Sejak isu rampasan tudung fareeda tiruan dilaporkan dua hari lepas,
isteri pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Abdul Karim merupakan antara
individu yang paling banyak menerima kecaman peminat di laman sosial.
Menurut mereka, tindakan pihak fareeda dengan kerjasama daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77
ribu adalah tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.
Menyedari terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan peminat di fanpage facebook Mawar Fareeda, aktor itu menerusi fanpage facebook Fizo Omar telah memuatnaik satu kenyataan panjang lebar bagi menjawab segala tomahan dan kecaman mereka. Jom baca di bawah :-
"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua
berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata
Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak
hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari
anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami
kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd
Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the
company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun
hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu
sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA
tudung di pasaran.
Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas
terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah
anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk
menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak
berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada
dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada
sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea
anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas
sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut
boleh merosak imej dan juga branding produk anda.
BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan
mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama
islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar
negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di
malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang
pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA.
Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga
dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg
menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer).
saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan
tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk
mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang
sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran
utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di
online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah
meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan
mereka mencari rezeki yang halal.
Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir
RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga
brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung
esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn
apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh
pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana
pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg
atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar
negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita
sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.
Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung
FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup
aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan
juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej
FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut
kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap
tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi
sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang
dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal
secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding
jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang ke butik kami dan
memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup
aurat dan juga berfesyen.
Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung
tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang
tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit
puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh
anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat
islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung
demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup
aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki
yang halal.
Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa
yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun
jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan
KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun
malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda
sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita
sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima
kasih."
Sumber
No comments:
Post a Comment