ALOR SETAR -
Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat
keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.
Tindakan
itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam
kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih
belum dapat dibuktikan.
Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura),
Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti
berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam
perlembagaan parti.
“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut
Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun
dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post
Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini,
kelmarin.
Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.
Menurut
sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat
pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.
Beliau
berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat
pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti
yang diuar-uarkan.
Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama
golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran
ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.
Exco Agama, Hal Ehwal
Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd
Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia
merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.
Menurutnya,
golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan
maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati
manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai
penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment