk dijawab sekarang. Apatah lagi dalam keadaan kita baru sahaja selesai PRU13.

Parti Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka berjaya membentuk kerajaan bagi memerintah Malaysia buat penggal yang seterusnya. Namun, apakah kerajaan ini akan kekal buat selama-lamanya? Sudah pasti tidak. Tiba masanya ia akan tamat atau ditamatkan.


Tiba masanya ia akan berubah atau diubah. Sama ada kerajaan yang ada pada hari ini diubah dan diganti dengan parti lain yang menjadi kerajaan, atau pun ia akan hancur dan musnah bersama hancur dan musnahnya dunia ini.

Kerajaan ALLAH tetap teguh

Jadi, milik siapakah kerajaan pada hari ini? Persoalan ini perlu dijawab dengan jiwa yang penuh keinsafan. Mengiktiraf kekerdilan diri sebagai seorang hamba di hadapan Tuhan.

Menyedari tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi milik ALLAH. Mempercayai bahawa di sana adanya sebuah kerajaan yang jauh lebih hebat dan perkasa. Kerajaan tersebut tidak akan musnah kerana ia milik Yang Maha Gagah. Kerajaan tersebut akan terus kekal, kerana ia milik Yang Maha Kekal. Ia tetap berdiri teguh, di saat dunia telah hancur luluh.

Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Pada hari itu, tidak ada satu pun kerajaan yang kekal. Walaupun di dunia dahulu, mereka dianggap sebagai kerajaan yang kuat, stabil dan sukar digugat. Namun, apabila dunia sudah berakhir hayat, tidak akan ada yang terus berkuasa sampai ke akhirat. Ketika itu, akan ditanya “Milik siapakah kerajaan pada hari ini?”. Sudah pasti, ia adalah milik ALLAH, Tuhan Yang Maha Perkasa.

Di dalam surah al-Mukmin atau dinamakan juga surah Ghafir, ayat 13-16, ALLAH SWT menjelaskan:

“Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaanNya) dan menurunkan untukmu rezeki dari langit. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada ALLAH).

Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ibadat kepadaNya, sekali pun orang-orang kafir tidak menyukainya.

Dialah Yang Maha Tinggi darjatNya, Yang mempunyai ‘arash, Yang mengutus Jibrail dengan (membawa) perintahNya kepada siapa yang dikehendakiNya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat).

Iaitu hari ketika mereka keluar (dari kubur), tiada suatu pun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi ALLAH. (Lalu ALLAH berfirman): MILIK SIAPAKAH KERAJAAN PADA HARI INI?!. Ia milik ALLAH Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”.

Tidak ada manusia mampu mendabik dada

Pada hari itu, tidak ada seorang pun yang mampu berdalih lagi. Tidak ada yang mampu untuk menipu. Tidak ada yang masih mendabik dada bahawa dialah manusia yang hebat, walaupun di dunia dahulu dia seorang yang berpangkat dan disanjung rakyat. Tidak kira siapa pun kita di atas dunia, pemimpin atau rakyat marhaen, orang biasa atau sultan yang bertakhta, si miskin atau pun si kaya, semua kita akan dibalas terhadap apa yang telah kita lakukan di dunia.

Oleh sebab itu, selepas ALLAH menegaskan bahawa kerajaan pada hari akhirat, ialah milik ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa, terus disambung dengan ayat berikut:

“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya ALLAH amat cepat hisabnya”. (Surah Mukmin: 17).

Mahu atau tidak mahu, semua kita pasti bertemu detik itu. Bersedia atau pun tidak, hakikat ini tidak mampu untuk ditolak. Inilah hari pembalasan bagi setiap perbuatan.

Setiap keikhlasan, kejujuran, keadilan dan amal kebaikan, balasannya jua kebaikan. Kezaliman, penindasan, penipuan, penyelewengan dan amal keburukan, balasannya jua keburukan. Melainkan jika si pelakunya mati dalam keadaan bertaubat, mudah-mudahan rahmat dan pengampunan Tuhan menjadi pengubat.

ALLAH, Tuhan yang kita sembah, sama sekali tidak akan tersilap dalam menjatuhkan hukuman di hari akhirat kelak. ALLAH, Tuhan Yang Maha Adil, tidak akan sama sekali menzalimi hamba-hambaNya. Sekiranya ALLAH mengazab manusia disebabkan dosa kejahatan yang dilakukan, sememangnya ALLAH berhak melakukannya, kerana Dia adalah Tuhan kita, Pencipta kita dan kita adalah hambaNya.

HukumanNya itu sama sekali tidak akan tersilap. Sekiranya ALLAH mengampunkan dosa keburukan yang manusia lakukan, sememangnya ia berhak, kerana Dia adalah Tuhan Yang Pengampun.
Renungi ungkapan Nabi Isa ibn Maryam yang membuktikan penyerahannya kepada ALLAH SWT memberikan balasan terhadap perbuatan kaumnya:
“Sekira ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Maidah: 118)

ALLAH, Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi, tidak akan memungkiri janjiNya. Setiap janji yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis, pasti akan ditepati. Mereka yang benar dan mempertahankan kebenaran akan mendapat nikmat yang membahagiakan. Oleh sebab itu, di dalam ayat 119-120, surah al-Maidah dinyatakan: “ALLAH berkata: “Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka.

Bagi mereka balasan syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALLAH reda terhadap mereka dan mereka pun reda terhadapNya. Itulah keuntungan yang paling besar.

Kepunyaan ALLAH kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.
Kerajaan ALLAH dan kebesaranNya mengatasi segala kerajaan dan kebesaran manusia yang ada di atas muka bumi ini.

Jika harta yang kita miliki akan musnah, jika pangkat yang kita sayangi akan punah, jika kekuasaan yang kita banggakan akan tersungkur rebah, maka apa yang akan kekal di saat kita menghadap ALLAH?
Percayalah, yang kekal hanyalah jiwa yang tenang, menghadap Pencipta dengan penuh harapan, menantikan nikmat ganjaran di atas amal kebaikan yang dilakukan. “Hari itu tidak lagi berguna harta dan anak pinak.

Kecuali orang-orang yang menghadap ALLAH dengan jiwa yang bersih”. (Surah al-Syu’ara’: 88-89).
Jika segala kuasa, pangkat, kekuasaan dan kebesaran yang kita miliki hari ini tidak akan kekal, maka adakah layak untuk kita sombong dan bongkak sesama manusia? Adakah patut untuk kita menindas hak manusia lain?

Pada hari itu, yang dizalimi akan mendapat keadilan, yang teraniaya akan terbela. Jika kita kecewa dengan penindasan di dunia, usah berputus asa. Teruskan usaha menegakkan hak dan keadilan, berpandukan syariat yang ditetapkan.

Bakinya, serahkan kepada ALLAH, Tuhan Yang Maha Bijaksana. Tidak akan ada satu pun yang akan terlepas. Tidak ada satu pun yang dapat disembunyikan. Semuanya akan dihisab dan dibicarakan, di bawah kerajaan ALLAH, Yang Maha Adil. “Milik siapakah kerajaan pada hari ini?. Milik ALLAH Yang Maha Esa, dan Maha Mengalahkan”.

Penulis adalah Perunding Latihan dan Motivasi, RK Training & Management merangkap Pensyarah di International Islamic College (IIC).

Sumber : http://www.detikdaily.net/

10 Exco Selangor



Setelah 'gomol dalam cawan' akhirnya seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.

Exco Selangor kali ini menampilkan lima calon muka baru dan lima calon yang dikekalkan untuk penggal ini.

Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, serta Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali manakala dua Adun muka baru Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan  Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

PENING KEPALA AKU..


Sila layari
10 Exco Selangor

Gambar Terkini Ustaz Azizan Razak


"Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang , dengan rahmat-Mu , maka berilah kesabaran dan ketabahan kepada Ustaz Azizan Razak untuk melalui saat-saat sukar ini , permudahkanlah kepadanya untuk menjalankan kehidupannya selepas ini , jadikanlah setiap kesakitannya sebagai pahala, penghapus dosa serta meningkatkan darjatnya di syurga , berilah kesihatan yang baik bagi memudahkannya meneruskan dakwah Islamiah di tanah air kami tercinta ini "

Berapa orang Islam yang sedang ONLINE sekarang ini ?? Jom sama-sama " AMIIN " kan doa ini . Kita semua tanpa mengira parti marilah sama-sama AMIIN kan . Inshaa Allah .

" AMIIIN "


Gambar Ehsan : Hairie Othman

Gambar ini memberi sejuta makna.


"


ada hari kita di atas  
ada hari kita di bawah
ada hari kita di luar
ada hari kita di dalam


ada hari kita tidak kisah apa orang kata
kerana kita berkuasa dan berpangkat
ada hari kita tidak peduli sengsara rakyat di Berembang
ada hari kita seronok bagi penyapu pada pegawai kita
hari ini
baru kita tahu langit tidak selamanya cerah bagi kita
dan langit tidak selamanya mendung bagi yang dizalimi
hari ini juga
baru kita tahu doa-doa yang dizalimi dimakbulkan Tuhan Yang Maha Adil
dan hari ini juga baru kita tahu jalan yang diambil Mat Taib
jalan yang betul, benar dan penuh keinsafan
Kita masih ada saki baki hari yang bakal indah
kerana Tuhan itu Maha Pengampun

Gambar ini memberi sejuta makna."

Thursday, May 30, 2013

Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara


Bila saya baca luahan Khalid Samad, saya rasa ada 4 perkara yang disentuh yang utama iaitu Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN, Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas dan Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.

Pada PRU13 PAS minta kerusi itu, tetapi oleh kerana kerusi itu telah dimenangi oleh PKR maka PKR berkeras mahukan kerusi berkenaan, sama seperti Parlimen Kuantan yang dipanjamkan kepada PKR dan kebetulan PRU1999 PKR memang kerusi itu dan sukar untuk PAS nak ambil balik kerusi berkenaan terutama kerusi yang dimenangi.

Situasi sama juga berlaku di Perlimen Dungun, Terengganu kerusi asal adalah kerusi PAS dan PAS bercadang untuk mencalonkan Dr Mutaruddin (bekas ahli parlimen UMNO) tetapi saat akhir ada masalah maka PAS tawarkan kerusi itu kepada PKR dengan syarat PKR mesti meletakkan calon kepimpinan. Kerusi itu dicadangkan kepada Azmin Ali oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi tetapi Azmin ingin bertanding di Selangor. Kerusi itu diberikan kepada Shamsul Mohd Arip, tetapi Shamsul kalah lebih teruk daripada Dun PAS yang menang.


Ini kena tanya Abdul Rahman Setpol Anwar Ibrahim sebab apa Mazlan boleh bertanding BEBAS??

 
Pada PRU13 PAS nak semula kerusi berkenaan dan PKR tak setuju akhirnya pada PRU13 bertanding 3 penjuru dan AJK PKR Dungun, Mazlan Harun bertanding atas tiket bebas. PAS tak bising pun walaupun PKR tikam belakang di Terengganu!!!

Berbalik semula Kota Damansara... PSM bergaduh dengan PKR dan ada beberapa masalah berlaku. PSM membuat kenyataan pada 5 April 2013 dan disiarkan di akhbar utama. Baca petikan di bawah:-

Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Setiausaha Agungnya, S. Arutchelvan berkata, meskipun parti itu menggunakan lambang PKR dalam pilihan raya umum 2008, namun perkara itu masih lagi dalam perbincangan pihaknya.Bagaimanapun, katanya, PSM meletakkan dua calon untuk bertanding di Selangor iaitu Pengerusi PSM, Dr. Mohd. Nasir Hashim serta beliau sendiri masing-masing di DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih.

"Kita masih belum buat keputusan sama ada untuk menggunakan lambang PKR atau mana-mana parti dalam PRU-13. Perkara itu kita akan bincangkan dalam mesyuarat PSM esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 



Nampak tak isunya Dun Semenyih dan Kota Damansara yang menjadi masalah pertindihan. Kalau orang ada akal akan dengar baik-baik kata Presiden PAS, kita bertanding di kawasan menjadi masalah DEMI MENYELAMATKAN PAKATAN RAKYAT.

Saya sebut sejarah, saya sebut senario supaya pembaca faham kenapa perkara ini berlaku. PRU bukan kerja mainan, gerakerja perlu dibuat lebih awal sebab itu bila PAS buat keputusan PAS akan terus dengan keputusan bagi memastikan gerakerja berjalan dengan baik.

Saya rasa tidak menjadi salah untuk PAS ingin semula Dun berkenaan kerana jentera kerja PAS di situ kuat berbanding dengan parti PR lain, lagi pun PSM 'celang c elup' dengan PKR dan demi memastikan kerusi PR terjamin PAS perlu buat keputusan segera.

Tapi malangnya antara kelemahan yang berlaku Majlis Presiden Pakatan Rakyat lambat membuat keputusan.

Lagi pun Azmin Ali sendiri mengaku kesilapan PKR dalam hal ini semasa Kongres Nasional Keadilan ke-9 (rujuk di sini). Takkan Khalid Samad kata kesilapan Presiden PAS??  Mana satu nak pakai ni?

Semua yang saya tulis ini takkan Khalid Samad tak tahu!!!
Habis kenapa Khalid nampak beriya-iya masih nak salahkan PAS?? dan ditujukan penulisan itu kepada Presiden??



Soal calon Dr Mohd Nasir lebih baik. Adakah kalau PAS letak Mohamad Sabu kerusi itu akan diberikan kepada PAS? Itu bukan persoalan, isunya tapak itu sepatutnya menjadi hak milik siapa?? Adakah pembahagian mengikut apa yang dipertandingkan pada PRU1999??

Sudah pasti PKR yang untung kerana isu pada masa itu berbeza dengan isu sekarang dan PAS banyak memberikan kawasan dan tenaga kerja kepada PKR pada PRU 1999. Tidak adillah PKR 98 kerusi sedangkan PAS hanya 62 kerusi... Kita bercakap soal rasional bukan emosi dan bukan mainan sentimen pada media sosial dan melabel itu dan ini.

PAS ada wadah perjungan sendiri, PKR pun sama, begitu juga dengan DAP. Kita ada kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak ada kerjasama dengan PSM?? Kenapa itu Khalid Samad boleh jawab sebab dia kepimpinan PAS.

Kalau sama rasanya elok Khalid masuk PSM.. Saya tak kata keluar PAS masuk PKR nanti ada labelkan saya geng UG, geng tarbiyyah PAS Terengganu. Ini satu lagi bangang dalam penulisan sikit-sikit UG sikit UG sedang yang menulis itu tak mengerti apa yang dia tulis sekadar menjadi burung kak tua kepada 'onar' menyebut UG atas dasar emosi tanpa kajian menyeluruh... Perangai begini sama dengan cara pemikiran UMNO sikit-sikit bengkrap, sikit-sikit huru hara!!! Stupid!!

Dalam kita menyebut jatuh kepada BN kepada kita fokus PAS sahaja sedangkan DAP sendiri ada membuat perkara yang lebih buruk menyebabkan Dun Damak PR kalah. Sila baca artikel saya sebelum ini. (rujuk di sini)

Itu luahan saya kepada luahan Khalid Samad. Ada 3 lagi isu yang belum saya luahkan... rasanya saya sambung kemudian.



....
Sila layari
Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara

Bayi dibuang dalam lubang tandas



Di Beijing seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan 28/5/2013 lalu.

Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial.      

Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang. 

Hayat Kabinet Najib tak lama?


DALAM PRU13, 5 Mei lalu, BN mendapat 48 peratus undi popular, manakala Pakatan Rakyat memperoleh 51 peratus. Justeru, Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik negara.


Pada 15 Mei lalu, Najib mengumumkan senarai jemaah menteri yang dianggapnya sebagai “Kabinet berimbang”. Kabinet tersebut didominasi Umno dengan 20 menteri, manakala PBB (Sarawak) empat, MIC (dua), PRS (Sarawak), PBRS, PBS dan UPKO (Sabah), masing-masing satu. Tiga menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah senator.
Enam belas jawatan timbalan menteri diisi Umno, MIC (dua), PBB (tiga), PRS (satu) dan PBS (satu). Tiga lagi timbalan menteri adalah melalui lantikan sebagai senator, termasuk seorang daripada Umno (Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah), dan seorang daripada PPP (Dato’ Dr Loga Bala Mohan).
Namun, Kabinet Najib dijangka akan menambah masalah kerana ia sendiri bermasalah. Contohnya, pelantikan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Dato’ Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sia-sia sahaja kerana anggota Kabinet yang lain bermasalah. Paul tidak boleh berbuat apa-apa jika beliau dikelilingi orang bermasalah, malah dirinya sendiri akan turut “tenggelam”.
Selain itu, pelantikan Dato’ Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani antara yang paling dipandang sinis banyak pihak serta banyak mengundang kritikan.
Datin Paduka Marina Mahathir dalam laman twitternya menulis, “Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri”. Tajuddin digelar sedemikian selepas beliau dipecat daripada Umno pada 1995 atas tuduhan membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.
Tajuddin juga baru-baru ini mendapat konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak walaupun Detik Utuh Sdn Bhd, syarikat pembinaan miliknya tidak aktif dan tiada track record baik dalam bidang pembinaan.
Turut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno ialah Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Masih ingat insiden penolakan perwakilan Pemuda Umno di PWTC semasa Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno beberapa tahun lalu? Khairy diejek menang kerana rasuah!
Dalam artikelnya, Kenapa saya masuk balik Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, “Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan."
Tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir, Mengekalkan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri juga membuktikan Najib enggan berubah ke arah lebih baik kerana Kementerian Dalam Negeri di mana Hishamuddin bekas menterinya dahulu adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara.
Tambah menghodohkan “Kabinet berimbang” Najib ialah tiga pemimpin Umno yang terpalit dengan dakwaan rasuah masih dikekalkan.
Dato' Seri Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menggunakan wang zakat MAIWP sebanyak RM63,650 untuk khidmat peguam sebagai Menteri Agama; Dato’ Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) memberi RM1.5 juta tunai, banglo RM2.9 juta, dan kereta Porsche kepada artis, Zahida Rafik; dan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) menerima kereta Hummer bernilai RM500,000 dan RM3 juta daripada tauke balak, Michael Chia.
Melantik Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan; Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri II Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Dato’ Seri Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) juga menimbulkan persoalan mengenai transformasi yang dibawa Najib.
Shahidan pernah ditolak istana Perlis selepas PRU12 agar dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.
Pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan, dan pemangku Menteri Pengangkutan; Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian, Dato’ Mary Yap Kai Ching (Timbalan I Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi) turut menjengkelkan.
Dengan usaha Pakatan sedang menyiasat 27 kerusi Parlimen yang dimenangi BN dalam PRU13 yang diragui serta kebangkitan rakyat, terutama pengundi muda dan pengundi bandar, mungkinkah hayat kabinet Najib itu akan pendek umur?
Kerusi-kerusi itu ialah Bentong, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam, Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Pulai, Muar, Segamat, Ledang, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Setiawangsa, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Kuala Kangsar, Bagan Serai, Pendang, Merbok, Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan, Saratok, dan Baram.
Menurut Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mengetuai jawatan kuasa penyiasat itu, pihaknya telah menerima 237 aduan mengenai pelbagai “kekotoran” dalam PRU13 daripada pelbagai pihak.
Tindakan Umno menggunakan perkauman amat tidak wajar dan perlu dicela. Sepatutnya setelah menang, Najib sebagai Presiden Umno tersenyum lebar, tetapi kelihatan makin terseksa. Paling ketara, beliau gagal markah lulus “mengembalikan dua pertiga” majoriti BN, malah merosot dari 140 kerusi Parlimen kepada 133. Itu pun dengan bantuan Sabah dan Sarawak yang belum terkena tsunami Semenanjung. Najib juga malu besar apabila gagal “menawan Selangor”.
Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, Najib tetap kecundang. Sebaliknya, Pakatan semakin kuat dan menguasai dua pertiga majoriti Dun Selangor.
BN menang kerana sistem British yang berasaskan “pertama melepasi tiang” (first pass the post). Jika dengan sistem “perwakilan berkadar” (proportional representation), BN pasti tersungkur! Yang paling malang bagi Najib sekarang ialah rakyat tahu “BN menang dengan pelbagai penipuan”.
Aduan mengenai perbuatan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1,000 satu undi sedang dikumpulkan. Petisyen akan dikemukakan sebaik sahaja pewartaan keputusan PRU13 dibuat. Jika mahkamah masih berwibawa, kerajaan minoriti BN diramalkan akan tumbang dalam masa enam bulan pertama!.WARTAUTARA.COM

UMNO takut pada raja lawak?

"Assalamualaikum,, Malaysiakini melapurkan antara lain, " Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.Kerunsingan Zam mengenai kemampuan "raja lawak" (musim keberapa entah) untuk menjatuhkan Najib bila bila masa, sekaligus menyatakan bahawa raja lawak tidak boleh dipandang ringan.Atau dengan kata kata lain, UMNO takut dengan raja lawak.

Kenapa takut dengan raja lawak? Apa yang mampu raja lawak lakukan kalau tiada sokongan dari rakyat? Zam sepatutnya menyatakan kebimbangan dengan rakyat yang menyedari mereka ditipu dalam pilihanraya yang sah.
Zam tidak perlu perli DSAI dengan istilah raja lawak yang diterjemahkan dari perkataan clown yang terlebih dulu disebut oleh Daim.Ini kerana DSAI bukan ancaman sebenar UMNO tetapi rakyat yang sudah muak dengan permainan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO seperti Zam dan Daim.
Sebelum PRU 13 yang banyak buat lawak ialah Najib dan Muhyidin.Tetapi lepas PRU 13 bilamana DSAI mengumumkan PR tidak menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan, tiba tiba muncul Daim dan Zam menuduh DSAI sebagai clown atau raja lawak.
Mendakwa PRU yang penuh tipu daya sebagai pilihanraya yang sah merupakan satu pembohongan dan pasti ditolak rakyat, kerana itu rakyat bersama raja lawak dalam siri perhimpunan black out 505 dan memberikan tekanan yang tak kunjung padam kepada Najib dan UMNO.
Daim dan Zam boleh terus membohongi fakta tetapi rakyat sudah membuktikan komitmen mereka semata mata mahu melihat kebersihan dalm sistem memilih kerajaan kita, jadi bukan raja lawak yang perlu ditakuti di sini tetapi rakyat!
DSAI mungkin dikecewakan oleh orang orang harapannya dan mungkin juga oleh kawan kawannya dari PR tetapi rakyat tetap tidak bersedia mengecewakan DSAI.DSAI kekal sebagai teraju bantahan PRU 13 seperti yang kita semua boleh lihat hari ini.
Zam juga menggunakan istilah  kepala cauvanisme Cina yang pasti ditujukan kepada LKS, istilah ini juga tidak berasas dan berunsur hasutan perkauman.Oleh itu Zahid Hamidi dan polis sepatutnya segera menangkap Zam dan mendakwanya kerana hasutan untuk mencetuskan perbalahan kaum."

Sumber : http://www.tranungkite.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...