Thursday, June 13, 2013

Senjata laser tidak dapat tandingi api neraka

"Orang kafir tidak beriman kepada Allah, tapi mereka mengkaji teknologi yang terdapat dalam Al Quran untuk menghasilkan senjata pemusnah. Ada kisah yang mengatakan andaikata jika api neraka ini sampai ke bumi walaupun sebesar mata jarum pasti bumi ini akan musnah sama sekali. Api atau cahaya yang sebesar jarum yang boleh memusnahkan sesuatu ialah senjata laser atau juga dipanggil HEL (Neraka – Singkatan untuk High Energy Laser).

Tentera Amerika akan mula menggunakan senjata laser ini untuk memusnahkan kapal terbang pengintip musuh (drone) dalam masa terdekat. Untuk jangka masa panjang kos menggunakan senjata laser adalah jauh lebih murah dari menggunakan peluru berpandu.

Berapakah suhu senjata laser ini? Ada yang mengatakan 1000 Celsius. Manakala suhu matahari ialah 5000 Celsius di ruang photosphere. Namun pancaran laser ada yang boleh mencapai 111,000,000 Celsius.

Andaikata teknologi yang ada sekarang hanya boleh memusnahkan kapal terbang kecil dengan suhu antara 5000 ke 111,000,000 Celsius. Bayangkan suhu senjata laser ciptaan Allah yang boleh memusnahkan bumi dan seisinya dengan sekelip mata dengan api neraka yang sampai hanya sebesar mata jarum.

Itu belum lagi teknologi senjata bunyi yang sedang dibuat oleh negara barat dan dipertingkatkan dari masa ke semasa yang pasti tidak dapat menandingi senjata bunyi ciptaan Allah iaitu Sangkakala yang akan ditiup oleh malaikat Israfil.

Itu belum lagi teknologi mengembara lebih laju dari cahaya yang diilhamkan Einstein. Orang Negeri Sembilan kalau nak tahu teknologi mengembara lebih laju dari cahaya ini kena baca kisah begitu ramai ulama silam di Negeri Sembilan, antaranya Tuan Tulis.

Mereka yang takutkan Allah, mereka yang rapat dengan Allah, Allah akan beri mereka ilmu yang mereka tidak pinta untuk diagung-agungkan. Lagi banyak ilmu dan kefahaman yang Allah beri kepada mereka, lagi tunduk dan takut mereka kepada Allah.

Jauhnya kita dengan mereka adalah seperti antara langit dan bumi, jauhnya mereka dengan para Nabi juga adalah seperti antara langit dan bumi. Siapalah kita? Layakkah kita dipanggil orang beriman, pejuang kebenaran?"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...