"Perlantikan
Dr. Ayraf Wajdi Amad Dasuki sebagai YDP YADIM yg baru telah mendapat
pelbagai reaksi di antara harapan dan kekecewaan. Walau bagaiman pun
sama2lah kita tunggu dan lihat perkembangan YADIM selanjutnya.
Allah
lebih mengetahui nawaitunya Tun Razak ketika menubuhkan YADIM. Yayasan
ini ditubuhkan pada 1974 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan
ketika PAS berada dlm Kerajaan Campuran. Tetapi setakat yg kita ingat
YADIM lebih merupakan alat politik parti pemerintah utk menangani
beberapa masalah dakwah dan terutamanya untuk mengawal kegiatan dakwah.
Ini
ternyata drpd perlantikan org yg mengetuai yayasan ini. Dari mula lagi
ia diketuai oleh org2 politik kepartian yg ada sedikit kecenderungan
kpd agama atau org2 politik yg ada pendidikan agama. Dlm senarai Yang
Dipertuanya dari awal hingga hari ini hanya dua org sahaja yg boleh
dikatakan bukan ahli politik yg aktif.
Kita dapati nama2 seperti
TS Sayyed Nasir, DS Hj. kamaruddin Mohd Isa (Bekas Menteri Besar
Perak), TS Dr. yusof Nor, Dato' Dasuki Hj. Ahmad (ayah Dr. Asyraf), TS
Dr. Abdul Hamid Osman, Datok Nakhaei dan DS Jamil Khair adalah di anatra
Yang Dipertua YADIM. Mereka semua adalh ahli2 politik yg ketika
perlantinkan mengetuai YADIM boleh dikatakan sudah tidak begitu bererti
lagi.
Oleh itu tidak banyak yg dapat dilihat berlaku dlm
gerakan dakwah di negara ini melalui YADIM kerana tugasnya telah
ditentukan demikian dan dipimpin oleh mereka yg semacam sudah
"terbuang" dlm politik. Setakat mana perlantikan Dr. Asyraf tidak
berbau politik agak sukar diketepikan.
Ayahnya seorang tokoh
UMNO yg terkenal dan masih agak "relevan". Beliau juga pernah menjadi
Yang Dipertua YADIM. Kegiatan Dr. Asyraf sendiri ketika dan selepas
PRU-13 baru2 ini barangkali ada pemberatnya dlm perlantikannya sebagai
Yang Dipertua YADIM yg baru.
Kalau perlantikan ini juga
merupakan perlantikan politik, seperti semua perlantikan badan2
Kerajaan dan separa Kerajaan di Malaysia, tidak banyak yg boleh
diharapkan dri perlantikan tersebut. Semoga hal ini tidak benar.WA."
No comments:
Post a Comment