Saturday, June 1, 2013

Senarai Semak Supaya Bebas Riba


"Riba adalah antara yang tersenarai sebagai dosa besar dalam Islam. Kita mesti sedaya upaya menghindari riba dan melepaskan diri dari terlibat dengannya samada secara langsung atau secara tidak langsung.

Berikut adalah senarai semak asas sebagai panduan mudah dan ringkas untuk kita sama-sama sedar dan mengambil tindakan untuk bebas dari riba.

Jadual ini menyenaraikan instrumen-instrumen kewangan asas yang melibatkan majoriti masyarakat di Malaysia. Ia boleh dijadikan langkah pertama untuk dibuat semakan bagi membersihkan diri dan keluarga dari dosa riba, in shaa' ALLAH:

Kategori
(1) Tindakan Utama
(2) Pilihan Tindakan
SimpananTidak menyimpan wang atau membuka akaun simpanan di dalam institusi perbankan konvensional.Jika mahu menyimpan di institusi kewangan, sila pastikan simpan di perbankan Islami.
Perlindungan kewanganTidak menyertai pelan insurans konvensional samada untuk diri sendiri, ahli keluarga, kenderaan, harta, perniagaan dan lain-lain.Jika mahu memiliki pelan perlindungan kewangan, pastikan anda menyertai pelan Takaful.
PembiayaanTidak membuat pinjaman melalui perbankan konvensional samada pinjaman kenderaan, peribadi, rumah, perniagaan dan sebagainya.Jika mahukan pembiayaan, buatlah pembiayaan melalui institusi perbankan Islami.
Kad ‘kredit’Tidak memiliki kad-kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank konvensional.Jika mahu memiliki kad-kad seperti ini, silalah ke bank-bank Islami yang menawarkannya.

Ia bukan kad kredit seperti yang ditawarkan oleh institusi perbankan konvensional, tetapi ia mempunyai unsur-unsur pembiayaan yang juga disokong oleh Master dan Visa. Kad jenis debit juga disediakan.
Simpanan EmasTidak membuka akaun simpanan emas di bank-bank yang tidak mengesahkannya sebagai syariah-compliant.Jika mahu menyimpan emas dengan kaedah ini, ada bank-bank Islami yang menyediakan khidmat tersebut yang disahkan menepati syariah.
PelaburanTidak melabur di kaunter-kaunter atau akaun-akaun pelaburan samada dalam pasaran saham (stock-market) atau unit amanah (unit trust) atau skim-skim yang tidak disahkan menepati syariah.Jika mahu melabur dalam instrumen sebegini, pastikan anda melabur dalam kaunter-kaunter atau akaun-akaun yang disahkan menepati syariah.

Suruhanjaya Sekuriti ada mengeluarkan senarai yang menepati syariah. [Link 1] [Link 2]

Apa yang ingin ditekankan di dalam tulisan ini ialah mengenai tindakan utama kita semua, iaitu mengelakkan diri dari terlibat secara langsung dengan instrumen kewangan yang mengandungi unsur riba. Itulah tindakan utama untuk diberikan perhatian. Iaitu menjauhinya!

Jika tuan/puan masih berhajatkan instrumen-instrumen kewangan di atas dalam kehidupan seharian yang sememangnya penting dalam dunia moden ini, maka tindakan pilihan yang ada ialah memilih institusi yang berlandaskan syariat Islam yang menawarkan kemudahan seumpamanya seperti institusi perbankan Islami, syarikat Takaful dan lain-lain yang telah disebutkan di atas. Itulah pilihan yang ada dalam pasaran.

Semoga jadual di atas dapat dimanfaatkan oleh tuan/puan semua dalam menyemak semula akaun-akaun simpanan, pelaburan, insurans, kad kredit, simpanan emas, saham dan sebagainya. Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan kita semua untuk membersihkan diri kita dari terlibat dengan salah satu dosa besar iaitu riba, amin...

Mudah-mudahan kita semua dipelihara ALLAH Ta`ala dengan hidayah dan taufiqNYa, amin...

- muzir.wordpress.com

---------------------------------------------

*Baca juga:

*SUMBER: http://muzir.wordpress.com"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...