Saturday, June 1, 2013

Khalid Ibrahim tak percaya pada lelaki?


"Penulis tidak kesah pasal 5 muka baru dan 5 muka lama EXCo kerajaan Selangor yang telah angkat sumpah semalam.

Yang hendak penulis katakana disini sah dan jelas Tan Sri Khlaid Ibrahim menteri besar Selangor itu sudah tak percaya lagi pada lelaki menjawat jawatan EXCO kerajaan yang diterajuinya.

Jika ada orang kata apa yang penulis nyatakan ini tak betul tu, mengapa melantik 4 perempuan sebagai EXCO, sedangkan masih ada lelaki yang boleh galas tugas berat itu.

Hendak kata tiada lelaki yang Al Sultan berkenan mustahil, kerana orang PAS 3 lelaki dan satu perempuan.

Apakah seramai 11 orang lelaki dari PKR tidak mendapat perkenan Al Sultan? Kalau ya pun tak percaya pada lelaki dari partinya tak kan taka ada seorang pun yang boleh dilantik mengalas tugas berat yang sangat tidak berlaku adil.

Yang sangat pelik turut mengangkat sumpah ialah wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya) yang dilantik ke jawatan Speaker DUN, dan timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia).

Exco Selangor kali ini menampilkan lima calon muka baru dan lima calon yang dikekalkan untuk penggal ini tanpa memikirkan ia jelas tidak seimbang tanggungjawab lelaki dan perempuan dalam pentadbiran (politik)

Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, serta Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali manakala dua Adun muka baru Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang reputasinya sudah tercalar."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...