Tuesday, June 4, 2013

Gempar!! Mahathir Mulai Menyanggah Najib?


"Tidak sampai seminggu selepas Najib melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan UMNO yang terus menjadi parti terkuat dengan kemenangan 88 kerusi Parlimen daripada 133 yang dimenangi BN serta hampir menyamai kemenangan 89 kerusi oleh PR, hakikat itu seakan tidak dipersetujui oleh orang yang masih berpengaruh dalam UMNO, Tun Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, beliau berkata, kemenangan UMNO dalam pilihanraya yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam UMNO tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutamanya kepada parti lawan yang dipimpin oleh Anwar bersama dengan DAP menubuhkan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada UMNO," kata Mahathir lagi.

Kenyataan Mahathir ini sekaligus menyanggah kenyataan Najib baru-baru ini yang seakan berbangga dengan pencapaian UMNO walaupun dalam masa yang sama kemenangan BN juga diselubungi dengan pelbagai aspek kegagalan lainnya seperti prestasi Najib yang lebih buruk daripada Pak Lah dan juga kehilangan undi popular.

Najib yang membuat rumusan tentang kekuatan UMNO itu tentunya dengan tujuan supaya kepimpinannya dihargainya dan tidak ada sesiapa yang cuba mencabarnya dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini, terutamnya timbalannya Muhyiddin Yassin. Dengan hanya menang tipis 133 kerusi berbanding Pak Lah yang mampu memenangi 140 kerusi, ketakutan Najib ketika ini ialah jika wujudnya desakan yang memintanya berundur sebagaimana yang dialami oleh Pak Lah dahulu.

[Baca seterusnya...]"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...