Jitra: Penemuan sehelai coli dalam sebuah rumah dihuni seorang lelaki
warga Indonesia membongkar kehadiran seorang wanita yang ditemui
bersembunyi di atas loteng dalam serbuan Jabatan Imigresen Kedah di
Kampung Teluk Nibung, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, pada mulanya lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa tinggal
bersendirian di rumah sewa berkenaan sebelum anggota penguat kuasa
menggeledah berikutan menemui pakaian dalam wanita.
Timbalan Penolong Pengarahnya Othman Mat berkata, pemeriksaan mendapati
wanita berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan berkemban bersembunyi
atas loteng bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati dia melakukan kesalahan mengikut
Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap lebih masa di
mana boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
“Kami juga menahan lelaki yang tinggal bersama wanita terbabit atas
kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana melindungi warga
asing.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000
dan tidak melebihi RM50,000 bagi setiap orang yang dilindungi,” katanya.
Dalam operasi selama empat jam bermula jam 12 tengah malam disertai 10
anggota penguat kuasa terbabit membuat pemeriksaan ke atas 20 warga
asing terdiri daripada warga Indonesia di tiga lokasi berasingan
termasuk sebuah bangunan rumah kedai di Alor Setar.
Othman berkata, pihaknya mendapati 18 daripadanya termasuk seorang
kanak-kanak perempuan dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mengesan empat lelaki dan dua wanita
termasuk seorang kanak-kanak didapati melakukan kesalahan mengikut
Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah
Sumber
No comments:
Post a Comment