Tuesday, June 4, 2013

Terkini!!! Sekatan Nurul Izzah Ke Sabah Ditarik Balik..

"KUALA LUMPUR, 3 Jun ― Larangan ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarik balik, kata pihak polis yang mengesahkan perkara tersebut hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib berkata tiada sesiapa lagi yang dilarang masuk ke negeri Borneo tersebut tetapi tidak memberikan sebab ia ditarik semula.

Kenyataan Hamza hadir selepas laporan awal hari ini mendedahkan surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen yang menyenaraihitam beberapa pemimpin pembangkang daripada masuk ke negeri tersebut.

Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Seri Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.

“Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik.

“Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang,” kata Hamza yang dipetik berkata kepada Astro Awani.

Laman Astro Awani juga melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.

Laporan tersebut menyenaraikan beberapa individu yang tidak dibenarkan masuk, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohd Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenavasan, Mohamad Sabu, Syed Ibrahim Syed Noor, Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, Ong Boon Kiang dan Hishammuddin Rais.

[Baca seterusnya...]"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...