Nampaknya, isu rampasan tudung fareeda tiruan semakin panas apabila
rata-rata pegguna laman sosial menganggap tindakan tersebut sebagai
kejam dan menjejaskan sumber rezeki peniaga lain.
Selain itu, pengguna-pengguna laman sosial juga mempersoalkan harga
tudung-tudung keluaran fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk
dibeli. Salah seorang peminat tudung fareeda iaitu Nurkamisah Sharil
telah memuatnaik satu komen di facebook yang mencadangkan agar pihak
pengurusan fareeda menghasilkan tudung yang murah.
Cadangan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Mawar Abdul Karim, isteri
Fizo Omar dengan mengatakan kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan
diri. Kata Mawar lagi, fareeda juga turut menjual scarves yang murah di
mana harganya di bawah RM100.
BACA: Mawar Fareeda mohon maaf isu "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri"
Sumber
No comments:
Post a Comment