Sheikh Baba pun merupakan anak murid kepada beberapa ulama terkenal yang masih lagi mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Sheikh Baba amat sayang untuk meninggalkan Mekah kerana telah lama berkhidmat dan beribadah di sana. Akan tetapi atas arahan Tok Gurunya yang memerintahkan untuk beliau pulang ke Nusantara untuk mengajar kepada umat Islam di sini, maka beliau dengar dan taat akan arahan Tok Guru beliau.
Malam
tadi beliau mengupas kitab Sheikh Daud Fatoni, beliau menceritakan
dengan panjang lebar mengenai salasilah Sheikh Daud Fatoni hinggalah ke
Saidina Husin ra., Saiditina Fatimah rah. dan Nabi Muhammad saw.
Kaitannya juga dengan Raja Fatoni, Raja Champa dan Sunan Ampel.
Begitu banyak ilmu-ilmu kitab lama yang baru tahu orang jemaah yang hadir termasuk diri saya sendiri, terlalu banyak.
Antaranya
ialah Sheikh Baba mengatakan memberi hutang kepada orang yang
memerlukan adalah lebih baik dari memberi sedekah. Jika kita memberi
sedekah kita akan diberi 10 ganjaran, akan tetapi jika kita memberi
hutang kita akan diberi 18 ganjaran. Ini adalah kerana mereka yang
memang dalam kesempitan memerlukan hutang untuk melepaskan kesempitan
tersebut, akan tetapi jika kita memberi sedekah adakalanya keperluannya
tidaklah dalam keadaan yang amat memerlukan.
Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari semalam, yang tidak boleh saya sampaikan di sini kerana bimbang disalah tafsir.
Kepada
mereka yang ingin menadah ilmu dengan Sheikh Baba bolehlah ke Masjid
Negeri, Seremban pada hari Sabtu 1 Jun 2013 selepas Maghrib, beliau akan
menyambung kitab kisah Israk Mikraj yang dah sampai di langit ke tujuh.
Cubalah
pergi, barulah kita tahu betapa cetek, terlalu cetek, teramat cetek,
ilmu dan amalan yang ada pada kita sekarang ini. Betapa banyaknya kita
melakukan dosa dan betapa kurangnya kita beramal ibadat.
No comments:
Post a Comment