Monday, June 10, 2013

Beego jangka menang kes khalwat

Resepsi Beego & Linda Hashim

Umum tahu, isu Beego ditangkap khalwat masih lagi belum selesai dan sehingga kini, kesnya masih lagi belum dibicarakan sepenuhnya. Namun, perkahwinan diantara Beego dan juga pelakon, Linda Hashim sedikit sebanyak telah meredakan isu yang sedang melanda dirinya kini.
Kesempatan menghadiri majlis pernikahan Beego dan Linda pada 8 Jun lepas memberikan peluang pada OHBULAN! untuk mendapatkan kenyataan dari Beego sendiri.
“Lepas ni, Beego akan naik mahkamah lagi untuk hearing pertama. Basically, masa hearing daripada hakim yang untuk saksi-saksi daripada pihak jabatan Agama Islam, saksi-saksi itu tak muncul.
Kalau diikutkan, kes macam tu selalunya boleh menang. Dan saya harap peguam saya akan buat yang terbaik dimana peguam tersebut adalah peguam yang menangkan kes Norman Hakim. He is a good lawyer. Cuma beego harapkan sokongan daripada media cetak dan elektronik juga,” tambah pelakon berusia 33 tahun ini lagi.
Beego turut meminta dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dan dibersihkan dengan cepat.

Beego & Linda Hashim

Beego mencium dahi isterinya, Linda Hashim selepas mereka diijabkabulkan
“Cuma Beego harap mereka yang bertanggungjawab menguruskan kes ini atau pun pihak berkuasa, kalau dah dapat berita daripada kawan-kawan media elektronik dan juga media cetak, kalau boleh bila baca, dapat gugurkan tuduhan ni la. Supaya benda ni kita dapat selesaikan dan bersihkan.”
Untuk pengetahuan, Beego telah ditangkap khalwat pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Dalam pada itu, Beego sempat berkongsi dengan media mengenai perancangannya dan Linda Hashim selepas berkahwin.
“Bulan madu pertama, kami akan ke Bali dan bulan madu kedua pula, kami akan ke Taiwan pada  1 Julai nanti. One of our bestfriend yang taja dan beri hadiah bulan madu kami ke Taiwan.”
Tahniah pada pelakon ini, semoga masjid yang dibina akan diberkati dan mudah-mudahan bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber : http://www.ohbulan.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...