Sunday, June 2, 2013

Sedarkah kita siapa yang lebih susah dengan BR1M?

"Assalamualaikum,,  Janji PR untuk menurunkan kos sara hidup tidak berjaya kerana sistem pemilihan first pass the post yang memberikan ruang yang mudah untuk Presiden UMNO menjadi PM.

Akibatnya rakyat menanggung kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang dijanjikan PR walupun mengikut perkiraan majoriti, rakyat sebenarnya inginkan perubahan.Hakikat ini dipadang sinis oleh BN dan mahukan rakyat menerima segala kesukaran yang tidak padam padam.

Trend sokongan pula menyerlahkan sokongan BN hanya di kampung dan luar bandar yang didiami oleh orang orang yang tidak begitu perlu kepada perubahan, cukup dengan yang ada dan bergembira menerima BR1M yang dinaikan kepada RM1,200-00 tahun depan.Itulah pandangan  yang boleh dilihat dari mata kasar, tetapi sedarkan kita siapa yang lebih susah dengan keputusan rakyat menolak perubahan menerusi sistem first pass the post ini? 

Untuk mendapatkan sokongan rakyat di kampung, ada orang mencadangkan PR supaya menawarkan bantuan kewangan menyerupai BR1M kepada orang kampung kerana pada mereka orang kampung tidak banyak terjejas dengan kenaikan serba serbi.Orang kampung hanya perlukan tunai sahaja.Tetapi sedarkah kita kalau PR melakukan itu bermakna PR hanya mahu kuasa dengan mengkaburi rakyat sama seperti BN.Sedangkan yang benar benar susah ialah golongan inilah.

Cuba kita renung selama harga barang meningkat sejak tahun 2004, berapa ramaikah antara kita yang terpaksa menjual kereta kerana tidak mampu membayar ansuran dan tidak mampu mengisi minyak? Berapa ramaikah antara kita yang kebulur? Tidak pernah kedengaran lagi tentang soal ini walaupun keperitan tetap dirasa.Bayangkan seorang yang terpaksa memandu di lebuhraya Plus dari Johor Bharu ke Bukit kayu Hitam, berapa banyak wang terpaksa dihabiskan untuk minyak dan bayar tol? Tetapi saban waktu tetap ada yang mampu memperuntukkan sebahagian besar wang mereka yang perlukan untuk itu.Peritnya terasa tetapi tetap mampu.
Bayangkan pula seorang kampung dari Johor yang terima bantuan BR1M yang tiada kereta tetapi terpaksa menyewa kereta  untuk menghantar anak mereka belajar di UUM? Berapa banyakkan wang yang mereka perlukan, cukupkah BR1M yang mereka  terima?
Itu baru satu gambaran, banyak lagi gambaran yang boleh dibuat untuk menunjukkan sebenarnya yang susah kerana perbuatan kerajaan ialah penduduk kampung yang selama ini menyokong BN.Mereka tidak ada kenderaan yang perlu disi minyak setiap hari tetapi mereka juga terpaksa membayar harga ikan dan ayam yang mahal, terpaksa berjimat di sana sini untuk terus hidup, pinjam sana pinjam sini untuk menampung keperluan hidup tertentu dan lebih teruk mereka tidak mampu membaiki rumah yang semakin hari semakin uzur.
Bagi orang orang yang tinggal di kawasan bandar dan separuh bandar, walaupun keperitan kos sara hidup terasa tetapi masih mampu memenuhi, tetapi tidak bagi orang kampung walaupun mereka dibantu dengan BR1M.Trend PRU 13 menunjukkan kawasan bandar dan separuh bandar menyokong PR sementara di luar bandar atau kampung sokongan tetap pada BN malah dalam kes kes tertentu mereka mengizinkan BN mambawa masuk pendatang asing untuk mengundi kerana pada mereka BNlah penyelamat mereka dengan BR1M.
Cara BN memenangi hati orang kampung tidak seharusnya diikuti oleh PR kerana ianya hanya menyamakan PR dengan BN, lantaran itu satu cara harus difikirkan bersama untuk merubah minda orang kampung.Untuk itu PR terlebih dahulu perlu bersatu dan menghormati antara satu sama lain, kalau PR masih bertelagah, bagaimana untuk menemukan satu cara terbaik untuk menawan pengundi kampung!  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...