Kuala Terengganu – Air mandi mayat dijadikan ubat. Itu fahaman khurafat
segelintir umat Islam di negeri ini yang masih menular dan sukar
dibendung sejak puluhan tahun lalu.
Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi
kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak
yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat
ketagihan dadah.
Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung
tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati,
juga dengan alasan dibuat ubat.
Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama
17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air
mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.
“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku
sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak
permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya
sendiri,” katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment