Laman Instagram Sharifah Sakinah memang sering menjadi perhatian peminat
dek kerana kekerapan pelakon dan model seksi itu berkongsi foto-foto
yang menjolok mata dan menampakkan bentuk badannya.
Bukan sekali dua Sharifah pernah ditegur dan dikritik orang ramai namun
beliau tidak memperdulikan semuanya dan seakan sudah lali. Bagi aktres
berusia 22 tahun itu, apa yang dilakukannya dirasakan seronok dan
memuaskan hati. Jadi, orang lain sepatutnya tidak masuk campur.
Di sebalik gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya,
salah satu foto beliau yang memakai seluar jean koyak rabak menarik
perhatian penulis. Mungkin dianggap sebagai fesyen zaman sekarang yang
menakjubkan namun ia sebenarnya memberikan pengaruh negatif kepada anak
muda yang meminatinya sebagai selebriti.
Sumber
No comments:
Post a Comment