"
Menteri
TV dan PAWAGAM Ahmad Shabery Cheek dilaporkan bercadang agar filem
kontroversi TANDA PUTERA ditayangkan bulan Ogos nanti di pawagam
terpilih.
Filem ini telah mendapat kelulusan FINAS untuk
ditayangkan sebelum PRU 13 tetapi hingga kini belum ditayangkan.
Pemimpin rasis UMNO seperti Mahathir begitu teruja agar filem tersebut
ditayangkan segera.
PM Najib ketika sebelum PRU 13 hanya menghadkan tayangan untuk golongan tertentu sahaja seperti warga FELDA dan warga UIA.
Barangkali Najib ketika itu takutkan kehilangan sokongan pengundi Cina.
Kini dengan aura baru Menteri TV dan PAWAGAM, tentunya filem ini bakal ditayangkan ke seluruh negara.
Bezanya,
jika filem lain ada tiket maka filem ini barangkali ditayangkan secara
percuma. Bukan itu sahaja. Penonton bakal diangkut dengan bas-bas secara
percuma.
Semasa tayangan, penonton dibekalkan makan minum secara
percuma. Dan setelah tamat tayangan sebelum naik bas, penonton
diberikan wang saku tanda terima kasih memeriahkan suasana PAWAGAM.
Yang pasti pawagam dipercayai akan dibanjiri oleh guru KEMAS,JKKK,warga emas FELDA dan pengundi saluran 1.
Jika cara itupun, tiada sambutan maka penganjur terutama JASA dan BTN akan mengadakan cabutan bertuah. Nescaya pecah panggung!
GEMPAK: Pawagam bakal pecah pintu!"
No comments:
Post a Comment