Thursday, June 6, 2013

UMNO tiada alasan untuk mengekalkan Presiden


"Keputusan PRU 13 telah memberi petunjuk yang jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional dimana majority rakyat Malaysia telah menolak mereka secara terang-terangan.

Apa yang lebih memalukan mereka kalah undi popular dan hanya diselamatkan oleh mojoriti kecil dalam kerusi. Hakikatnya mereka sedar kalau tiada undi pos dan pengundian awal, nescaya mereka akan kalah dengan lebih teruk.

Mereka tidak lagi boleh mendabik dada menyatakan mereka sebuat kerajaan yang stabil dan kuat. Apabila sesebuah kerajaan itu lemah, mereka akan menghadapi masalah untuk melaksanakan agenda yang mereka telah rancang. Hakikatnya mereka terpaksa melupakan GST buat seketika bagi mengelakkan rakyat bangkit menolak mereka.

Harus diingat Dato Seri Najib mengambil alih pentadbiran dari Tun Abdullah selepas 8 bulan BN mengalami kekalahan yang teruk pada 2008. Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya kerana desakkan yang kuat dikalangan ahli UMNO kerana kekalahan yang mereka hadapai.

Atas alasan inilah Dato Seri Najib mengambil alih pentadbiran bagi proses penjanamaan semula BN untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong semula BN. Akan tetapi selepas 5 tahun mengambil alih ternyata penolakkan rakyat lebih tinggi berbanding tahun 2008. Ini menunjukkan bahawa pentadbiran Najib jauh lebih teruk berbanding Tun Abdullah.

Adakah ahli UMNO masih berkeyakinan tinggi untuk mengekalkan presiden mereka Dato Seri Najib untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh 5 tahun lagi?

Hakikatnya mereka tiada alasan yang kukuh untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dalam pemilihan agong yang akan datang. Ini kerana rakyat tahu BN menang melaui proses penipuan dan rakyat menentang penipuan tersebut. Nama Najib sudah busuh dan satu cara untuk membersihkan namanya adalah dengan menerima tuntutan rakyat atau meletakkan jawatan.

Sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan nescaya penolakkan rakyat akan lebih hebat dan 5 tahun akan datang anak-anak muda tidak mungkin akan bersama BN. Oleh yang demikian, ahli-ahli UMNO perlu memikirkan perkara ini bagi memastikan parti mereka terus memerintah.

Mereka tidak boleh terus bergantung sepenuhnya kepada penipuan SPR. Satu masa nanti rakyat akan menolak sekeras-kerasnya SPR dan mereka tidak mungkin akan berdaya menahan kebangkitan rakyat tersebut.

Sekiranya mereka menyedari hakikat ini, adalah lebih baik mereka mendesak agar jawatan presiden itu dipertandingkan bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru bagi mengepalai BN. Hanya dengan cara ini sahaja dapat member keyakinan semula rakyat kepada BN dan juga UMNO.

Rakyat Bangun Dari Tido"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...