SEPERTI
pelantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
Selangor setelah kerajaan pimpinannya mendapat kejayaan besar dalam
pilihanraya, bukan suatu isu besar, maka perlantikan Saifuddin Nasution
sebagai pegawai politik yang penting dalam kerajaan Selangor juga
tidaklah satu isu besar yang luar biasa bagi sebuah kerajaan.
Apatah
lagi kerajaan dn negeri Selangor adalah sebuah negeri dan kerajaan yang
penting di Malaysia, yang terkedepan dalam banyak masalah dan kemajuan,
maka terbuka baginya untuk memanfaatkan tenaga yang diperlukannya.
Saifuddin
adalah Setiausaha Agung PKR, pernah menjadi pegawai kepada Datuk Najib
semasa di Kementerian Pertahanan dan pembantu beberapa menteri semasa
dalam UMNO, malah pernah menjadi pegawai politik kerajaan PAS Kelantan
sebelum Selangor jatuh ke tangan Pakatan. Jika dia ditawarkan satu
jawatan politik dalam kerajaan Selangor, bukan dia seorang yang asing
dengan tugas yang diberi kepadanya.
Jika Kelantan yang dikuasai
PAS sepenuhnya pernah memanfaatkan tenaga sedang dia bukan seorang ahli
PAS, tidaklah pelik sebagai seorng pemimpin tertinggi PKR menjadi
pembantu kepada kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh seorang Menteri
Besar PKR.
Sebuah kerajaan politik wajar dibantu oleh pembantu
dan penasihat politik. Selangor sejak ditadbir Pakatan tidak punya
banyak pembantu politik selain Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
penasihat ekonomi yang tidak bergaji dan Setiausaha Politik Menteri
Besar sendiri. Tidak menakjubkan jika Menteri Besar dan Ketua Menteri BN
mempunyai pegawai politik yang lebih ramai.
Khalid sebagai
pentadbir profesional dikenali sebagai seorang pegawai eksikutif yang
tidak memberi gaji buta kepada orang-orang di bawahnya. Dia beri gaji
RM5 ribu kepada seseorang, orang itu mesti bawa pulangan lebih banyak
dari gajinya.
Jika Perdana Menteri Najib mempunyai penasihat
zionis Apco dan berpuluh pembantu politik untuk membantunya, ssesui
dengan Negeri Selangor yang tidak sepenting Malaysia, punya tidak
sampai lima orang pembantu dan penasihat politik.
Sesuai dengan
kemenangan semula Pakatan Selangor dengan lebih cemerlang, maka tentulah
beban dan tanggungjawabnya bertambah bagi menghadapi cabaran politik
luar yang begitu besar. Sepanjang lima tahun kerajaan Khalid, tidak
putus dengan tunjuk perasaan dan kritik, kerajaannya diancam oleh
Perdana Menteri sendiri yang menjadi ketua untuk menjatuhkan Khalid dan
Pakatan.
Maka jangan fikir Najib akan berdiam diri setelah
kegagalannya untuk merampas Selangor. Dia akan menggandakan serangannya
dengan taktik baru. Maka cabaraan Selangor lima tahun akan datang
adalah lebih besar dari lima tahun yang lalu. Kebetulan Saifuddin pula
tiada jawatan lain selain dari Setiausaha Agung PKR setelah dia tidak
jadi anggota Parlimen lagi, maka dia tentu ada masa bagi membantu
Menteri Besar menangani pentadbiran negeri yang termaju itu.
Ada
dua tohmah yang pengkritik dalaman dihadapkan kepadanya. Pertama dia
kedekut untuk membelanja kekayaan kerajaan dan kedua dengan melantik
Saifuddin menjadi pembantu politik, akan membazirkan duit kerajaan.
Pada
Khalid, kedekutnya adalah terhadap kekayaan kerajaan. Duit kerajaan
diguna pada tempat yang betul. Kerana kedekutnya, kerajaannya dipuji
oleh Ketua Audit Negara. Tetapi dia tidak kedekut memberi berlori lembu
korban untuk kawasan pilhanraya Parlimennya di Bandar Tun Razak.
Dan
jika elaun untuk Saifuddin yang ditohmah membazir, tentulah tidak
sampai RM400 ribu sebulan seperti yang dinikmati oleh CEO sebuah agensi
di Selangor yang dekat dengan kerajaan pusat.
Adalalh benar
Saifuddin bukan anak jati Selangor, tetapi Khalid tidak mengambil
penasihat Yahudi. Cuba tanya Dr. Mahathir dan Najib, adakah mereka
tidak pernah menggunakan penasibat Yahudi. Khalid mengambil penasihat
dari PKR sendiri dan dia belum mengisi penuh apa yang diperlukan oleh
kerajaan Selangor dan Jabatan Menteri Besar.
No comments:
Post a Comment