"Assalamualaikum,,
Kalau dulu, orang UMNO dan penyokongnya saja yang berfahaman Islam dan
politik itu suku, Amanat Hadi dianggap menjadi penyebab masyarakat Islam
berpecah belah, Politik tidak diizinkan dibicarakan di masjid kerana
itu dianggap mencemar kesucian Islam.Tetapi hari ini selepas PRU 13,
berlaku satu lagi fenomena di kalangan penyokong PR yang turut
menempatkan politik berbeza dengan Islam.
istilah ulamak
politik mula dicanangkan bagi menunjukkan adanya ulamak yang bermain
politik untuk mendapatkan kuasa.Ada pendapat yang memuji setengah
ulamak yang berpolitik dan mengkeji setengah yang lain.Ada pendapat
yang memperlekehkan ulamak yang tidak ada ilmu politik, ilmu politik
yang dianggap terasing dari Islam.Kenapa perkara ini berlaku? Apakah
kerana kegagalan memenangi PRU menjadi alasan untuk membenci ulamak
politik?
Islam adalah carahidup yang sepatutnya difahami oleh
semua UMAT ISLAM merangkumi semua sistem nilai kehidupan termasuk
politik, yang bermakna politik tidak harus difahami semata mata untuk
mendapatkan kuasa tetapi harus difahami kuasa yang diperolehi itu adalah
amanah yang perlu dilaksanakan.Perlaksanaan amanah itu pula mestilah
dengan panduan yang jelas dari Islam.Ulamak yang berpolitik bukan kerana
mereka mahu cari kuasa peribadi tetapi tanggungjawab yang diwajibkan
kepada mereka sesuai dengan ilmu Islam yang mereka ada untuk
melaksanakan perintah ALLAH.
Masalahnya berlaku bertembungan di
kalangan umat Islam sendiri di mana sebahagian Umat Islam masih
berpendapat Islam suku, politik suku.Ulamak sesuai dengan gelarannya
merupakan seorang yang berilmu bukan setakat ilmu ilmu ibadat tetapi
ilmu muamalat yang berteraskan ajaran Islam, termasuk ilmu mualamat ini
ialah ilmu politik berteraskan Islam, bukan berteraskan pendapat akal
semata mata.
Umat Islam sepatutnya memahami bahawa menguruskan
kehidupan adalah perintah ALLAH yang tidak boleh dibuat main main,
tetapi masih ada berangggapan mereka adalah betul dan ulamak ramai yang
lemah, tidak pandai membuat keputusan dan sering membuat kenyataan yang
melemahkan perluangan, tetapi sedarkah orang orang ini, di antara mereka
dan ulamak yang dikutuk itu, siapa yang lebih banyak bangun malam untuk
bertahajud dan beristiqarah? Lebih penting sedarkan mereka akan
kehebatan solat tahajud dan istiqarah yang memungkinkan turutnnya ilham
dari ALLAH?
Inilah golongan yang sombong dengan ALLAH yang gagal
mematuhi perintah ALLAH dan RASULnya supaya menghormat ulamak sesuai
dengan firman ALLAH bahawa yang takutkan ALLAH itu ulamak, dan Sabda
Baginda Nabi, ulamak itu pewaris nabi.
Malang dalam perjuangn
kerana terdapatnya para pejuang umat Islam masih tidak yakin dengan
carahidup Islam, Islam yang syumul dan masih menganggap diri mereka
hebat, lebih hebat dari ulamak sehingga sanggup membenci ulamak politik
(inilah istialh yang mereka gunakan bagi membuktikan kononnya mereka
tahu serba serbi tentang Islam sedang sebenarnya cuma ada dua kategori
ulamak seperti digariskan oleh Al Quran dan Al Hadis, ia itu ulamak yang
takutkan ALLAH dan ulamak suk yang menjual ugama kerana habuan dunia)
dan ulamak terompah kayu( lagi satu istilah yang menunjukan ada umat
Islam tidak faham atau tidak menerima Islam sebagai carahidup)
Sesungguhnya
perjuangan menegakkan Islam terlalu berat di negara ini kerana masih
ramai umat Islam sama ada yang bersama BN atau PR masih tidak mahu
menerima Islam sebagai carahidup, ambil contoh kes hudud umpamanya,
sekarang sudah ada dua negeri yang mewartakan hudud sebagai undang
undang ia itu Kelantan dan Terengganu, tetapi perlaksanaan masih
tertangguh kerana banyak halangan yang yang dibuat oleh orang Islam
sendiri dan ada pula orang Islam yang bersama PR menuduh hudud adalah
matlamat perjuangan PAS yang tergantung, menyalahkan PAS bukan mahu
mencari jalan bagaimana Hudud dapat dilaksanakan.Kerja mudah untuk
menyalahkan orang lain.
Maka datanglah berbagai bagai pendapat
seperti menyalahkan UG dan seumpamanya dan walaupun orang memberi
pendapat itu menegaskan itu pendapat mereka tetapi mereka tidak mahu
mendengar pendapat lain sebaliknya mahu orang lain menerima
pendapatnya.Masalahnya pendapat tetap pendapat dan belum tentu ianya
benar.Banyak perkara yang perlu diambilkira dan diperjelaskan tetapi
orang yang meyalahkan UG tidak mahu mendengarnya sebaliknya tetap
meyalahkan TGHH yang rasanya lebih banyak bersolat tahajud dari orang
yang memberi pendapat itu.
Inilah banahanya apabila menolak Islam
sebagai carahidup sehingga kalimah Bismillah dan Alhamdulillah pun mahu
dipersendakan! Gagal mengaitkan kalimah redha dengan pegangan
ahlulsunnah wajamaah sebaliknya cenderung membuat tuduhan kearah
pegangan jabariah dan sekaligus menampakkan pegangan mereka adalah
kadariah. Tahu kah mereka dengan semuanya itu? Penulis fikir tidak!
No comments:
Post a Comment