Aktres
yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah
menerusi mimpi tiga minggu lalu dan terus berazam mengubah cara hidupnya
dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.
Bila
Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya
berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan
puasa sunat.
Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.
Kini
Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir. "Pada suatu
malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.
"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.
Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
"Betul-betul
pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya
pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi
makan malam di The Curve.
"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.
"Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu," kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.
Mengenai
lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin pada Jun ini kata Fiza, tak
ada jodoh. Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi
dugaan Allah.
Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan.
Jika
nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini
Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program
pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya. - BH
______
http://www.wanitakini.com
No comments:
Post a Comment