Sebuah fanpage facebook mendakwa pelakon dan penggusti terkenal, Dwayne
Johnson meninggal dunia selepas terjatuh ketika penggambaran Fast &
Furious 7 di New Zealand.
Bagaimanapun, dakwaan itu disahkan tidak benar dan satu penipuan dengan
tujuan untuk mendapatkan trafik banyak ke satu website yang tidak
diketahui nama dan isi kandungannya. Mari baca penafian penuh pemalsuan
berita kematian The Rock yang dikongsikan oleh portal theepochtimes
beberapa hari lepas.
Untuk info penting, jika newsfeed facebook anda menerima share sebuah
video tentang kematian pelakon kacak ini, jangan buka dan share sama
sekali kerana video tersebut akan memuat-turun dan menyebarkan virus
malware atau software tidak berguna di akaun facebook anda.
Sumber
No comments:
Post a Comment