Wednesday, January 14, 2015

Cara Mudah Hack Facebook


Cara Mudah Hack Facebook. Memang tak dinafikan ramai yang buat carian dengan kata kunci ‘bagaimana cara hack facebook‘ ni. Search sahaja di Google, bersepah cara-cara mudah untuk hack facebook ni akan keluar, banyak juga software-software yang dikongsikan untuk hack facebook yang diberikan ‘percuma’.




Sekadar gambar hiasan

Mungkin ada segelintir pengguna yang agak terdesak untuk hack akaun facebook seseorang akan memuat turun software tersebut yang kononnya dapat hack atau menggodam akaun facebook sesuatu akaun. Tapi AWAS! sebenarnya akaun anda sendiri yang akan di’hack’ sebenarnya. Kebanyakkan software-software tersebut akan meminta anda untuk memasukkan email dan kata laluan akaun facebook anda sendiri untuk mengakses sistem untuk hack akaun facebook orang lain kononnya. Dengan memasukkan email dan kata laluan tersebut, dengan mudah hacker atau penggodam itu untuk dapat hack akaun facebook milik anda sebenarnya.

Berhati-hatilah ye. Jangan sampai menjadi mangsa. Tiada cara mudah untuk hack facebook yang dikongsikan percuma di internet. Semuanya ada kepentingan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...