SEBAGAIMANA laporan Sinar Harian pada 10 Jun 2013 yang bertajuk “Kesal anak OKU cemerlang SPM gagal ke matrikulasi”, kami menggesa untuk pihak-pihak terbabit dalam Kementerian Pendidikan memberi perhatian khusus kes-kes seumpama ini.
Kisah
seorang ibu sebagaimana luluhnya harapan Goh Eng Booy, 52, apabila
permohonan untuk memasukkan anak lelakinya, Jayson Pua, 18, ke program
matrikulasi gagal, malah rayuannya sebanyak dua kali ditolak bukanlah
cerita baru di Negara ini.
Memetik
dari laporan tersebut, dalam SPM 2012 lalu, Pua yang terpaksa berkerusi
roda kerana mengalami masalah lemah keseluruhan badan (duchenne
muscular dystrophy) (DMD) sejak berumur enam tahun memperoleh 6A 5B.
Kami menggesa untuk perhatian khusus diberikan oleh pihak kerajaan dalam kes-kes yang membabitkan OKU atas dasar-dasar berikut:
1.
Sepertimana yang diperuntukkan oleh Convention on the Rights of Persons
with Disabilities (CRPD) dalam Artikel 24, akses kepada pendidikan
adalah menjadi hak kepada setiap OKU tanpa boleh ada diskriminasi.
2.
Seksyen 28 Akta OKU 2008 mengesahkan pemakaian artikel 24 CRPD di
peringkat nasional iaitu hak kepada pendidikan kepada individu OKU
sebagaimana diterimapakai di peringkat antarabangsa.
3.
Akta OKU 2008 juga dalam muqadimah telah memberi satu penegasan bahawa
perlunya pengiktirafan kepada potensi dan keperluan individu OKU bagi
memastikan keupayaan sebenar individu tersebut dapat digilap.
Justeru,
setiap anak-anak OKU perlulah diberi ruang yang seadilnya oleh pihak
kerajaan bagi memastikan pendidikan yang sehabis sempurna dapat
diberikan bagi memastikan potensi diri anak tersebut dapat digarap
kerana Allah menciptakan manusia itu dengan kelebihan yang tersendiri.
Pelu
diinsafi, pencapaian yang dicapai oleh anak-anak OKU sebagaimana
Berjayanya Pua tentunya hasil dari usaha luar biasa beliau sendiri dan
kedua ibu bapanya.
Harus
diingat, kelengahan pihak kerajaan menangani kes-kes yang seumpama ini
dalam menyediakan akses pendidikan kepada setiap individu OKU yang
pelbagai katagori hanya akan membunuh potensi-potensi lebih ramai
individu OKU di Negara ini pada masa hadapan.
Sekian, untuk siaran.
(Mohammad Faizal Che Yusof)
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS
No comments:
Post a Comment