Tuesday, May 20, 2014

Mesej Lucah Dalam Rancangan Oh My English

Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan selepas pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi kata-kata berbaur lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.

Seorang ibu yang hanya ingin dikenali dengan nama Fatimah berasa sangat kecewa apabila kata-kata lucah itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak.

“Saya terkilan kerana Astro gagal menapis SMS lucah sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini,” katanya.

Suri rumah dari Johor Bahru itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ kerana gagal menapis kata-kata lucah pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam.




Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...