KDN makin menggila. Isnin lalu, penguatkuasa KDN telah kacau dan ugut penjual Harakah, di seluruh negara, termasuk di Shah Alam, Puchong dan Kota Kinabalu.
Alasan mengarut KDN, nama-nama penjual itu tiada dalam senarai penjual-penjual Harakah yang pernah diserah oleh pihak pengurusan Harakah kepada KDN, lebih 10 tahun lalu.
Nama-nama
yang tidak ada dalam senarai itu tidak boleh menjual Harakah. Dahsyat
sekali peraturan gila KDN ini; nak jual Harakah pun kena direstui oleh
KDN terlebih dahulu.
Kesannya,
jualan Harakah jatuh hampir 10 ribu naskhah. KDN mahu penjual Harakah
takut untuk pamerkan Harakah di premis masing-masing dan dengan itu
pembaca sukar dapatkan Harakah di pasaran.
Sebenarnya
pihak KDN tidak perlu mengadakan operasi rampasan setiap minggu apatah
lagi setiap hari. Sesekali penguatkuasa KDN melancarkan operasi
sudah memadai, dengan andaian penjual dan pengedar Harakah akan
takut dan tidak berani lagi menjual "bahan terlarang".
Akan
sampai ketikanya, seperti pernah terjadi dahulu, untuk mendapatkan
Harakah mungkin lebih susah daripada membeli dadah di Chow Kit! Dan ini
berlaku di sebuah negara yang mendakwa telah melakukan proses
transformasi politik!
Justeru,
penguatkuasaan gila di atas syarat-syarat karut-marut ini mesti
dihentikan segera. Menteri Dalam Negeri yang bebal, Zahid Hamidi tidak
boleh berlepas tangan; dia harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas
tindakan represif yang primitif ini.
Sumber : KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI), http://www.tranungkite.net/
No comments:
Post a Comment