Diceritakan dari satu generasi kesatu generasi dari mulut kemulut
oleh orang orang tua sekitar jajahan Jugra.Dizaman dahulu dikaki bukit
dipenghujung bukit(sekarang berhampiran kunci air chodoi) Pak Tam dan
Mak Tam bersama anaknya menetap disebuah pondok buruk.Sudah hampir 20
tahun menetap disitu.Pak Tam dan Mak Tam berasal dari Palimbang
Indonesia.Kedua pasangan suami isteri ini berperahu meninggalkan kampong
lamannya disana disebabkan perbalahan keluarga yang tercetus.Hari hari
Pak Tam dan Mak Tam akan membuat atap nipah untuk dijual dan juga
menjadi nelayan.Hidup keduanya amat bahgia dan dikurniakan seorang anak
perempuan yang diberi nama Seri Melati.Pak Tam dan Mak Tam amat
menyayangi anak gadisnya walaupun rupa parasnya tidak secantik Mak Tam.
Seri
Melati seorang yang amat pemalu.Dia amat rajin membantu kedua orang
tuanya melakukan sebarang kerja.Malah amat jujur dan amanah.Suatu hari
Pak Tam dan Mak Tam pergi ke sungai menangkap ikan dan udang untuk
dibuat lauk makan tengah hari.Sebelum pergi keduanya berpesan agar masak
nasi dan menyediakan ramuan potongan bawang ,lada dan serai untuk
memasak udang dan ikan.Seri Melati menghantar kedua orang tuanya ketepi
anak sungai dimana Pak Tam menyimpan perahunya.”Ayah dan Mak,hati
hati”.Kata Seri Melati.”Hemm,,pergilah balik ingat pesan ayah dan mak
tadi.Jangan kau lupa.Nanti kebulo ayah dan mak nanti”.Seri angguk kepala
lantas beredar segra.Pada waktu pulang Seri berselisih dengan seorang
lelaki bunian bernama Awang.Disebabkan Awang adalah orang bunian Seri
tidak dapat melihatnya.
Tampa disedari oleh Seri,
Awang telah mengikutnya balik kerumah.Sesampai dirumah dengan segra Seri
membuka tutup tempayan untuk mengambil beras.Alangkah terperanjatnya
Seri bila mana dilihatnya beras telahpun habis.Dengan segra Seri berlari
keluar rumah untuk memberi tahu ayah dan ibunya.Awang juga telah
mengikutnya dari belakang.Alangkah sedihnya Seri bila mana dilihatnya
perahu sudah tiada.Tahulah seri yang kedua orang tuanya telahpun
pergi.Seri tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis tersedu
sedu.Dengan berat hati Seri pulang semula kerumah.Dia duduk menangis
diatas tangga dihadapan rumahnya.Awang merasa amat kesihan dan ingin
membantu.Lalu Awang mencari akal dan tipu muslihat.”Gadis ini pilihan
aku.Dia sangat jujur,ikhlas dan amanah pada firasat ku.Tapi....bagai
mana aku hendak membantunya.”Fikir Awang.Awang terpandangkan sepohon
pokok delima yang lebat berbuah.Awang mendapat akal lalu dengan segera
menjalankan rancangannya.Sementara Seri masih lagi menangis apabila
terkenangkan ayah dan ibunya pasti amat hampa dan kelaparan nanti.
Tiba
tiba Seri terdengar orang bercakap.”Mudah mudahan lorong ini menemukan
aku dengan buah delima.”Seri terpinga pinga,Sejurus kemudian Seri
mengesat air matanya dan terlihat seorang pemuda berjalan sambil membawa
karong barangan.”Assalamualaikum “.Awang memberi
salam.”Waalaikumsalam”jawap Seri.”Boleh saya menumpang duduk
sebentar,penat sangat rasanya.Dah berhari hari saya berjalan.”Kata Awang
sambil duduk tercungap cungap.”Boleh duduklah,tapi jangan masuk
rumah.Ayah dan ibu dah pesan jangan benarkan sesiapa masuk kalau dia
orang tak ada dirumah.”kata Seri dengan jujur.Awang membalas.”Saya duduk
disini saje,saya tak boleh lama.Risau tak dapat cari buah delima.Nak
buat ubat emak saya yang sakit.Sesiapa yang dapat berikan buah delima
walaupun sebiji saya berikan karong berisi beras padanya.”Mendengarkan
beras Seri tersentak.Dalam fikiran Seri terbayangkan berasnya dah habis.
Seri
lantas kedapor mengambil air masak lalu diletakkan saja diatas tangga
sambil berkata.”Minumlah ini saja yang ada”.Seri langsung tak memandang
wajah Awang.Kalau bercakappun memandang kearah lain.”Awang segra
mengambil air dan meminumnya dengan rakus”Maaflah saya tak sopan,saya
terlalu dahaga.Saya tak minum dari semalam.Air bekal dah habis.”Kesian
sangat Seri mendengarnya.”Buah delima ada dihadapan tu,ambillah sebanyak
mana suka.Ambil sendiri”Kata Seri pada Awang.Mendengar saja Seri
berkata sedemikian Awang terus berlari kearah pokok delima.Seri
mengintai sedikit dipintu.Dilihatnya Awang menangis tersedu sedu sambil
memetik 3 biji buah delima samil bercakap “Emak Awang dah dapat.Tunggu
Awang balik Mak”.Tampa sedar Seri mengalirkan air matanya.Hati kecilnya
berkata.”Kesian sipemuda dan emaknya.””Cik saya ambil 3 biji buah delima
untuk emak saya.Ambillah beras yang tak seberapa ni sebagai ganti.Saya
akan ingat jasa Cik membantu saya.Doakan emak saya sembuh ye.Saya kena
cepat,selamat tinggal.Semuga jumpa lagi.Assalamualaikum”.Awangpun
berlari lari anak tergesa gesa meninggalkan Seri.Apabila dirasakan telah
tidak terlihat lagi oleh Seri dengan pantas Awang kembali semula
keasalnya.Awang kembali semula kepada Seri.Awang melihat Seri sudahpun
menaiki rumahnya dengan membawa karung yang berisi beras keruang
dapur.Dengan segra Seri memasukkan kedalam tempayan berasnya.Awang
memasuki ruang dapur dan duduk bersandar disudut dapur sambil memerhati
kepada Seri.
Dilihatnya Seri membasuh beras
kemudian menghidupkan api didapur kayu untuk memasak nasi.Terkial kial
dia cuba menghidupkan api.Awang tersenyum melihat gelagat Seri.Awang
menubingkan jari telunjuknya,dengan segra apipun bernyala.Seri tersenyum
lalu segra meletakkan periok nasinya kedapur kayu yang telah
bernyala.Ditambahnya kayu lagi agar nasi cepat masak.Seri kemudian
menyediakan pula potongan bawang merah,bawang putih.halia,serai dan cili
padi didalam bekas kecil.Seri tersenyum kerana semuanya telah
disediakan sebagai mana pesanan kedua orang tuanya.Awang tetap duduk
disitu dan memerhatikan gelagat Seri.Seri kemudianya mengemas
rumah.Awang amat kagum dengan kerajinan Seri.”Rasanya amat sesuai aku
jadikan isteri ku”,kata hati Awang.
Selesai sahaja
mengemas didalam rumah Seri keluar rumah dan menyapu sampah dihalaman
rumah.Awang pula duduk ditangga memerhatikan Seri.Rasanya semakin lama
semakin sayang.Awang tersenyum sendiri.Dia tahu bahawa segala lakunannya
tadi telah berjaya menghampirkan dirinya kepada Seri dan Seri telah
terpedaya.”Sudah lama sangat aku disini,biarlah aku pulang dahulu.”Kata
hati kecil Awang.Lalu Awangpun kembali semula kealamnya.Seri yang tidak
tahu apa yang berlaku terus menyapu dengan tekun.”Assalamualaikum
Seri.dah masak nasi.Ayah dan mak kau dah lapa ni”.Kata Pak Tam.Mak Tam
tersenyum sambil berkata,” Seri ambik ni untuk lauk hari ini.Ramuan kau
dah sediakan”..? Seri berlari lari anak menghampiri ibunya lalu
mengambil hasil tangkapan berupa ikan sembilang dan udang.”Semua ramuan
dah Seri sediakan mak”.Kata Seri dengan lembut.
“Kau
buatlah apa yang patut ibu nak mandi dulu.”kata Mak Tam.Sementara Pak
Tam pula menyidai jalanya yang basah.Kemudian Pak Tam duduk ditangga
sambil menggulung rokok daunnya. Berkepul asap keluar dari hidungnya.Pak
Tam mengelamun seketika.Dilihatnya laman rumah bersih disapu anak dara
suntinya.Dia memusing pula melihat kedalam pondoknya.Semuanya bersih dan
teratur.Terasa berbangga sangat dia mempunyai seorang anak gadis yang
boleh dibanga dan diharapkan.”Ayah ,Ibu makan.Semua dah siap”.Seri
bersuara sambil menyenduk nasi.Berasap lagi.Semuanya telah tersedia
dengan cukup rapi dan tersusun.”Cepatlah ayah dan ibu.Seri dah lapa
ni”.Kata Seri saja menyakat kedua orang tuanya.Sejurus kemudian Pak Tam
dan Mak Tampun datang dan duduk bersila mengadap juadah yang
disediakan.
Ikan sembilang masak asam pedas.Udang
pula digoring berkunyet dicampur serai dan halia sedikit.Dipipiskan
cili padi .Kegemaran Pak Tam sekeluarga.Maka tiga beranak inipun
makanlah sekeluarga.Hari itu Pak Tam merasa amat berlainan sangat
masakan yang dimakan.Pak Tam berhenti seketika.Diambilnya mangkok kuah
berisi asam pedas.Diciumnya.Diletakkannya kembali.Pak Tam berkerut
dahinya memikirkan sesuatu.Terasa ada keganjilan tapi tidak tahu apa.Mak
Tam kehairanan melihat telatah Pak Tam.Diperhatikannya sambil makan.Pak
Tam menyuwap nasi semula.Tetapi dia mencium bau nasi tersebut terlebih
daulu.Sekali lagi berkerut dahinya.Dirasakan nasi yang dimakan itulah
yang ada kelainan.Berbau harum sedikit dan sedap sangat bila dimakan.
“Paknya,kenapa”..?Tanya
Mak Tam.Pak Tam tidak menjawap.Dia meneruskan makan..Ditambahnya nasi,
dimakannya lagi.Amatlah berselaranya pada hari itu.Mak Tam menggeling
gelengkan kepala melihat kelakuan Pak Tam.Selesai makan Pak Tam duduk
menyandarkan dirinya diserambi pondok sambil menghisap rokok
daunnya.Aduh sedapnya, terasa amat nikmat kepuasan lepas makan hisap
rokok.Sejurus kemudian Mak Tam menghampirinya”Amboi senang hati
nampak”.Kata Mak Tam.”Ya maknya,perut dah kenyang.Senanglah hati.Hari
ini Seri masak sedap sangat”.Kata Pak Tam sambil menyedut rokok daunnya
dalam dalam dan menghembuskan kembali asapnya.Tiba tiba Pak Tam
teringatkan keganjilan waktu makan tadi.”Oh ye maknya, tak rasa ke
sesuatu yang ganjil waktu makan tadi”..?.
Tanya
Pak Tam pada isterinya.”Ada,kenapa”..?.jawap Mak Tam.”Apa yang ganjil
Mak nya”..?.Tak sabar Pak Tam hendak tau jawapannya.”Ganjinya pada
Paknya,makan lahap sampai bertambah tambah.Kah,kah,kahkah”.Mak Tam
tergelak sambil mencubit peha Pak Tam dengan kuat tapi
manje.”Adoiiii”terjerit Pak Tam dibuatnya.Kemudian kedua duanya tergelak
bersama sambil bersenda gurau.Seri yang didapur tersenyum mendengar
gelak ketawa dan senda gurau kedua orang tuanya sambil membasuh pinggan.
Dihatinya berkata betapa beruntungnya dia yang memiliki kedua orang tua
yang bahagia dan amat sayang padanya.Selesai sahaja membuat kerja kerja
didapur Seripun mendapatkan kedua orang tuanya diserambi.Seri
merebahkan badannya disamping ibunya,dan mukanya diletakkan diatas riba
ibu tersayang.
Mak Tam membelai rambut anak
daranya dengan penuh kasih sayang.Tiba tiba Seri teringatkan peristiwa
pagi tersebut lantas spontan duduk semula.Pak Tam dan Mak Tam terkejut
dengan sikap anak gadisnya.Belum sempat bertanya Seri telahpun
berbicara.”Ayah,ibu, Seri minta maaf sebab terlupa nak cakap yang beras
kita sudah habis.Seri nak ambil beras baru tahu.Seri lari ketebing nak
cakap.Sampai sana ayah dan ibu dah pergi.Seri balik kerumah
menangis.Tiba tiba orang datang minta tolong carikan buah delima.Katanya
dah berhari hari dia berjalan dari jauh untuk mencari buah tersebut
untuk ubatkan ibunya yang sakit kuat.Seri kesian padanya.Dia duduk
dibawah aje.Seri dah cakap pada dia ayah dan mak pesan tak bagi orang
masuk rumah bila ayah dan mak tak ada dirumah.Seripun tak keluar
rumah,kat dalam sahaja.
Orang tu ada bawa sekarung
beras.Dia cakap sesiapa yang dapat beri atau carikan buah delima walau 1
biji dia akan hadiahkan beras tersebut.Seri tak ceritapun yang beras
kita dah habis.Jadi Seri suroh dia ambil sendiri buah delima kat pokok
kita tu.Dia Cuma ambil 3 biji lalu menangis sebab gembira sangat.Seripun
nangis juga kesian kat dia dan mak dia yang sakit.Jadi dia berilah
beras sekarung.Diletak kat tangga lalu pergi.”Panjang lebar Seri
bercerita pada kedua orang tuanya Pak Tam menadah tangan seraya
berkata.
“Aku bersukur pada mu ya Allah”Mak Tam
pula menepuk dahinya, kerana baru teringat yang berasnya telah
habis.”Seri kamu anak yang baik.Salah emak nak.Emak yang terlupa cakap
kepada ayah kamu yang beras dah habis malam tadi.”Kata Mak Tam dan
memelok anak gadisnya dengan penuh kasih sayang.Pak Tam termenong
panjang memikirkan cerita anak gadisnya.Kata hati kecilnya.”Patulah aku
rasa ganjil sangat.Beras yang dimakan tu lain dari yang lain.Harum dan
sedap dimakan.”Lantas Pak Tam bingkas bangun dan meluru kedapur lalu
membuka penutup tempayan menyimpan beras.Diambilnya segengam diperhati
dan diciumnya.Kata Pak Tam didalam hatinya.”Memang lain sangat berasnya
dari beras biasa.Ianya lebih putih dan panjang sedikit dari yang
biasa.”Diciumnya pula.”Emmm..harum sangat”.Pak Tam segra memanggil Mak
Tam .”Maknya,mari sekejap”.Mak Tam dan Seripun datang segra mendapatkan
Pak Tam. Pak Tam menunjukkan beras tersebut kepada Mak Tam.Diperhatikan
dan diciumnya beras tersebut.”Ya lah Paknya,beras ini lain dari yang
biasa kita makan.Baunyapun harum.”Sejak dari hari itu beras tersebut
tidak pernah luak walaupun telah digunakan berhari hari.Pak Tam tiga
beranak berasa amat hairan namun tidak bersangka buruk.Pada satu malam
Seri bermimpi bertemu dengan Awang.Awang menyatakan ibunya telah sembuh
dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberikan buah delima
tempoh hari.
Didalam mimpi Seri merasakan amat
mesra dan hilang sedikit rasa malunya.Apabila tersedar dari tidur Seri
tersenyum sendiri.Didalam hati kecilnya alangkah baiknya Awang
padanya.Dan Awang begitu tampan dan bertubuh sase.Alangkah beruntungnya
sesiapa yang menjadi teman hidup Awang.Seri berbicara
dihatinya.Menguntum senyuman dibibirnya.”Ahemmm...senyum sendiri
nampaknya kau Seri.”kata Pak Tam.Seri tersentak dan malu malu alah.”Apa
yang mencuit hati dan perasaan kau Seri.”Tanya Pak Tam.Seri
menggelabah,tak tentu arah.”Tak apa apalah ayah”lantas segra
meninggalkan Pak Tam sendirian.Pak Tam terasa bagai ada sesuatu yang
disorokkan oleh anak gadisnya.Mungkin perasaannya saje.fikir Pak Tam
lagi.Besok Pak Tam bercadang mencari siput hisab dan lokan disungai.
Ada
orang kampong berpesan minta carikan segra sebab istrinya mengidam.Pak
Tam pula telah berjanji untuk mendapatkannya.Hatinya berkata
sendirian.”Akan ku cari esok hari,kasihan pada dak Man dan
isterinya.”Pak Tam kemudiannya memanggil isterinya dan memaklumkan
hasratnya dan tujuannya esok hari.Mak Tam akur dan berkata.”Molek benar
tu ,boleh saya ikut dan cari lebih sikit untuk dibuat lauk.”Pak tam
tersengih riang mendengarkan kata isterinya.Malam itu keduanya tidur
awal.Manakala Seri terkebil kebil sendirian didalam biliknya.Dia
termenung dan terkenangkan Awang secara tiba tiba.Didalam pada itu
Seripun terlelap dan bermimpi lagi.Kali ini Awang mengajaknya kesatu
tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana.Mulanya Seri menolaknya.Tapi
entah kenapa dia akhirnya menurut juga.Seri hairan bagai mana dengan
pantas dia dan Awang boleh sampai .Awang pula dilihat bagitu gembira dan
ceria.Pemandangan disitu amat cantik.Rumputnya halus,bunga bungaannya
semua mekar dan terdapat sungai kecil yang jernih.Kelihatan banyak ikan
yang bewarna warni.Seri amat terhuja.Awang pula tak berhenti bergurau
senda dengannya.Seri teras amat bahagia waktu itu.Seri mulai merasakan
antara dia dan Awang amat serasi.Kemudian Awang mengajak Seri
pulang.Seri terasa tak mau pulang,namun dipujuk Awang dan berjanji akan
membawa Seri datang lagi bila masa terluang.
Terjaga
dari tidur Seri tersenyum sendiri bila terkenangkan mimpi yang
dialaminya.Sejak dari itu setiap malam Seri akan bertemu Awang didalam
mimpinya.Disiang harinya Seri amat ceria dan ada waktu dan ketikanya
pula akan termenong seorang diri.Pak Tam dan isterinya mulai perasan
perubahan dirinya.Suatu hari Pak Tam berkata pada Isterinya.”Maknya
anak kita sudah besar panjang.Rasanya sudah sampai masanya kita carikan
jodohnya”.Mak Tam mengeloh panjang lalu berkata.”Paknya,siapalah yang
hendakkan anak kita.Rupa tiada,kita pula orang mislin”.Pak Tam berkedut
dahi dan terkebil kebil biji mata mendengarkan cakap isterinya.Pak Tam
bersuara.”Maknya bukankah jodoh,pertemuan,ajal,maut dan rezeki itu
urusan tuhan.Yakinlah padanya.Dia maha tahu akan segalanya”
Masa
berlalu, diantara Awang dan Seri sudah tidak boleh dipisahkan.Masing
masing sudah jatuh cinta.Biarpun didalam mimpi.Seri tidak tahu bahawa
mimpi yang dialami itu adalah pancingan atau perangkap Awang
terhadapnya.Suatu hari didalam mimpi Awang membuka rahsia dirinya adalah
orang bunian yang beragama Islam dan mengajak Seri kahwin.Untuk
membuktikan kebenarannya Awang berjanji akan datang kerumahnya dengan
syarat Seri merahsiakan kedatangannya dari orang tuanya.Sebagai mana
yang dijanjikan,Awang telah datang kerumah Seri sewaktu kedua orang tua
Seri turun kesungai menjala udang..”Assalamualaikum Seri”.Awang memberi
salam dalam wujud sebenar.”Waalaikum salam,abang Awang ye.”Seri tercari
cari dimana Awang kesayangannya.”Abang kat sini,Seri melangkah 3 langkah
lagi kehadapan”.
Seri terus melangkah kehadapan 3
langkah dan berhenti.Awang terus memelok Seri dengan penuh kasih
sayang.Seri tergamam namun dapat merasakan kehangatan dan kasih sayang
Awang, walaupun tidak dapat melihat wujud Awang.”Seri berkata dengan
lembut kepada Awang.”Berdosa bang,lagipun Seri tak nampak abang.”Serta
merta Awang memperlihatkan dirinya.”Seri kini percaya bahawa Awang
adalah orang bunian.Namun cinta,kasih dan sayang telah mengatasi segala
galanya.Awang dan Seri bergurau senda dengan penuh mesra.Tiba tiba Awang
terkenangkan permintaannya kepada Seri belum lagi menerima
jawapan.”Seri macam mana jawapan Seri mengenai Perkahwinan kita”..?.Seri
tersentak seketika.Wajahnya mulai suram.
Dia kini
berada didalam 2 persimpangan.Antara Cinta dan Kasih Sayang kepada
Kedua orang tuanya.Awang mengerti lalu member tahu Seri bahawa Kedua
orang tua Seri tidak akan membenarkan Seri berkahwin dengan orang
bunian.Tetapi Awang menyatakan dia sanggup mati sekiranya tidak dapat
kahwin dengan Seri.Maka berderailah air mata Seri mendengarnya.Dia
sendiri merasakan perkara yang sama.Demi Cinta Seri mengikut rasa hati
lalu bersetuju kahwin lari dengan Awang bila sampai masanya.Awang
berjanji akan mengambilnya pada bulan mengambang nanti sementara membuat
persiapan perkahwinannya dikampong buniannya.Awangpun pulang
meninggalkan Seri.Sejak itu Seri merasakan hidupnya tidak lagi berseri
malah merasa sedih untuk meninggalkan kedua insan yang tersayang.
Perubahan
Seri amat ketara sehingga Pak Tam dan Mak Tam juga amatlah susah
hati.Bila ditanya adakah dia sakit atau ada apa apa masalah,Seri tidak
menjawap tetapi air matanya akan mengalir.Seri juga sudah tidak lalu
untuk makan.Pak Tam mengesaki sesuatu pasti telah terjadi kepada
anaknya.Pak Tam memanggil dukun kampong kerumahnya untuk mengetahui
perkara sebenar anak gadisnya.Belum sempat dukun itu memasuki pondok Pak
Tam dia tiba tiba rebah ketanah dan muntah darah.Mau tak mau dukun
tersebut terpaksa meninggalkan pondok Pak Tam.Pak Tam dan Mak Tam
mengesaki ada sesuatu yang tidak kena,namun tidak tanu apakah
puncanya.Pak Tam dan Mak Tam sependapat terpaksa juga mencari dukun atau
bomoh lain yang lebih handal lagi.Belumpun sempat mencari telah tiba
bulan mengambang.
Seri dilarikan Awang kekampong
Bunian pada malam itu lalu berkahwin.Meranalah kedua orang tua Seri
ditinggalkan anak gadis kesayangannya.Pada satu malam Mak Tam bermimpi
bertemu Awang dan Seri ,meraka telahpun berkahwin dan mempunyai anak
satu.Didalam mimpi Mak Tam amat gembira bertemu meraka.Hilang kerinduan
dan kesedihan.Sebelum pulang Seri ada berpesan.”Sekiranya ayah dan ibu
berada didalam kesusahan apa sahaja diperlukan, serulah nama Seri 3
kali.Seri akan cuba membantu apa yang termampu.”Anehnya Pak Tam juga
bermimpi waktu dan perkara yang sama.Akhirnya Pak Tam dan isterinya
sedia maklum dan pasrah dengan ketentuan Allah S.W.T.Walaupun berat
dihati namun terpaksa menerima kenyataan.Seri dan Awang pula tidak
melupakan pengurbanan kedua orang tua ini lalu memberi kebajikan,
mempermudahkan kehidupan keduanya.Setiap hari Pak Tam dan Mak Tam tidak
perlu bekerja mencari rezeki.
Sama ada membuat
atap untuk dijual atau menjadi nelayan menangkap ikan dan udang untuk
dijual dan untuk dibuat lauk.Semuanya telah tersedia dibawah tudong
saji.Satu masa pula Mak Tam jatuh sakit lalu meninggal dunia.Tinggallah
Pak Tam seorang diri.Hari hari dia meratap akan nasibnya.Dia amat
tertekan mengenangkan Mak Tam telah pergi meninggalkannya dan Seri pula
tidak akan kembali kepadanya.Segala kesenangan hidup dari kebajikan yang
diberi sudah tidak bermakna lagi buatnya.Pak Tam sudah mula berputus
ase dengan kehidupannya.Kata Pak Tam seorang diri.”Apalah gunanya hidup
ini lagi”.Sejurus kemudian dilihatnya Seri muncul bersama Awang dan cucu
lelakinya yang telah berusia 3 tahun.Cucunya berlari mendapatkannya dan
memelok dan mencium Pak Tam lalu berkata.”Atok sekarang atok jangan
susah hati walau nenek sudah tiada.Sekarang atok tinggal bersama
kami”Pak Tam terharu mendengar cucunya berkata sedemikian.
Lalu
Pak Tam memandang kearah Awang dan Seri.Keduanya tersenyum lalu
menganggukkan kepala tanda setuju.Tampa banyak bicara Pak Tampun
bersetuju.Sepantas kilat Pak Tam telahpun berada diperkampungan orang
bunian dirumah menantunya Awang,anak Kesayangannya Seri dan cucu yang
bakal dimanjakannya.Sejak itu Pak Tam tidak lagi pulang kepondok
buroknya.Kehilangannya menjadi tanda Tanya kepada semua penduduk jajahan
Jugra dan kekal menjadi cerita Misteri .
Kesimpulan;
1.Sebaik baik kejadian adalah manusia. (bukannya orang bunian),
2.Jangan mudah terpedaya dengan segala kebaikan dan kebajikan yang diberikan orang bunian.
3.Hujan
emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.Biar susah bagai mana
sekalipun beradalah ditempat sendiri.Kerana tiada bumi yang tidak
ditimpa hujan.
No comments:
Post a Comment