Sunday, May 25, 2014

Reaksi terkini Abby Abadi isu rumahtangga bergolak

Umum mengetahui, bekas pelakon terkenal Abby Abadi pernah memuatnaik status di laman Instagram yang seakan membayangkan perkahwinannya dengan suami, Farhan sedang bergolak.

Ramai peminat dan haters terkejut dengan khabar angin itu sebaik sahaja mula tersebar secara meluas di laman sosial, blog hiburan dan akhbar tempatan. Penulis juga tidak terkecuali untuk terperanjat dan tidak pernah menyangka mahligai perkahwinan yang dibina pada September tahun lalu kini bermasalah.

Abby Abadi yang dihubungi Harian Metro semalam bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut berhubung statusnya minggu lalu. Bekas isteri Norman Hakim itu hanya memaklumkan bahawa kehidupan mereka baik-baik sahaja.

"Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa."

Pada penulis, apapun masalah peribadi yang menjadi penyebab pergolakan rumahtangga mereka dapat diselesaikan dengan baik dan tidaklah hingga melibatkan kes penceraian.




Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...