Sunday, June 2, 2013

Betul ke Penguduran TG Nik Abdul Aziz adalah konspirasi?




Saya terbaca tulisan Dinsman. Saya sama dengan Dinsman rasa perkara ini suatu yang tidak benar, "biar betul" ada pimpinan Kelantan mampu buat konspirasi menjatuhkan TGNA?? Hanya saya berpendapat cerita ini adalah satu kospirasi jahat kepada kepimpinan PAS Kelantan yang telah dimanahkan sendiri oleh TGNA.

Hebat penyebar fitnah dikalangan "Jamaah PAS", mereka sanggup buat apa sahaja asalkan hajatnya boleh tercapai. Kalau difikiran secara 'mendatar' macam tak logik ada orang PAS yang solat 'tunggang tunggik' tapi suka buat fitnah.

Tapi bila difikir secara 'melintang pukang' macam mana hadis palsu boleh direka oleh pengikut ta'asud mazhab (ahli sunnah) untuk mengiyakan mazhab mereka sedangkan nabi telah menyebut jelas perkara ini antara dosa besar.

Saya secara peribadi sangat kagum dengan TGNA yang mampu menyelesaikan masalah kepimpinan PAS di Kelantan dalam masa yang sangat singkat. Pendekatan yang dibuat cukup berhikmah dengan mengatur calon pada kedudukan tertentu dan akhirnya TGNA membuat 'finishing' yang sangat baik..

Pemilihan Ahmad Yaakub sebagai penganti beliau Menteri Besar Kelantan adalah suatu pemilihan yang sangat tepat. Ahmad Yaakub walaupun dilihat sebagai suatu kepimpinan biasa tetapi pada mata TGNA dia adalah penyatuan PAS Kelantan. Malah dia adalah orang tengah dalam semua hal.

TGNA bukan sahaja melepaskan jawatan MB tetapi beliau juga inginkan jawatan Persuruhjaya PAS Kelantan dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakub. Antara alasanya ialah biar MB sahaja yang mempunyai kuasa penentu dan menerajui PAS Kelantan. Jika ada orang lain termasuk beliau sendiri, mungkin istilah "dua nahkoda" akan terjadi. Kan bijak tu.. Walaupun TG Haji Abdul Hadi Awang nakkan TGNA kekal sebegai persuruhjaya.

Habis siapakah yang mereka-reka cerita dongeng kononnya adalah masalah dan perkara tak benar semasa pemilihan MB serta exco di kalangan PAS Kelantan??

Apa yang ditulis oleh Dinsman sepanjang hari keputusan pengundian dan sehingga TGNA menyerahkan jawatan MB kepada Datuk Ahmad Yaakub adalah suatu yang boleh dilihat dan dikaji... bukan konspirasi sehingga TGNA di "kurung" atau "digam mulutnya" sehingga tak boleh bercakap?

Kenapa orang suka mempercayai cerita bohong dan fitnah??

Kalau UMNO menyerang DAP dengan "Red Bean Army" sebagai penyebab.. Dalam PAS ada istilah yang pernah diungkapkan oleh Tuang Guru Nik Abdul Aziz sendiri iaitu "BLOGGER CELAKO"

Saya nasihatkan tamatkan cerita-cerita bodoh untuk pemilihan PAS, takutlah Allah, rapatkan silaturrahim. Ambillah pengajaran daripada Surat Al Hujurat ayat 6;

"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilan kebenaran berita)".

....
Sila layari
Betul ke Penguduran TG Nik Abdul Aziz adalah konspirasi?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...