Friday, June 7, 2013

Demokrasi Malaysia menuju ke zaman gelap?

Oleh Mazlan Aliman

Alhamdulillah, apabila nama saya tidak tercatat dalam senarai terkini keputusan Jemaah Menteri Sabah. Saya telah memohon kerjasama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu, untuk membuat semakan segera ke Pejabat Imigresen Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Jika larangan memasuki Sabah ke atas saya telah ditarik balik, ia berita gembira buat saya. Meskipun sampai hari ini, secara bertulis saya tidak dimaklumkan apa2 alasan sebab diharamkan memasuki Sabah.

Saya mengharapkan Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan isu ini di Parlimen. Meskipun ia sensitif bagi rakyat Sabah, namun reformasi berasaskan hak dan kebebasan rakyat, harus dilaksanakan. Tanpa menafikan hak 20 perkara yg dimeterai antara Sabah dengan Kerajaan Persekutuan; semakan dan penggubalan semula dalam konteks kesaksamaan setiap warganegara Malaysia mesti didaulatkan. Jika tidak, ia dengan mudah disalahgunakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Adalah tidak munasabah menggunakan hujah keselamatan dan keharmonian, sewenang2nya hak rakyat untuk bebas ke mana2 dalam negeri dan negara di sekat. Ia bertentangan samasekali dengan slogan Transformasi yg dilaung2kan Perdana Menteri.

Nampaknya, Malaysia menuju zaman gelap. Akta Perhimpunan Aman lebih ketat dari Seksyen 27 Akta Polis, untuk berhimpun bagi mengadakan ceramah dll, lebih sukar. Jika buat di Markaz PAS sekalipun, bila ada bantahan awam, polis tidak keluarkan kebenaran Ceramah!

Internet dan Laman Sosial akan dipantau seperti Iran dan Cina, kata Menteri berkaitan, Ahmad Shabery Chik. Sedang dikaji undang2 yg sesuai.

Polis akan menguatkuasakan Akta Hasutan secara lebih tegas, demikian kenyataan Ketua Polis Negara yg baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Akibatnya, deretan pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat ditahan. Kenyataan rasis dan jauh lebih berbahaya dari pemimpin BN, tiada seorang pun ditahan. Maaf, saya sgt curiga dengan kewibawaan KPN yg baru ini sejak beliau jadi Ketua Polis Selangor. Tindak tanduk dan kenyataan beliau terlalu memihak kpd Barisan Nasional. Khalid Abu Bakar berpotensi jadi Tan Sri Rahim Nor, bekas KPN.

Shahidan Kassim, ambilalih tugas Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, yg bertanggungjawab ke atas Parlimen. Awal2 dah kata, selain Ahli Parlimen, pihak lain tidak dibenarkan menggunakan kemudahan untuk buat Sidang Media di Parlimen. Kita boleh bayangkan apa akan berlaku dalam premis parlimen yg bermenterikan orang yang namanya SHAHIDAN KASSIM!

Saya gambarkan beberapa orang tokoh sahaja, belum menyeluruh. Tapi, masadepan demokrasi di Malaysia, dijangka parah dan memasuki era sempit dan tertutup. Sama2 kita saksikan.....
Posted on Friday, June 07 @ 17:00:00 MYT by ibn_bacoks

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...