Seorang pengguna Facebook 'Nazlinda Mashtuki' telah memuatnaik empat
keping gambar Susu Dutch Lady yang didakwanya mengandungi bendasing yang
tidak sepatutnya ada.
Dari gambar, dapat dilihat didalam kotak minuman tersebut ada benda yang kenyal tetapi telah mengeras.
Jika dilihat pada kotak minuman itu, tarikh luputnya 01.06.2014. Kurang
dari sebulan dah tarikh luputnya. Gambar pula disebarkan semenjak 5 Mei
dan telah mendapat 15 ribu SHARE dari facebook Nazlinda Mashtuki.
Menurut Nazlinda, sudah menjadi kemestiannya setiap bulan membeli 4-5
susu kotak Dutch Lady untuk keluarga kerana dia yakin kandungan susu itu
yang berkhasiat. Susu yang dibeli itu pula disimpan dalam peti sejuk.
Namun, perkara yang tidak disangka pula terjadi apabila salah satu kotak
susu yang dibelinya itu mengandungi bendasing yang sangat meloyakan.
Susu kotak itu telah dibuka sehari selepas dia membelinya dan telah
disimpan di dalam peti sejuk yang bertutup rapat. Namun, setelah 4-5
hari, kotak susu berkenaan telah mengandungi bendasing yang meloyakan.
Nazlinda telah menghubungi pihak Dutch Lady untuk membuat aduan, namun
tidak diendahkan sangat. Jadi, jalan terakhir, dia menghebahkan perkara
itu di Facebook.
Sumber
No comments:
Post a Comment