Shah Alam – Ekoran status yang dilihat menghina Islam, aktivis
berfahaman sosialis, Benz Ali dikecam pelbagai lapisan masyarakat yang
jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan itu.
Melalui laman sosial Facebook miliknya semalam, Benz mengatakan, ingin
memasukan mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam negeri semalam ke
dalam syurga sekiranya dirinya Tuhan.
Benz-Ali“Baru sampai Kl, aku nak pi UM dah.. ada sesiapa di sana? aku nak tumpang charge barang dulu.
“Rest in peace, Karpal. Jika aku Tuhan, aku masukkan kau ke dalam
syurga, dan rejam Zulkifli Nordin dalam neraka. Jika aku Tuhan la.. “
ujarnya.
Kenyataan itu akhirnya mengundangkan pelbagai komen yang rata-rata tidak
bersetuju dengan kenyataan tersebut yang disifatkan menghina Islam.
Berikut adalah antara pandangan yang mempertikaikan kenyataan tersebut :komen-benz-ali
Aktivis berfahaman sosialis itu sebelum ini pernah dikecam hebat oleh
msyarakat kerana mengagung-agungkan fahaman dan tokoh komunis seperti
Carl Max dan sebagainya.
Malah di dalam salah satu program yang diadakan sebelum ini, dia turut
dilihat menghina Islam, mempertikaikan hadis nabi Muhammad saw,
menyamaratakan Islam dengan agama lain, mengagungkan Syiah dan
sebagainya
Sumber
No comments:
Post a Comment